{"id":15057,"date":"2026-09-04T04:58:23","date_gmt":"2026-09-04T04:58:23","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15057"},"modified":"2026-09-04T05:02:08","modified_gmt":"2026-09-04T05:02:08","slug":"rundingan-pas-bn-positif-belum-muktamad","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/rundingan-pas-bn-positif-belum-muktamad\/","title":{"rendered":"Rundingan PAS-BN positif tapi belum muktamad"},"content":{"rendered":"<p class=\"isSelectedEnd\">PAS dan Barisan Nasional (BN) masih di meja rundingan bagi mencari titik temu menjelang PRU16, dengan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mengesahkan perbincangan kedua-dua pihak belum dimuktamadkan.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Abdul Hadi berkata, PAS sentiasa membuka ruang perbincangan dengan mana-mana pihak bagi mencari jalan keluar terhadap kemelut politik, termasuk parti yang mempunyai kekuatan sokongan Melayu.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cSentiasa untuk dirundingkan, termasuk dalam kalangan parti-parti yang mempunyai kekuatan sokongan Melayu,\u201d katanya.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Beliau berkata demikian pada sidang media Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa, Jumaat.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Abdul Hadi berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan hubungan PAS dengan Pakatan Harapan (PH) serta kemungkinan kerjasama dengan BN menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Ditanya mengenai peluang PAS bekerjasama dengan BN susulan pendirian parti itu yang turut terbuka kepada kerjasama politik, Abdul Hadi menyerahkan perkara berkenaan kepada pihak terbabit.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cItu terpulang pada dialah. Kita, kita-kitalah. Kita&#8230; kita,\u201d katanya.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Dalam pada itu, Abdul Hadi mengesahkan rundingan berkaitan kerjasama politik masih berada dalam proses dan belum dimuktamadkan.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Beliau turut mendedahkan rundingan antara Perikatan Nasional (PN) dan BN sudah dimulakan serta menunjukkan perkembangan positif.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Menurutnya, pengalaman kerjasama politik sebelum ini, termasuk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, turut diambil kira dalam rundingan yang sedang berlangsung.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Perkembangan itu membuka ruang kepada kemungkinan penyusunan semula kerjasama politik antara parti Melayu menjelang PRU16, namun sebarang keputusan rasmi masih belum dicapai.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Hubungan PAS dan BN menjadi perhatian selepas kedua-dua parti pernah bekerjasama dalam Muafakat Nasional sebelum hubungan itu berakhir, manakala PAS kini menjadi parti utama dalam PN.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Menjelang PRU16, perbincangan mengenai kemungkinan kerjasama antara blok politik Melayu kembali menjadi tumpuan ketika parti-parti utama mula menyusun strategi menghadapi pilihan raya akan datang.<\/p>\n<p>Abdul Hadi bagaimanapun tidak memberikan tempoh masa khusus untuk rundingan berkenaan dimuktamadkan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAS dan Barisan Nasional (BN) masih di meja rundingan bagi mencari titik temu menjelang PRU16, dengan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mengesahkan perbincangan kedua-dua pihak belum dimuktamadkan. Abdul Hadi berkata, PAS sentiasa membuka ruang perbincangan dengan mana-mana pihak bagi mencari jalan keluar terhadap kemelut politik, termasuk parti yang mempunyai kekuatan sokongan Melayu. \u201cSentiasa untuk dirundingkan, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":14654,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[901,378,3940,126,4527,146],"authors":[],"class_list":["post-15057","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-abdul-hadi-awang","tag-bn","tag-bn-umno","tag-pas","tag-pas-umno","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15057","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15057"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15057\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15060,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15057\/revisions\/15060"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/14654"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15057"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15057"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15057"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15057"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}