{"id":14880,"date":"2026-08-30T09:50:36","date_gmt":"2026-08-30T09:50:36","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14880"},"modified":"2026-08-30T14:54:56","modified_gmt":"2026-08-30T14:54:56","slug":"kuota-budi95-kembali-300-liter-mulai-1-september","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kuota-budi95-kembali-300-liter-mulai-1-september\/","title":{"rendered":"Kuota BUDI95 kembali 300 liter mulai 1 September"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan mengembalikan kelayakan asas BUDI95 kepada 300 liter sebulan mulai 1 September ini, memberi manfaat kepada lebih 16 juta pengguna RON95 bersubsidi.<\/p>\n<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan perkara itu ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Amanat Hari Kebangsaan 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.<\/p>\n<p>Menurut Anwar, keputusan itu antara enam ikhtiar segera kerajaan bagi meringankan beban rakyat sempena sambutan Hari Kebangsaan.<\/p>\n<p>\u201cIni bermakna lebih 16 juta pengguna akan menikmati RON95 bersubsidi sehingga 300 liter sebulan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, lebih 500,000 pemilik kenderaan diesel jenis pikap dan jip yang layak akan menerima manfaat BUDI Diesel sehingga 400 liter sebulan.<\/p>\n<p>BUDI95 diperkenalkan kerajaan sebagai mekanisme subsidi bersasar bagi memastikan manfaat subsidi petrol RON95 terus dinikmati golongan yang layak, selain mengurangkan ketirisan.<\/p>\n<p>Selain bantuan berkaitan bahan api, Anwar turut mengumumkan peningkatan 50 peratus peruntukan penyelenggaraan bagi semua jenis sekolah pada tahun depan, daripada RM1 bilion kepada RM1.5 bilion.<\/p>\n<p>Katanya, tambahan peruntukan itu meliputi sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah agama, tahfiz, pondok serta pendidikan khas.<\/p>\n<p>\u201cSaya turut arahkan Kementerian Pendidikan untuk mengatur gerak kerja turun ke setiap daerah dan meneliti setiap permohonan pembaikan prasarana oleh sekolah,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kerajaan turut membuka Program AI untuk Rakyat kepada golongan muda berusia 18 hingga 30 tahun.<\/p>\n<p>Seramai 100,000 belia yang melengkapkan modul ditetapkan akan menerima langganan aplikasi kecerdasan buatan (AI) terkemuka secara percuma selama tiga bulan.<\/p>\n<p>Dalam sektor kesihatan pula, kerajaan menyediakan RM1 bilion bagi memperkukuh kecekapan digital kesihatan awam, termasuk pelaksanaan sistem Rekod Perubatan Elektronik serta peningkatan sambungan internet di 150 hospital dan lebih 2,000 klinik kesihatan awam.<\/p>\n<p>Kerajaan turut menaikkan ambang pengecualian e-invois daripada RM1 juta kepada RM3 juta setahun.<\/p>\n<p>Langkah itu bermakna perniagaan dengan jualan tahunan tidak melebihi RM3 juta tidak diwajibkan melaksanakan e-invois.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan mengembalikan kelayakan asas BUDI95 kepada 300 liter sebulan mulai 1 September ini, memberi manfaat kepada lebih 16 juta pengguna RON95 bersubsidi. Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan perkara itu ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Amanat Hari Kebangsaan 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini. Menurut Anwar, keputusan itu antara enam ikhtiar segera kerajaan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3678,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1798,1902,74,76,296],"authors":[],"class_list":["post-14880","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-budi95","tag-kuota","tag-minyak","tag-petrol","tag-subsidi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14880","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14880"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14880\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14881,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14880\/revisions\/14881"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3678"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14880"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14880"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14880"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14880"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}