{"id":14930,"date":"2026-09-01T08:04:33","date_gmt":"2026-09-01T08:04:33","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14930"},"modified":"2026-09-01T08:04:33","modified_gmt":"2026-09-01T08:04:33","slug":"miss-equality-world-2026-bukan-diadakan-di-pulau-pinang-mufti","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/miss-equality-world-2026-bukan-diadakan-di-pulau-pinang-mufti\/","title":{"rendered":"Miss Equality World 2026 bukan diadakan di Pulau Pinang: Mufti"},"content":{"rendered":"<p>Pertandingan Miss Equality World 2026 yang mencetuskan perhatian selepas rakaman seorang peserta membawa nama Malaysia tular di media sosial sebenarnya berlangsung di Bangkok, Thailand, bukan di Pulau Pinang.<\/p>\n<p>Mufti Pulau Pinang, Mohd Sukki Othman berkata, semakan terhadap maklumat rasmi penganjur mendapati pertandingan itu berlangsung dari 22 hingga 30 Ogos lalu di Bangkok.<\/p>\n<p>Menurutnya, penganjur memang menyenaraikan seorang peserta yang membawa nama Malaysia, namun perkara itu tidak bermaksud individu terbabit merupakan wakil rasmi kerajaan.<\/p>\n<p>\u201cPembetulan ini penting. Islam menuntut kita berlaku adil terhadap fakta sekalipun terhadap perkara yang kita tentang,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mohd Sukki turut mengulas isu penyertaan individu transgender dalam pertandingan berkenaan dari sudut hukum syarak.<\/p>\n<p>Katanya, Islam mempunyai pendirian jelas terhadap tindakan seseorang yang sengaja menyerupai atau mengubah dirinya kepada jantina berlawanan.<\/p>\n<p>\u201cIni berbeza dengan khunsa atau intersex, yang melibatkan keadaan biologi tertentu dan memerlukan penilaian pakar bagi menentukan jantina sebenar.<\/p>\n<p>\u201cBagi seseorang yang telah jelas jantina biologinya, tindakan sengaja menukar jantina atau membina identiti sebagai jantina berlawanan adalah bercanggah dengan syariat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata, kebimbangan turut timbul apabila budaya LGBTQ dipromosi, diraikan dan dinormalisasikan, khususnya dalam kalangan generasi muda.<\/p>\n<p>\u201cAtas nama toleransi, jangan sampai perkara yang ditegah agama dianggap biasa. Atas nama kebebasan pula, jangan sampai batas halal dan haram diketepikan.<\/p>\n<p>\u201cMenghormati manusia tidak bermaksud kita wajib mengiktiraf setiap perbuatannya. Bersikap rahmah tidak bermaksud kita perlu menghalalkan apa yang Allah haramkan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam masa sama, beliau mengingatkan masyarakat supaya tidak mengambil tindakan sendiri terhadap mana-mana individu yang dikaitkan dengan isu berkenaan.<\/p>\n<p>Katanya, dari sudut undang-undang Malaysia, terdapat peruntukan Syariah negeri yang mengawal perlakuan tertentu berkaitan lelaki yang menyerupai atau berlagak seperti wanita, tertakluk kepada bidang kuasa serta peruntukan negeri masing-masing.<\/p>\n<p>\u201cApatah lagi pertandingan yang sedang diperkatakan ini berlangsung di Thailand.<\/p>\n<p>\u201cOleh itu, masyarakat jangan mengambil undang-undang ke tangan sendiri. Sekiranya terdapat pelanggaran undang-undang, serahkan kepada pihak berautoriti untuk menilai dan mengambil tindakan sewajarnya,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mohd Sukki turut menegaskan ketegasan terhadap isu LGBTQ tidak bermaksud umat Islam boleh menghina atau menzalimi individu yang terlibat.<\/p>\n<p>Beliau menyeru keluarga dan masyarakat membantu mereka yang mahu kembali kepada kehidupan berlandaskan agama, bukannya menjauhkan atau menghukum mereka.<\/p>\n<p>\u201cAllah SWT berfirman dalam Surah al-Zumar ayat 53: \u2018Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.\u2019<\/p>\n<p>\u201cKembalilah kepada Allah. Carilah bimbingan dan bantuan. Keluarga serta masyarakat pula hendaklah membantu mereka kembali, bukannya menghina sehingga mereka semakin jauh,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Isu Miss Equality World 2026 menjadi perhatian selepas video peserta yang membawa nama Malaysia tersebar di media sosial dan mencetuskan persoalan mengenai lokasi pertandingan serta status penyertaannya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pertandingan Miss Equality World 2026 yang mencetuskan perhatian selepas rakaman seorang peserta membawa nama Malaysia tular di media sosial sebenarnya berlangsung di Bangkok, Thailand, bukan di Pulau Pinang. Mufti Pulau Pinang, Mohd Sukki Othman berkata, semakan terhadap maklumat rasmi penganjur mendapati pertandingan itu berlangsung dari 22 hingga 30 Ogos lalu di Bangkok. Menurutnya, penganjur memang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14931,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[3453,4855,4854,4853,4856,56],"authors":[],"class_list":["post-14930","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-bangkok","tag-miss-equality-world-2026","tag-mohd-sukki-othman","tag-mufti-pulau-pinang","tag-transgender","tag-tular"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14930","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14930"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14930\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14932,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14930\/revisions\/14932"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/14931"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14930"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14930"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14930"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14930"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}