{"id":15020,"date":"2026-09-03T08:35:56","date_gmt":"2026-09-03T08:35:56","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15020"},"modified":"2026-09-03T08:45:39","modified_gmt":"2026-09-03T08:45:39","slug":"draf-siap-pm-akan-muktamadkan-ruu-had-tempoh-jawatan-pm-azalina","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/draf-siap-pm-akan-muktamadkan-ruu-had-tempoh-jawatan-pm-azalina\/","title":{"rendered":"Draf siap, PM akan muktamadkan RUU had tempoh jawatan PM: Azalina"},"content":{"rendered":"<p class=\"isSelectedEnd\">Tiada lagi alasan soal draf belum siap apabila RUU had tempoh jawatan Perdana Menteri kini sudah disediakan dan hanya menunggu keputusan Anwar Ibrahim untuk dibentangkan di Parlimen.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said berkata, proses penyediaan RUU berkenaan sudah selesai, termasuk perkara berkaitan tempoh had jawatan Perdana Menteri.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cSemua dah siap dah. \u2018Time period\u2019 dah siap, tertakluk kepada Perdana Menteri selaku Ketua Majlis untuk bawa dalam sesi ini,\u201d katanya.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Tinjauan Pendapat Awam Mengenai Penggubalan RUU Koroner, hari ini.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Azalina berkata, pindaan berkaitan had tempoh jawatan Perdana Menteri membabitkan Perlembagaan Persekutuan dan memerlukan sokongan majoriti dua pertiga Ahli Parlimen.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Keperluan sama turut terpakai bagi cadangan memisahkan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya yang juga memerlukan sokongan dua pertiga.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cDua-dua ini ialah pindaan kepada Perlembagaan, jadi kita perlu dua pertiga. Sama juga dengan pemisahan AG (Peguam Negara) dengan PP (Pendakwa Raya) memerlukan dua pertiga,\u201d katanya.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Dalam pada itu, Azalina mengakui faktor politik memainkan peranan dalam usaha mendapatkan sokongan terhadap pindaan Perlembagaan berkenaan.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Sehubungan itu, beliau merayu semua Ahli Parlimen dan parti politik supaya menyokong RUU berkenaan demi kepentingan negara.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Menurutnya, pemisahan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya penting bagi mengurangkan persepsi pendakwaan terhadap mana-mana individu mempunyai unsur politik.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cSaya merayulah kalau boleh kepada semua Ahli Parlimen. RUU yang kita buat, pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya ini sesuatu yang baik.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cIni boleh mengurangkan sedikit persepsi pendakwaan politik kepada mana-mana kes,\u201d katanya.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Azalina berkata, sokongan terhadap reformasi itu tidak seharusnya dilihat berdasarkan kepentingan mana-mana parti politik, sebaliknya dari sudut kepentingan negara.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cSaya harap sangatlah Ahli-ahli Dewan Rakyat, Dewan Negara dan mana-mana parti politik mesti mengalu-alukan RUU ini kerana ia membawa lebih banyak kebaikan daripada keburukan.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cIa adalah untuk negara kita dan saya tak nak lagi dengar orang cakap bila kena dakwa, adanya udang sebalik batu dan sebagainya,\u201d katanya.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Beliau berkata pemisahan peranan berkenaan juga diharap dapat meningkatkan keyakinan rakyat terhadap institusi pendakwaan, khususnya melalui proses pelantikan Peguam Negara dan Pendakwa Raya yang lebih telus serta berteraskan Parlimen.<\/p>\n<p>Reformasi itu, katanya, penting bagi memperkukuh keyakinan terhadap kebebasan dan integriti proses pendakwaan di negara ini.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tiada lagi alasan soal draf belum siap apabila RUU had tempoh jawatan Perdana Menteri kini sudah disediakan dan hanya menunggu keputusan Anwar Ibrahim untuk dibentangkan di Parlimen. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said berkata, proses penyediaan RUU berkenaan sudah selesai, termasuk perkara berkaitan tempoh had jawatan Perdana Menteri. \u201cSemua [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":4091,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[170,573,4241,2841,3253,1079,310],"authors":[],"class_list":["post-15020","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar-ibrahim","tag-anwar-pmx","tag-azalina-othman","tag-had-penggal-pm","tag-had-tempoh-pm","tag-pm","tag-ruu"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15020","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15020"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15020\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15030,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15020\/revisions\/15030"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4091"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15020"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15020"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15020"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15020"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}