{"id":14956,"date":"2026-09-02T04:02:49","date_gmt":"2026-09-02T04:02:49","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14956"},"modified":"2026-09-02T04:02:49","modified_gmt":"2026-09-02T04:02:49","slug":"kerajaan-tolak-tayangan-drama-madu-atau-racun-bercanggah-ajaran-islam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kerajaan-tolak-tayangan-drama-madu-atau-racun-bercanggah-ajaran-islam\/","title":{"rendered":"Kerajaan tolak tayangan drama \u2018Madu atau Racun&#8217;, bercanggah ajaran Islam"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan menolak penayangan drama \u2018Madu atau Racun\u2019 susulan kandungannya didakwa menimbulkan keresahan dan kontroversi dalam kalangan masyarakat.<\/p>\n<p>Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, pihaknya kesal dengan penerapan elemen yang menyentuh sensitiviti agama serta norma budaya tempatan, sama ada secara tersurat atau tersirat.<\/p>\n<p>Menurutnya, kandungan yang bercanggah dengan ajaran Islam dan nilai budaya ketimuran perlu dibendung bagi memastikan pegangan akidah serta nilai moral masyarakat, terutama golongan muda, terus terpelihara.<\/p>\n<p>\u201cPenerapan unsur-unsur yang bertentangan dengan ajaran Islam serta budaya ketimuran ini perlu dibendung, agar pegangan akidah dan nilai moral masyarakat, khususnya generasi muda, sentiasa terpelihara,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Zulkifli berkata, ajaran Islam memberi penekanan terhadap pemeliharaan institusi kekeluargaan dan tata susila kehidupan beragama.<\/p>\n<p>Katanya, pemaparan gaya hidup yang dianggap bertentangan dengan nilai tersebut tidak sepatutnya dinormalisasikan melalui karya hiburan yang ditonton masyarakat.<\/p>\n<p>Susulan kontroversi itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan bekerjasama dengan agensi berkaitan untuk menyemak kandungan drama berkenaan serta mengambil tindakan susulan mengikut peraturan ditetapkan.<\/p>\n<p>Semakan itu akan berpandukan Garis Panduan Penapisan Kandungan Bahan-Bahan Penyiaran Berunsur Islam (JAKIM Bil. 4\/2015), selain peruntukan undang-undang sedia ada.<\/p>\n<p>Zulkifli berkata, langkah itu penting bagi memastikan kandungan media yang disiarkan tidak menjejaskan kesucian agama serta keharmonian masyarakat.<\/p>\n<p>Dalam masa sama, beliau menggesa penggiat seni, penerbit dan stesen penyiaran lebih peka terhadap sensitiviti agama dan budaya ketika menghasilkan sesuatu karya.<\/p>\n<p>\u201cIndustri seni dan platform media sepatutnya dimanfaatkan sebagai medium menyemaikan nilai-nilai kebaikan, bukannya mencetuskan polemik yang menjejaskan keharmonian norma masyarakat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Isu kandungan drama yang menyentuh sensitiviti agama dan nilai masyarakat sebelum ini turut mencetuskan perdebatan mengenai tanggungjawab penerbit serta platform penyiaran dalam memastikan bahan hiburan mematuhi garis panduan ditetapkan.<\/p>\n<p>Zulkifli turut menyeru umat Islam bersama-sama mempertahankan kesucian agama dan akhlak dengan penuh ketaatan serta kebijaksanaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan menolak penayangan drama \u2018Madu atau Racun\u2019 susulan kandungannya didakwa menimbulkan keresahan dan kontroversi dalam kalangan masyarakat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, pihaknya kesal dengan penerapan elemen yang menyentuh sensitiviti agama serta norma budaya tempatan, sama ada secara tersurat atau tersirat. Menurutnya, kandungan yang bercanggah dengan ajaran Islam [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14268,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[4863,1681,2735,4380,610,2265],"authors":[],"class_list":["post-14956","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-madu-atau-racun","tag-agama","tag-dr-zulkifli-hasan","tag-drama","tag-islam","tag-jakim"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14956","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14956"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14956\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14957,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14956\/revisions\/14957"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/14268"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14956"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14956"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14956"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14956"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}