{"id":14908,"date":"2026-08-31T13:09:53","date_gmt":"2026-08-31T13:09:53","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14908"},"modified":"2026-08-31T13:09:53","modified_gmt":"2026-08-31T13:09:53","slug":"urus-setia-jelas-isu-jemputan-bekas-pm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/urus-setia-jelas-isu-jemputan-bekas-pm\/","title":{"rendered":"Urus Setia jelas isu jemputan bekas PM"},"content":{"rendered":"<p>Jemputan kepada bekas Perdana Menteri untuk menghadiri Sambutan Hari Kebangsaan bukan norma kebiasaan dalam pengurusan acara rasmi utama Kerajaan Persekutuan.<\/p>\n<p>Urus Setia Sambutan Hari Kebangsaan 2026 berkata amalan itu sudah dilaksanakan sejak 2018, termasuk bagi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini di Dataran Putrajaya, pagi tadi.<\/p>\n<p>Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026, Abdul Halim Hamzah, berkata jemputan tidak dipanjangkan secara automatik kepada bekas Perdana Menteri.<\/p>\n<p>\u201cBerdasarkan amalan sejak 2018, jemputan ke Sambutan Hari Kebangsaan tidak dipanjangkan secara automatik kepada bekas Perdana Menteri,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Penjelasan itu susulan pertanyaan mengenai kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2026.<\/p>\n<p>Menurut Abdul Halim, pengurusan jemputan bagi acara rasmi utama Kerajaan Persekutuan tertakluk kepada tatacara ditetapkan Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa (BIUPA), Jabatan Perdana Menteri.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, beliau berkata, ketiadaan jemputan secara automatik tidak bermaksud bekas pemimpin negara tidak boleh menghadiri sambutan berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cKehadiran mana-mana bekas pemimpin tidak dihalang dan boleh diuruskan melalui permohonan pihak berkenaan, selaras dengan tatacara serta pengurusan jemputan rasmi yang ditetapkan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam masa sama, Urus Setia turut menerima makluman daripada Pejabat Perdana Menteri Dr Mahathir akan berada di luar negara dari 28 hingga 31 Ogos 2026.<\/p>\n<p>Abdul Halim berkata, perjalanan itu dibuat berdasarkan permohonan Kemudahan Berehat ke Luar Negara yang diterima dan diluluskan Perdana Menteri, selaras dengan ketentuan Saraan Bekas Perdana Menteri di bawah Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 [Akta 237].<\/p>\n<p>Sambutan Hari Kebangsaan 2026 berlangsung di Dataran Putrajaya pagi tadi dengan penyertaan ribuan peserta perbarisan dan persembahan, selain kehadiran pemimpin kerajaan serta orang ramai dalam suasana penuh patriotik.<\/p>\n<p>Isu jemputan bekas Perdana Menteri menjadi perhatian selepas ketidakhadiran Dr Mahathir mencetuskan persoalan mengenai amalan jemputan bagi bekas pemimpin negara ke acara berkenaan.<\/p>\n<p>Urus Setia menegaskan pengurusan jemputan dibuat berdasarkan tatacara rasmi yang berkuat kuasa.<\/p>\n<p>\u201cUrus Setia Sambutan Hari Kebangsaan 2026 merakamkan penghargaan atas perhatian dan pemahaman semua pihak,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Jemputan kepada bekas Perdana Menteri untuk menghadiri Sambutan Hari Kebangsaan bukan norma kebiasaan dalam pengurusan acara rasmi utama Kerajaan Persekutuan. Urus Setia Sambutan Hari Kebangsaan 2026 berkata amalan itu sudah dilaksanakan sejak 2018, termasuk bagi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini di Dataran Putrajaya, pagi tadi. Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sambutan Hari [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14909,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[1398,184,195,1400,682,2124,4848],"authors":[],"class_list":["post-14908","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-hari-kebangsaan","tag-komunikasi","tag-mahathir","tag-merdeka","tag-putrajaya","tag-sambutan","tag-urusetia"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14908","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14908"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14908\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14910,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14908\/revisions\/14910"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/14909"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14908"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14908"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14908"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14908"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}