{"id":14917,"date":"2026-09-01T04:34:24","date_gmt":"2026-09-01T04:34:24","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14917"},"modified":"2026-09-01T04:34:24","modified_gmt":"2026-09-01T04:34:24","slug":"jerebu-makin-teruk-enam-kawasan-di-sarawak-cecah-ipu-bahaya","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/jerebu-makin-teruk-enam-kawasan-di-sarawak-cecah-ipu-bahaya\/","title":{"rendered":"Jerebu makin teruk, enam kawasan di Sarawak cecah IPU bahaya"},"content":{"rendered":"<p>Jerebu di Sarawak semakin membimbangkan apabila enam lokasi merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap bahaya, termasuk Serian yang mencatat bacaan melebihi 400 setakat jam 10 pagi tadi.<\/p>\n<p>Semakan menerusi Sistem Indeks Pencemaran Udara (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati Serian mencatat IPU tertinggi iaitu 406.<\/p>\n<p>Ia diikuti Kuching dengan bacaan 398, Samarahan (369), Sri Aman (362), Sarikei (340) dan Sibu (321).<\/p>\n<p>Bacaan IPU melebihi 300 dikategorikan sebagai tahap bahaya dan keadaan itu menunjukkan kualiti udara di beberapa kawasan di Sarawak berada pada tahap yang amat membimbangkan.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, tiga lagi kawasan di negeri itu turut merekodkan bacaan pada tahap sangat tidak sihat, iaitu Mukah dan Bintulu masing-masing dengan IPU 241, manakala Samalaju mencatat 234.<\/p>\n<p>Empat kawasan lain di Sarawak pula merekodkan bacaan tidak sihat, masing-masing ILP Miri (187), Miri (181), Kapit (180) dan Limbang (165).<\/p>\n<p>Situasi sama turut berlaku di Sabah apabila Labuan mencatat IPU 168, Kimanis (159), Keningau (157) dan Tawau (135), semuanya pada tahap tidak sihat.<\/p>\n<p>Di Semenanjung, Johan Setia, Selangor menjadi satu-satunya lokasi merekodkan bacaan IPU tidak sihat iaitu 151.<\/p>\n<p>Keadaan jerebu ketika ini turut dikaitkan dengan cuaca kering dan peningkatan titik panas, terutama di beberapa kawasan yang terjejas akibat kebakaran hutan dan tanah gambut.<\/p>\n<p>Kerajaan sebelum ini melaksanakan operasi pembenihan awan di kawasan yang dilanda jerebu, terutama lokasi yang merekodkan bacaan IPU melebihi 150, selain kawasan empangan yang mengalami penyusutan paras air.<\/p>\n<p>Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi berkata operasi pembenihan awan dilaksanakan menerusi kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).<\/p>\n<p>Langkah itu bertujuan membantu menghasilkan hujan bagi mengurangkan kesan jerebu selain menangani isu penyusutan paras air di beberapa kawasan.<\/p>\n<p>Dengan enam lokasi di Sarawak kini berada pada tahap bahaya, orang ramai terutama golongan berisiko tinggi dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga dan mengurangkan aktiviti luar ketika kualiti udara berada pada tahap tidak sihat hingga bahaya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Jerebu di Sarawak semakin membimbangkan apabila enam lokasi merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap bahaya, termasuk Serian yang mencatat bacaan melebihi 400 setakat jam 10 pagi tadi. Semakan menerusi Sistem Indeks Pencemaran Udara (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati Serian mencatat IPU tertinggi iaitu 406. Ia diikuti Kuching dengan bacaan 398, Samarahan (369), [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14918,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[4707,4820,158],"authors":[],"class_list":["post-14917","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-ipu","tag-jerebu","tag-sarawak"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14917","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14917"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14917\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14919,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14917\/revisions\/14919"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/14918"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14917"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14917"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14917"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14917"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}