{"id":14969,"date":"2026-09-02T07:55:48","date_gmt":"2026-09-02T07:55:48","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14969"},"modified":"2026-09-02T07:55:48","modified_gmt":"2026-09-02T07:55:48","slug":"rm25-3-juta-masuk-akaun-bersatu-dikaitkan-projek-jana-wibawa-saksi-sprm","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/rm25-3-juta-masuk-akaun-bersatu-dikaitkan-projek-jana-wibawa-saksi-sprm\/","title":{"rendered":"RM25.3 juta masuk akaun Bersatu dikaitkan projek Jana Wibawa: Saksi SPRM"},"content":{"rendered":"<p>Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu RM25.3 juta yang dimasukkan ke akaun Parti Bersatu oleh beberapa individu dan syarikat bukan sumbangan politik, sebaliknya didakwa sebagai balasan selepas mereka memperoleh projek di bawah Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).<\/p>\n<p>Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mazery Mohd Zaini, 42, berkata jumlah itu direkodkan menerusi transaksi antara 22 September 2021 hingga 22 November 2022.<\/p>\n<p>Menurut saksi pendakwaan ke-29 itu, transaksi berkenaan membabitkan KCJ Engineering Sdn Bhd, pengarahnya Azman Yusoff, Nepturis Sdn Bhd, Mamfor Sdn Bhd dan Sutracom Sdn Bhd.<\/p>\n<p>\u201cHasil semakan terhadap akaun-akaun bank Parti Bersatu mendapati individu dan syarikat yang berjaya mendapat projek Jana Wibawa telah memasukkan wang ke dalam akaun milik parti itu yang mana akaun ini dikawal oleh tertuduh (Muhyiddin).<\/p>\n<p>\u201cSaya tidak menemui apa-apa resit penerimaan sumbangan yang dikeluarkan oleh parti Bersatu kepada empat syarikat berkenaan dan Azman,\u201d katanya ketika membacakan pernyataan saksi pada perbicaraan kes bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.<\/p>\n<p>Mazery yang kini bertugas sebagai Ketua Cawangan Siasatan B, Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, berkata penelitian terhadap kronologi, keterangan saksi dan dokumen menunjukkan wang itu mempunyai kaitan dengan tindakan Muhyiddin membantu syarikat terbabit mendapatkan projek.<\/p>\n<p>\u201cHasil siasatan juga mendapati wang yang dimasukkan oleh syarikat-syarikat ini bukanlah sumbangan politik atau satu kebetulan, sebaliknya sebagai balasan kepada tindakan tertuduh yang membantu mereka mendapatkan projek tersebut,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata tindakan Muhyiddin mengeluarkan surat dan menurunkan minit turut membuka laluan kepada syarikat terbabit untuk dipertimbangkan dalam proses mendapatkan projek, walaupun keputusan akhir masih tertakluk kepada penilaian dan kelulusan Kementerian Kewangan serta Jabatan Kerja Raya (JKR).<\/p>\n<p>Antara projek berkenaan ialah pembinaan jalan baharu menghubungkan Felda Bukit Jalor ke Gemas, Negeri Sembilan bernilai RM62 juta yang diberikan kepada KCJ Engineering.<\/p>\n<p>Nepturis pula menerima projek pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara, Selangor bernilai RM141 juta, manakala Sutracom menerima projek membina dan menaik taraf Jalan Lingkaran Pulau Indah Fasa 3 bernilai RM605.217 juta.<\/p>\n<p>Mazery berkata keterangan pemilik dan wakil syarikat turut mengesahkan wang diberikan kepada Bersatu selepas syarikat masing-masing memperoleh projek Jana Wibawa.<\/p>\n<p>Ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin mengapa beliau menganggap Muhyiddin menyalahgunakan kuasa, Mazery menjawab: \u201cKerana tindakan beliau pada ketika itu mengarahkan Kementerian Kewangan untuk membantu syarikat-syarikat yang membuat permohonan dan berjaya mendapat projek serta membuat sumbangan kepada parti Bersatu.\u201d<\/p>\n<p>Muhyiddin kini berdepan tujuh pertuduhan, termasuk empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk mendapatkan suapan RM225.3 juta bagi Bersatu serta tiga pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM200 juta.<\/p>\n<p>Kes itu dibicarakan di hadapan Hakim Noor Ruwena Md Nurdin dan prosiding bersambung esok.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu RM25.3 juta yang dimasukkan ke akaun Parti Bersatu oleh beberapa individu dan syarikat bukan sumbangan politik, sebaliknya didakwa sebagai balasan selepas mereka memperoleh projek di bawah Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa). Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mazery Mohd Zaini, 42, berkata jumlah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":3812,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[3738,72,58,1590,21],"authors":[],"class_list":["post-14969","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-derma","tag-jana-wibawa","tag-mahkamah","tag-muhyiddin-yassin","tag-sprm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14969","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14969"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14969\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14970,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14969\/revisions\/14970"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/3812"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14969"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14969"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14969"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14969"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}