{"id":14915,"date":"2026-09-01T04:32:01","date_gmt":"2026-09-01T04:32:01","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14915"},"modified":"2026-09-01T04:32:01","modified_gmt":"2026-09-01T04:32:01","slug":"zahid-panas-isu-bayaran-kontraktor-tertangguh","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/zahid-panas-isu-bayaran-kontraktor-tertangguh\/","title":{"rendered":"Zahid \u2018panas\u2019 isu bayaran kontraktor tertangguh"},"content":{"rendered":"<p>Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi mengakui \u201cpanas\u201d melihat masalah kelewatan pembayaran kepada kontraktor yang melaksanakan projek pembangunan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).<\/p>\n<p>Beliau berkata, masih terdapat kontraktor yang sudah melaksanakan kerja mengikut kemajuan ditetapkan dalam kontrak, termasuk projek Jalan Luar Bandar (JALB), namun berdepan kelewatan bayaran daripada kerajaan.<\/p>\n<p>Menurutnya, keadaan itu memberi tekanan kepada aliran tunai syarikat sehingga ada kontraktor terpaksa menutup operasi, selain berdepan tindakan saman daripada pembekal bahan dan subkontraktor.<\/p>\n<p>\u201cBerapa banyak kontraktor yang sudah tutup kedai? Berapa banyak di kalangan mereka yang disaman oleh pembekal bahan? Berapa banyak subkontraktor yang menyaman kontraktor?<\/p>\n<p>\u201cKKDW disalahkan, tetapi puncanya orang lain,\u201d katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan KKDW, hari ini.<\/p>\n<p>Ahmad Zahid berkata, kelewatan pembayaran bukan hanya memberi kesan kepada kontraktor, malah turut menjejaskan pembekal, kontraktor kecil, pekerja dan penyedia perkhidmatan dalam rantaian ekonomi setempat.<\/p>\n<p>Katanya, satu pembayaran yang tertangguh mampu mencetuskan tekanan ekonomi lebih besar daripada nilai pembayaran itu sendiri.<\/p>\n<p>\u201cSaya memahami kekangan fiskal yang sedang kita uruskan, tetapi perkara ini perlu ditangani secara lebih sensitif. Saya ingin memohon supaya pihak yang berkenaan memberikan perhatian yang serius terhadap isu ini,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Pada masa sama, beliau menegur pelaksanaan peruntukan yang disifatkannya tidak selari dengan bajet yang sudah diluluskan.<\/p>\n<p>\u201cBajet yang diumumkan hendaklah disalurkan! Jangan yang tidak ada peruntukan dalam bajet, tetapi itu yang dilaksanakan.<\/p>\n<p>\u201cYang patut dibayar tidak dibayar, yang tidak perlu dibayar, dibayar. Yang \u2018not budgeted for\u2019 dilakukan, yang \u2018budgeted for\u2019 tidak dilaksanakan. Itu masalah di hadapan kita. Saya bukan marah, saya \u2018hot\u2019 sahaja,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Ahmad Zahid berkata, pengurusan fiskal yang baik bukan sekadar mengawal perbelanjaan, tetapi turut memastikan komitmen kerajaan yang sudah dibuat dilaksanakan secara bertanggungjawab.<\/p>\n<p>Beliau turut meminta KKDW mengurangkan penambahan perkara baharu dalam tempoh empat bulan terakhir tahun ini, sebaliknya memberi tumpuan kepada penyelesaian projek dan komitmen sedia ada.<\/p>\n<p>Dalam masa sama, beliau mengarahkan semua bahagian, jabatan dan agensi di bawah KKDW melaksanakan **\u201cOperasi Sifar Tertangguh\u201d** bagi menyelesaikan projek serta isu yang masih tertangguh.<\/p>\n<p>Operasi itu merangkumi perkara berkaitan projek, bayaran, tanah, utiliti, kontrak, aset dan keputusan yang belum diselesaikan.<\/p>\n<p>\u201cJangan lagi ada masalah yang berpindah dari satu mesyuarat ke satu mesyuarat yang lain tanpa siapa yang benar-benar bertanggungjawab menyelesaikannya,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi mengakui \u201cpanas\u201d melihat masalah kelewatan pembayaran kepada kontraktor yang melaksanakan projek pembangunan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW). Beliau berkata, masih terdapat kontraktor yang sudah melaksanakan kerja mengikut kemajuan ditetapkan dalam kontrak, termasuk projek Jalan Luar Bandar (JALB), namun berdepan kelewatan bayaran daripada kerajaan. Menurutnya, keadaan itu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6813,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[147,1076,4850,4849,2084,685],"authors":[],"class_list":["post-14915","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-bayaran","tag-jalan-luar-bandar","tag-kkdw","tag-kontraktor","tag-projek"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14915","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14915"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14915\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14916,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14915\/revisions\/14916"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6813"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14915"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14915"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14915"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14915"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}