{"id":15039,"date":"2026-09-03T15:32:07","date_gmt":"2026-09-03T15:32:07","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15039"},"modified":"2026-09-03T15:33:00","modified_gmt":"2026-09-03T15:33:00","slug":"perwakilan-pemuda-pas-mahu-parti-terajui-putrajaya-termasuk-jawatan-pm-laporan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/perwakilan-pemuda-pas-mahu-parti-terajui-putrajaya-termasuk-jawatan-pm-laporan\/","title":{"rendered":"Perwakilan Pemuda PAS mahu parti terajui Putrajaya, termasuk jawatan PM: Laporan"},"content":{"rendered":"<p>PAS perlu mengubah pendekatan politiknya dengan memastikan parti itu menjadi peneraju utama di peringkat Persekutuan, termasuk meletakkan calon sendiri bagi jawatan Perdana Menteri (PM).<\/p>\n<p>Ketua Pemuda PAS Kedah, Ilyas Ahmad berkata, parti itu mempunyai barisan pemimpin yang mencukupi serta berkelayakan untuk memimpin negara dan tidak sepatutnya lagi memberi laluan kepada parti lain bagi jawatan tertinggi kerajaan.<\/p>\n<p>Katanya, usaha menyatukan umat Islam di peringkat Persekutuan juga perlu diterajui PAS, bukan sekadar menjadikan parti itu sebagai sebahagian daripada gabungan yang mengikut keputusan pihak lain.<\/p>\n<p>\u201cKita tidak mahu lagi dengar kata-kata seperti \u2018tak apa, biarlah orang lain jadi perdana menteri\u2019. Kita tidak mahu dengar lagi perkara itu!<\/p>\n<p>\u201cKali ini, kita mahu pastikan PAS menjadi peneraju utama di peringkat Persekutuan,\u201d katanya ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Pemuda PAS pada Muktamar PAS hari ini.<\/p>\n<p>Ilyas turut menegaskan, PAS perlu lebih yakin dengan kekuatan sendiri dalam menghadapi perkembangan politik semasa, terutama menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).<\/p>\n<p>Perkembangan itu hadir ketika hubungan politik antara PAS dan Umno-BN terus menjadi perhatian selepas kedua-dua pihak bekerjasama dalam kerangka Perikatan Nasional (PN) atas agenda penyatuan umat Islam.<\/p>\n<p>Kerjasama lebih erat antara PAS dan Umno-BN turut menjadi tumpuan selepas kejayaan besar BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 11 Julai lalu.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, sehingga kini belum ada pengumuman rasmi mengenai kemungkinan kerjasama antara kedua-dua pihak bagi menghadapi PRN Melaka yang akan datang.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang hari ini berkata, parti itu sudah bersedia menghadapi PRU-16, termasuk sekiranya pilihan raya itu diadakan lebih awal daripada jadual.<\/p>\n<p>Kenyataan itu dibuat selepas Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi menyuarakan hasrat supaya PRU16 diadakan lebih awal bagi membolehkan kerajaan memperoleh mandat baharu daripada rakyat.<\/p>\n<p>Sementara itu, perwakilan Pemuda PAS Terengganu, Mukhlis Hasin turut menggesa PAS menjadi peneraju dalam sebarang usaha penyatuan politik.<\/p>\n<p>Katanya, PAS tidak boleh sekadar menjadi \u201cpengikut\u201d atas alasan mahu memastikan kerjasama politik terus terpelihara.<\/p>\n<p>\u201cJangan sesekali takut untuk mempertahankan identiti kita hanya semata-mata mahu mempertahankan perpaduan. Kita tidak sepatutnya takut untuk mempertahankan kebenaran hanya kerana mahu menjaga perpaduan,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mukhlis berkata, Pemuda PAS bukan sahaja bertanggungjawab menyatukan ahli di peringkat akar umbi, malah perlu memastikan kepimpinan parti bersedia menjayakan agenda penyatuan.<\/p>\n<p>\u201cCabaran terbesar kita dalam memimpin penyatuan ini ialah kadang-kadang anak-anak (ahli parti) mahu bersatu, tetapi bapa-bapa mereka (pemimpin parti) mempunyai keperluan dan alasan tertentu sehingga menyebabkan penyatuan itu tidak dapat dilaksanakan dengan baik,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAS perlu mengubah pendekatan politiknya dengan memastikan parti itu menjadi peneraju utama di peringkat Persekutuan, termasuk meletakkan calon sendiri bagi jawatan Perdana Menteri (PM). Ketua Pemuda PAS Kedah, Ilyas Ahmad berkata, parti itu mempunyai barisan pemimpin yang mencukupi serta berkelayakan untuk memimpin negara dan tidak sepatutnya lagi memberi laluan kepada parti lain bagi jawatan tertinggi [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":15040,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[4880,69,125,4801,126,171,197,146],"authors":[],"class_list":["post-15039","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ilyas-ahmad","tag-jawatan","tag-kedah","tag-muktamad","tag-pas","tag-pemuda","tag-perdana-menteri","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15039","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15039"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15039\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15041,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15039\/revisions\/15041"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/15040"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15039"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15039"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15039"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15039"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}