{"id":15052,"date":"2026-09-04T04:02:23","date_gmt":"2026-09-04T04:02:23","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15052"},"modified":"2026-09-04T04:02:23","modified_gmt":"2026-09-04T04:02:23","slug":"hadi-semua-kerusi-pas-wajib-dipertahan-pada-pru-depan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/hadi-semua-kerusi-pas-wajib-dipertahan-pada-pru-depan\/","title":{"rendered":"Hadi: Semua kerusi PAS wajib dipertahan pada PRU depan"},"content":{"rendered":"<p>PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), selain menjadikan Pahang, Perak dan Selangor sebagai sasaran baharu untuk memperluas pengaruh parti itu.<\/p>\n<p>Presiden PAS, Hadi Awang berkata Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis yang dikelompokkan sebagai SG4 pula perlu kekal sebagai \u2018negeri pangkalan\u2019 parti.<\/p>\n<p>\u201cSetiap kerusi DUN dan Parlimen yang telah dimenangi pada PRU-15 wajib dipertahankan, manakala Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis (SG4) sebagai \u2018negeri pangkalan\u2019 mesti terus dikekalkan penguasaannya.<\/p>\n<p>\u201cSelain itu, pentadbirannya perlu diperkukuh serta agenda Islam dilaksanakan mengikut bidang kuasa negeri,\u201d katanya ketika menyampaikan ucapan dasar presiden sempena Muktamar PAS Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan, hari ini.<\/p>\n<p>Hadi berkata pencapaian kerajaan negeri pimpinan PAS perlu disampaikan kepada rakyat dan pengundi melalui mesej yang jelas serta pantas bagi memastikan sokongan terhadap parti terus kukuh.<\/p>\n<p>Beliau turut menyifatkan kejayaan PAS melahirkan \u2018anak sulung\u2019 di Sabah sebagai perkembangan positif, selain peningkatan jumlah kerusi dan pengaruh parti di Negeri Sembilan.<\/p>\n<p>\u201cKeutamaan PAS ialah mengisi kemenangan melalui agenda berkebajikan, berintegriti dan adil kepada semua,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, Pahang, Perak dan Selangor dikenal pasti sebagai negeri yang berpotensi menyumbang kepada kemenangan PAS dalam pilihan raya akan datang.<\/p>\n<p>\u201cKemenangan seterusnya akan disumbangkan oleh Pahang, Perak dan Selangor, sekali gus memperkukuh kerusi PAS dan PN di peringkat Parlimen, di samping melonjakkan pencapaian di Melaka yang akan menghadapi PRN tidak lama lagi,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Hadi turut menggesa seluruh jentera PAS mengamalkan pendekatan politik berhikmah dalam usaha menghadapi PRU-16, termasuk menyatukan masyarakat Melayu-Islam dan bukan Islam yang tidak ekstrem.<\/p>\n<p>Menurutnya, agenda perpaduan umat perlu bergerak seiring dengan jaminan keadilan kepada masyarakat bukan Islam serta penghormatan terhadap kebebasan beragama dalam kerangka Perlembagaan.<\/p>\n<p>\u201cPAS berpegang pada Islam dan tidak pernah mengkhianati sesiapa dalam mana-mana perjanjian. PAS berjanji dengan hukum Islam dan membatalkan janji juga dengan hukum Islam.<\/p>\n<p>\u201cPada masa sama, perpaduan ummah tidak bererti menafikan hak masyarakat bukan Islam,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Pada PRU-15, PAS berjaya mengekalkan penguasaan di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis melalui kerjasama politik bersama Perikatan Nasional (PN), selain memenangi sejumlah kerusi Parlimen dan DUN di beberapa negeri lain.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), selain menjadikan Pahang, Perak dan Selangor sebagai sasaran baharu untuk memperluas pengaruh parti itu. Presiden PAS, Hadi Awang berkata Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis yang dikelompokkan sebagai SG4 pula perlu kekal sebagai \u2018negeri pangkalan\u2019 parti. \u201cSetiap [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":15040,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[901,378,409,100,309,126,633,4881,146],"authors":[],"class_list":["post-15052","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-abdul-hadi-awang","tag-bn","tag-dun","tag-kerusi","tag-parlimen","tag-pas","tag-pilihan-raya","tag-sg4","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15052","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15052"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15052\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15053,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15052\/revisions\/15053"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/15040"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15052"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15052"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15052"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15052"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}