{"id":15016,"date":"2026-09-03T08:24:11","date_gmt":"2026-09-03T08:24:11","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15016"},"modified":"2026-09-03T08:24:11","modified_gmt":"2026-09-03T08:24:11","slug":"amk-bidas-akmal-jangan-samakan-lebihan-kkdw-dengan-kpm-jangan-pusing-cerita","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/amk-bidas-akmal-jangan-samakan-lebihan-kkdw-dengan-kpm-jangan-pusing-cerita\/","title":{"rendered":"AMK bidas Akmal: Jangan samakan lebihan KKDW dengan KPM, jangan pusing cerita"},"content":{"rendered":"<p>Angkatan Muda Keadilan (AMK) mempersoalkan hujah Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh yang menggunakan perbelanjaan Kementerian Pendidikan (KPM) sebagai perbandingan untuk mempertahankan isu perbelanjaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).<\/p>\n<p>Ketua Penerangannya, Danish Hairudin berkata perbandingan itu tidak memadai jika Akmal hanya mengambil angka keseluruhan peruntukan dan perbelanjaan KPM tanpa melihat perbezaan kadar lebihan perbelanjaan antara kedua-dua kementerian.<\/p>\n<p>Beliau berkata, KPM pada 2024 diperuntukkan RM58.726 bilion dan membelanjakan RM59.871 bilion, iaitu lebihan sekitar 1.95 peratus.<\/p>\n<p>\u201cYa, fakta ini betul. Tetapi Akmal terlupa hendak beritahu satu perkara penting. Lebihnya cuma sekitar 1.95 peratus.<\/p>\n<p>\u201cSekarang kita bandingkan dengan angka rasmi KKDW yang dikeluarkan sendiri oleh Kementerian Kewangan,\u201d katanya dalam kenyataan media hari ini.<\/p>\n<p>Danish berkata, KKDW pada 2024 diperuntukkan RM1.3 bilion tetapi membelanjakan RM2 bilion, melebihi peruntukan sebanyak 53.8 peratus.<\/p>\n<p>Malah, katanya, keadaan itu bukan berlaku sekali kerana KKDW pada 2023 turut membelanjakan RM1.8 bilion berbanding peruntukan RM1.1 bilion, manakala pada 2025 membelanjakan RM2.3 bilion berbanding RM1.6 bilion yang diperuntukkan.<\/p>\n<p>\u201cKalau Akmal mahu gunakan KPM sebagai perbandingan, bandingkan sampai habis.<\/p>\n<p>\u201cKPM 2024 lebih 1.95 peratus, KKDW 2024 lebih 53.8 peratus. Kadar lebihan KKDW hampir 28 kali ganda berbanding KPM,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Danish turut mempersoalkan bagaimana perbelanjaan projek jalan luar bandar KKDW bagi 2026 boleh mencapai RM1.9 bilion daripada RM2.1 bilion yang diperuntukkan hanya sehingga Jun.<\/p>\n<p>Katanya, penggunaan lebih 90 peratus peruntukan dalam tempoh separuh tahun menimbulkan persoalan mengenai perancangan dan pengurusan perbelanjaan kementerian.<\/p>\n<p>\u201cKalau baru separuh tahun hampir seluruh peruntukan sudah digunakan, bagaimana perbelanjaan ini dirancang?\u201d soalnya.<\/p>\n<p>Danish berkata, alasan seolah-olah masalah berpunca daripada kegagalan Kementerian Kewangan menyalurkan peruntukan juga perlu diperbetulkan selepas MOF menjelaskan peruntukan jalan luar bandar KKDW sudah disalurkan sepenuhnya.<\/p>\n<p>Malah, katanya, MOF meluluskan tambahan RM300 juta bagi 2026 bagi membantu menyelesaikan tunggakan bayaran kepada kontraktor.<\/p>\n<p>\u201cJadi jangan pusing cerita sehingga rakyat mendapat gambaran seolah-olah projek sudah diluluskan tetapi Kementerian Kewangan sengaja tidak mahu menyalurkan wang kepada KKDW,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurut Danish, jika terdapat projek yang sudah diluluskan tetapi menghadapi masalah peruntukan atau pembayaran, isu itu sepatutnya dibawa ke Kabinet untuk penyelesaian.<\/p>\n<p>\u201cPresiden UMNO ialah Timbalan Perdana Menteri dan duduk dalam Jemaah Menteri. Bawa senarai projek itu ke mesyuarat Kabinet. Tunjukkan projek mana, berapa nilainya, bila diluluskan, berapa yang sudah dibelanjakan dan berapa lagi diperlukan.<\/p>\n<p>\u201cKabinet itu tempat kerajaan mencari penyelesaian. Media bukan meja rundingan antara anggota kerajaan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Danish turut menyindir Akmal supaya tidak mengubah persoalan mengenai akauntabiliti menjadi pertikaian politik dan mempertikaikan isu dibangkitkan Ketua AMK, Muhammad Kamil Abdul Munim berhubung lebihan peruntukan digunakan KKDW sebelum ini.<\/p>\n<p>\u201cKalau angka sejauh ini pun mahu disamakan, masalahnya mungkin bukan pada Kamil yang bertanya.<\/p>\n<p>\u201cMungkin kalkulator Akmal yang perlukan bateri baharu,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Angkatan Muda Keadilan (AMK) mempersoalkan hujah Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh yang menggunakan perbelanjaan Kementerian Pendidikan (KPM) sebagai perbandingan untuk mempertahankan isu perbelanjaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW). Ketua Penerangannya, Danish Hairudin berkata perbandingan itu tidak memadai jika Akmal hanya mengambil angka keseluruhan peruntukan dan perbelanjaan KPM tanpa melihat perbezaan kadar lebihan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6448,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[164,952,3031,4849,975,171,146],"authors":[],"class_list":["post-15016","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-amk","tag-danish-hairudin","tag-dr-muhamad-akmal-saleh","tag-kkdw","tag-kpm","tag-pemuda","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15016","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15016"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15016\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15017,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15016\/revisions\/15017"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6448"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15016"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15016"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15016"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15016"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}