{"id":14992,"date":"2026-09-03T04:04:37","date_gmt":"2026-09-03T04:04:37","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=14992"},"modified":"2026-09-03T04:04:37","modified_gmt":"2026-09-03T04:04:37","slug":"umno-bn-mahu-pru-16-diawalkan-sudah-bersiap-sedia-zahid","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/umno-bn-mahu-pru-16-diawalkan-sudah-bersiap-sedia-zahid\/","title":{"rendered":"UMNO-BN mahu PRU-16 diawalkan, sudah bersiap-sedia: Zahid"},"content":{"rendered":"<p>UMNO dan Barisan Nasional (BN) melihat Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) lebih baik diadakan lebih awal sebelum tempoh penggal Parlimen berakhir.<\/p>\n<p>Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi berkata, pilihan raya lebih awal membolehkan mandat membentuk kerajaan Persekutuan dikembalikan kepada rakyat.<\/p>\n<p>\u201cPada hemat saya, kalau pilihan raya umum diadakan lebih awal, itu lebih baik. Jadi, mandat rakyat dapat kita peroleh.<\/p>\n<p>\u201cTetapi andainya penggal ini sehingga penghujung tempoh atau jeda waktunya, kita juga bersedia menghadapinya,\u201d katanya dipetik dalam wawancara Media Prima Berhad.<\/p>\n<p>Menurutnya, UMNO dan BN perlu menggunakan tempoh yang masih berbaki untuk terus mendekati rakyat dan menangani permasalahan mereka.<\/p>\n<p>Langkah itu penting bagi memastikan UMNO dan BN kekal relevan dengan perkembangan politik serta geopolitik semasa.<\/p>\n<p>Tempoh penggal Parlimen ke-15 dijadual berakhir sekitar Disember tahun depan. Mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Parlimen dibubarkan atau selepas tempoh maksimum penggal berakhir.<\/p>\n<p>Ditanya mengenai kecenderungan UMNO dan BN untuk bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH), Ahmad Zahid berkata keputusan akan dibuat berdasarkan pertimbangan manfaat dan mudarat.<\/p>\n<p>Katanya, pendekatan sama digunakan ketika mempertimbangkan kerjasama politik dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan.<\/p>\n<p>\u201cKita sanggup untuk pergi solo kerana landskap politik di Johor mengkehendaki begitu, tetapi di Negeri Sembilan, kita merasakan manfaat itu lebih baik kalau kita bersama dengan mana-mana parti gabungan.<\/p>\n<p>\u201cKita lihat apakah mudaratnya kalau kita bersama atau tidak bersama dengan parti gabungan lain,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Ahmad Zahid berkata, pertimbangan politik turut mengambil kira keadaan dan keseimbangan politik di setiap negeri bagi memastikan sebarang kerjasama memberi pulangan terbaik kepada parti.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, beliau mengakui pandangan akar umbi turut menjadi pertimbangan, terutama tuntutan supaya perpaduan dalam kalangan orang Melayu diperkukuh.<\/p>\n<p>\u201cJusteru, kita menjadikan itu sebagai keutamaan untuk kita melakukan sesuatu bagi mewarnai masa depan politik kita.<\/p>\n<p>\u201cNamun, kita juga harus mengakui hakikat kemajmukan di negara kita harus dijadikan sebagai landasan untuk kita melalui liku-liku politik yang semakin kompleks untuk dekad yang mendatang,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>UMNO dan Barisan Nasional (BN) melihat Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) lebih baik diadakan lebih awal sebelum tempoh penggal Parlimen berakhir. Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi berkata, pilihan raya lebih awal membolehkan mandat membentuk kerajaan Persekutuan dikembalikan kepada rakyat. \u201cPada hemat saya, kalau pilihan raya umum diadakan lebih awal, itu lebih baik. Jadi, mandat rakyat [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":337,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[147,378,1686,633,101,146],"authors":[],"class_list":["post-14992","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-bn","tag-menang","tag-pilihan-raya","tag-pru-16","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14992","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=14992"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14992\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":14993,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/14992\/revisions\/14993"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/337"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=14992"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=14992"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=14992"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=14992"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}