{"id":14922,"date":"2026-09-01T04:40:02","date_gmt":"2026-09-01T04:40:02","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14922"},"modified":"2026-09-01T04:40:02","modified_gmt":"2026-09-01T04:40:02","slug":"jangan-salahkan-fahmi-sistem-komunikasi-kerajaan-yang-lama-perlu-berubah-tian-chua","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/jangan-salahkan-fahmi-sistem-komunikasi-kerajaan-yang-lama-perlu-berubah-tian-chua\/","title":{"rendered":"Jangan salahkan Fahmi, sistem komunikasi kerajaan yang lama perlu berubah: Tian Chua"},"content":{"rendered":"<p>Bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua menyifatkan pendekatan komunikasi kerajaan ketika ini sudah tidak lagi sesuai dengan perkembangan semasa.<\/p>\n<p>Menurutnya, komunikasi kerajaan tidak seharusnya bergantung sepenuhnya kepada Menteri Komunikasi atau ketua penerangan melalui pendekatan berpusat.<\/p>\n<p>Sebaliknya, beliau berkata kerajaan dan parti, khususnya PKR, perlu menggerakkan seluruh kekuatan, tenaga serta kreativiti untuk memastikan mesej dapat disampaikan terus kepada rakyat.<\/p>\n<p>\u201cYang penting bagaimana kita gunakan kuasa, tenaga, kreativiti seluruh parti dan juga pergerakan yang sehaluan dengan idea-idea Keadilan ini untuk menyampaikan mesej.<\/p>\n<p>\u201cSaya rasa itu kekurangan sekarang kerana kita masih guna format lama, bergantung kepada Menteri Komunikasi,\u201d katanya semasa dalam podcast \u2018The Tiger Show Podcast\u2019, susulan persoalan mengenai kritikan terhadap kelemahan komunikasi kerajaan yang semakin mendapat perhatian.<\/p>\n<p>Chua yang juga bekas Ahli Parlimen Batu berkata, kelemahan berkenaan tidak wajar diletakkan sepenuhnya di bahu Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil kerana beliau hanya menjalankan tanggungjawab dalam struktur sedia ada.<\/p>\n<p>\u201cSaya tak salahkan Menteri Komunikasi kerana dia hanya jalankan tugas tetapi keseluruhan komunikasi harus berubah,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Isu komunikasi kerajaan sebelum ini turut menjadi perhatian apabila Fahmi memohon maaf ketika Kongres PKR baru-baru ini berhubung kelemahan penyampaian maklumat kepada rakyat.<\/p>\n<p>Fahmi mengakui terdapat maklumat dan mesej kerajaan yang tidak sampai dengan baik kepada masyarakat, sekali gus menimbulkan persepsi negatif terhadap pentadbiran.<\/p>\n<p>Chua berpandangan keadaan itu menunjukkan keperluan untuk kerajaan menilai semula kaedah komunikasi yang digunakan, terutama ketika landskap media berubah dengan pantas dan rakyat memperoleh maklumat daripada pelbagai platform.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan komunikasi tidak lagi boleh dianggap sebagai tugas satu kementerian atau individu semata-mata, sebaliknya perlu menjadi usaha bersama yang melibatkan parti, pemimpin dan rangkaian pendukung kerajaan.<\/p>\n<p>\u201cKeseluruhan komunikasi harus berubah,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua menyifatkan pendekatan komunikasi kerajaan ketika ini sudah tidak lagi sesuai dengan perkembangan semasa. Menurutnya, komunikasi kerajaan tidak seharusnya bergantung sepenuhnya kepada Menteri Komunikasi atau ketua penerangan melalui pendekatan berpusat. Sebaliknya, beliau berkata kerajaan dan parti, khususnya PKR, perlu menggerakkan seluruh kekuatan, tenaga serta kreativiti untuk memastikan mesej dapat disampaikan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14923,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[374,184,285,16,4851,4852],"authors":[],"class_list":["post-14922","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-kerajaan","tag-komunikasi","tag-madani","tag-mcmc","tag-tian-chua","tag-tiger-show"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14922","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14922"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14922\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14924,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14922\/revisions\/14924"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/14923"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14922"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14922"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14922"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14922"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}