{"id":15042,"date":"2026-09-03T15:40:47","date_gmt":"2026-09-03T15:40:47","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15042"},"modified":"2026-09-03T15:40:47","modified_gmt":"2026-09-03T15:40:47","slug":"pemuda-pkr-desak-umno-jelaskan-pendirian-mahu-pru-16-awal","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pemuda-pkr-desak-umno-jelaskan-pendirian-mahu-pru-16-awal\/","title":{"rendered":"Pemuda PKR desak UMNO jelaskan pendirian mahu PRU-16 awal"},"content":{"rendered":"<p>UMNO perlu memperjelas pendirian sama ada mahu terus bersama kerajaan Madani atau memilih untuk menyokong Perikatan Nasional (PN), susulan gesaan supaya Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) diadakan lebih awal.<\/p>\n<p>Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nabil Halimi berkata UMNO tidak wajar mengambil pendirian \u2018separuh jalan\u2019 dengan kekal memegang jawatan dalam kerajaan, namun pada masa sama membuka ruang untuk bekerjasama dengan pembangkang.<\/p>\n<p>Menurutnya, jika UMNO mahu terus bersama kerajaan, parti itu perlu memikul tanggungjawab sehingga tamat mandat, manakala keputusan untuk menyokong PN sepatutnya disusuli dengan penyerahan jawatan dalam kerajaan.<\/p>\n<p>\u201cJangan sampai UMNO dilihat satu kaki dalam kerajaan, satu kaki dalam pembangkang. Di negeri berpelukan dengan PN, tetapi di Putrajaya masih mahu menikmati jawatan dan kedudukan dalam kerajaan Madani,\u201d katanya menerusi Facebook.<\/p>\n<p>Nabil berkata percaturan politik sedemikian tidak sepatutnya membebankan rakyat, terutama ketika kerajaan masih mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat.<\/p>\n<p>\u201cKerajaan MADANI masih boleh meneruskan pentadbiran selagi mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menegaskan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH), bersama Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan rakan lain, akan terus melaksanakan baki mandat sehingga pilihan raya seterusnya.<\/p>\n<p>\u201cGunakan masa yang ada untuk meneruskan reformasi, memperkukuh ekonomi dan menyelesaikan masalah rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Menurut Nabil, mandat rakyat tidak seharusnya dijadikan bahan tawar-menawar politik, sebaliknya prestasi kerajaan perlu dinilai rakyat apabila tiba masa pilihan raya.<\/p>\n<p>Kenyataan itu susulan pandangan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi yang sebelum ini menyifatkan PRU-16 lebih baik diadakan lebih awal berbanding menunggu penggal Parlimen berakhir pada hujung tahun depan.<\/p>\n<p>Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) bagaimanapun berkata, sekiranya penggal Parlimen diteruskan sehingga tamat, BN bersedia menghadapi pilihan raya pada ketika itu.<\/p>\n<p>Pada masa sama, Ahmad Zahid berkata keputusan BN untuk bekerjasama dengan mana-mana gabungan pada PRU akan datang akan dibuat berdasarkan pertimbangan \u2018manfaat dan mudarat\u2019, termasuk mengambil kira landskap politik di setiap negeri.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>UMNO perlu memperjelas pendirian sama ada mahu terus bersama kerajaan Madani atau memilih untuk menyokong Perikatan Nasional (PN), susulan gesaan supaya Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) diadakan lebih awal. Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nabil Halimi berkata UMNO tidak wajar mengambil pendirian \u2018separuh jalan\u2019 dengan kekal memegang jawatan dalam kerajaan, namun pada masa sama [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6065,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[147,164,1093,727,101,146],"authors":[],"class_list":["post-15042","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-amk","tag-nabil-halimi","tag-pakatan-harapan","tag-pru-16","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15042","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15042"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15042\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15043,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15042\/revisions\/15043"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6065"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15042"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15042"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15042"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15042"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}