{"id":1504,"date":"2025-07-13T11:14:42","date_gmt":"2025-07-13T11:14:42","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=1504"},"modified":"2025-07-13T11:14:42","modified_gmt":"2025-07-13T11:14:42","slug":"azalina-jelaskan-isu-lantikan-hakim-mahkamah-atasan-tunggu-majlis-raja-raja","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/azalina-jelaskan-isu-lantikan-hakim-mahkamah-atasan-tunggu-majlis-raja-raja\/","title":{"rendered":"Azalina jelaskan isu lantikan hakim mahkamah atasan, tunggu Majlis Raja-Raja"},"content":{"rendered":"<p>Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) 2009 atau Akta JAC bukan sesuatu yang mengikat atau menentukan mana-mana individu untuk dilantik sebagai hakim mahkamah atasan, kata Azalina Othman Said.<\/p>\n<p>Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi itu menjelaskan Akta JAC berfungsi sebagai proses menapis calon-calon yang dicadangkan untuk dilantik sebagai hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi, sementara pelantikan hakim pula tertakluk kepada Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.<\/p>\n<p>Ujarnya lagi, Akta JAC pula bukan satu peruntukan undang-undang yang mengikat dalam menentukan pelantikan hakim.<\/p>\n<p>\u201cAkta JAC lebih kepada menapis, menilai dan mengatur (cadang) nama-nama calon, tetapi ia bukan akta finalisation (yang mengikat). Cadangan itu tidak mengikat.<\/p>\n<p>\u201cNama-nama yang disaring JAC tetap perlu melalui prosedur di bawah Perkara 122B. Kalau niat mahu proses JAC itu mengikat, maka Perlembagaan perlu dipinda,\u201d katanya dipetik laporan media.<\/p>\n<p>Azalina terdahulu merasmikan Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Pengerang di Lotus Desaru Beach Resort hari ini.<\/p>\n<p>Sementara itu, Azalina meminta semua pihak merujuk hansard Dewan Rakyat ketika Nazri Abdul Aziz memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Undang-Undang.<\/p>\n<p>Ketika itu katanya, Mohamed Nazri memaklumkan bahawa Akta JAC itu lebih kepada pentadbiran, dan tidak mengikat.<\/p>\n<p>\u201cKalau niat nak mengikat, kena dibuat pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan, tetapi isunya Perkara 122B masih tidak dipinda.<\/p>\n<p>\u201cPerkara berkenaan tidak menyebut bahawa adanya Akta JAC yang wajib mengikat. Jadi jika kita tafsirkan undang-undang ini, dia membezakan antara duanya (Akta JAC dan Perkara 122B),\u201d katanya.<\/p>\n<p>Berhubung lantikan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan, Azalina meminta semua pihak menunggu Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-269 yang bersidang pada pertengahan bulan ini.<\/p>\n<p>\u201cPerkara 122B Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa pelantikan kekosongan jawatan badan kehakiman negara dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.<\/p>\n<p>\u201cJadi kita tunggu minggu depan selepas Mesyuarat Majlis Raja-Raja selesai bersidang,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Majlis Raja-Raja dilaporkan akan bersidang bagi Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-269 pada 15 hingga 17 Julai ini bagi membincangkan mengenai kekosongan jawatan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) 2009 atau Akta JAC bukan sesuatu yang mengikat atau menentukan mana-mana individu untuk dilantik sebagai hakim mahkamah atasan, kata Azalina Othman Said. Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi itu menjelaskan Akta JAC berfungsi sebagai proses menapis calon-calon yang dicadangkan untuk dilantik sebagai hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi, sementara [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1505,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[13,403,734,878,890,18,146],"authors":[],"class_list":["post-1504","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar","tag-azalina","tag-hakim","tag-jac","tag-majlis-raja-raja","tag-pmx","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1504","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=1504"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1504\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1506,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1504\/revisions\/1506"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1505"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=1504"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=1504"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=1504"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=1504"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}