{"id":15055,"date":"2026-09-04T04:12:55","date_gmt":"2026-09-04T04:12:55","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15055"},"modified":"2026-09-04T04:12:55","modified_gmt":"2026-09-04T04:12:55","slug":"amanah-cadang-ph-bentuk-khemah-besar-hadapi-pru-16-kerjasama-dengan-bersatu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/amanah-cadang-ph-bentuk-khemah-besar-hadapi-pru-16-kerjasama-dengan-bersatu\/","title":{"rendered":"Amanah cadang PH bentuk \u2018khemah besar\u2019 hadapi PRU-16, kerjasama dengan Bersatu"},"content":{"rendered":"<p>Pakatan Harapan (PH) disaran memperluas kerjasama politik dengan parti lain bagi membentuk sebuah \u2018khemah besar\u2019 sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16).<\/p>\n<p>Pengarah Mobilisasi Parti Amanah, Abbas Azmi berkata, pendekatan itu perlu dipertimbangkan susulan perkembangan politik semasa yang memperlihatkan hubungan antara parti kerajaan dan pembangkang semakin kompleks.<\/p>\n<p>Menurutnya, PH tidak seharusnya bergantung kepada satu-satu parti untuk memastikan gabungan itu mampu mempertahankan kekuatan politiknya pada PRU-16.<\/p>\n<p>Antara parti yang dicadangkan untuk dipertimbangkan termasuk Bersatu, MUDA, Parti Sosialis Malaysia (PSM) serta parti kecil lain yang mempunyai keserasian dengan prinsip dan agenda PH.<\/p>\n<p>\u201cKonsep kerjasama politik adalah mudah, mana-mana parti perlu bergabung bagi membina kekuatan untuk memenangi pilihan raya.<\/p>\n<p>\u201cKita tidak boleh menang bersendirian. BN sendiri ketika kuat dahulu pun perlu bekerjasama dengan MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti lain,\u201d katanya dalam kenyataan.<\/p>\n<p>Abbas yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang berkata, pengalaman PH bekerjasama dengan BN sejak PRU-15 memberi manfaat tertentu, namun perkembangan politik kebelakangan ini menimbulkan persoalan mengenai hala tuju hubungan antara kedua-dua gabungan.<\/p>\n<p>Katanya, hubungan PH dan BN di Selangor pada peringkat awal berjalan baik, termasuk apabila PH memberi ruang kepada UMNO bertanding di beberapa kerusi yang akhirnya dimenangi parti itu.<\/p>\n<p>\u201cNamun apabila berlaku kerjasama tidak rasmi BN dengan PN pada PRN di Johor dan Negeri Sembilan serta beberapa perkembangan politik lain, ia sedikit sebanyak mengguris hati penyokong dan pendukung PH,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata, keadaan itu turut menimbulkan ketidaktentuan apabila parti dalam kerajaan dilihat mempunyai hubungan dengan parti pembangkang.<\/p>\n<p>\u201cAgak pelik apabila parti kerajaan bekerjasama dengan parti pembangkang. Ketidaktentuan politik seperti ini boleh memberi kesan kepada kestabilan politik, ekonomi dan pentadbiran negara,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Abbas berkata, pengalaman PRU-14 turut membuktikan kerjasama antara parti mampu memberikan kelebihan kepada PH, termasuk melalui kerjasama dengan Bersatu yang menyumbang kepada kemenangan besar PH di Selangor ketika itu.<\/p>\n<p>Dalam PRN lalu, katanya, Amanah juga sanggup mengurangkan jumlah kerusi ditandingi bagi memberi ruang kepada rakan gabungan.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, beliau berpandangan PH wajar membuka ruang kepada pembentukan \u2018khemah besar\u2019 melibatkan parti yang mempunyai keserasian dalam agenda membina negara dan negeri yang stabil.<\/p>\n<p>\u201cKalau ada parti yang boleh memahami konsep dan matlamat PH serta mahu bekerja bersama untuk membina kekuatan, kenapa tidak?<\/p>\n<p>\u201cYang paling penting ialah matlamat kita untuk memastikan negara dan negeri stabil serta mempunyai kerajaan yang kukuh,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut melihat kerjasama dengan Bersatu berpotensi memberi nilai tambah kepada PH berdasarkan pengalaman terdahulu.<\/p>\n<p>\u201cKalau khemah besar itu melibatkan Bersatu, saya kira ia memang memberi nilai kepada kekuatan PH,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Cadangan itu muncul ketika PH berdepan persoalan mengenai kemampuan mengekalkan sokongan pengundi Melayu, khususnya jika hubungan dengan UMNO dan BN berubah menjelang PRU-16.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pakatan Harapan (PH) disaran memperluas kerjasama politik dengan parti lain bagi membentuk sebuah \u2018khemah besar\u2019 sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16). Pengarah Mobilisasi Parti Amanah, Abbas Azmi berkata, pendekatan itu perlu dipertimbangkan susulan perkembangan politik semasa yang memperlihatkan hubungan antara parti kerajaan dan pembangkang semakin kompleks. Menurutnya, PH tidak seharusnya bergantung kepada satu-satu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5149,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[4041,73,824,4882,727,347],"authors":[],"class_list":["post-15055","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-abbas-azmi","tag-bersatu","tag-kerjasama","tag-khemah-besar","tag-pakatan-harapan","tag-ph"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15055","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15055"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15055\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15056,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15055\/revisions\/15056"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5149"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15055"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15055"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15055"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15055"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}