{"id":15063,"date":"2026-09-04T06:58:02","date_gmt":"2026-09-04T06:58:02","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15063"},"modified":"2026-09-04T07:01:40","modified_gmt":"2026-09-04T07:01:40","slug":"jerebu-makin-teruk-ipu-serian-cecah-521-anwar-bincang-tindakan-dengan-sarawak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/jerebu-makin-teruk-ipu-serian-cecah-521-anwar-bincang-tindakan-dengan-sarawak\/","title":{"rendered":"Jerebu makin teruk IPU Serian cecah 521, Anwar bincang tindakan dengan Sarawak"},"content":{"rendered":"<p class=\"isSelectedEnd\">Kerajaan Persekutuan akan membincangkan tindakan lanjut bersama kerajaan Sarawak selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Serian melepasi paras 500, sekali gus mencapai tahap pencemaran amat ekstrem.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, beliau sudah berhubung dengan Premier Sarawak, Abang Johari Tun Openg sejak kelmarin bagi membincangkan keadaan jerebu yang semakin memburuk di negeri itu.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Menurutnya, pihak berkuasa akan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan keselamatan rakyat, termasuk menghentikan operasi pejabat dan sekolah sekiranya keadaan darurat memerlukan tindakan berkenaan.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Katanya, syor penutupan premis awam bagaimanapun tidak membabitkan agensi keselamatan.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cKita akan lakukan semua langkah yang perlu, sama ada pembenihan awan, mahupun tindakan lain walaupun ini (keadaan jerebu) kesan daripada perkembangan di tempat lain.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cKita terpaksa tanggung dan sabar sebentar. Saya doakan supaya semuanya selamat bagi rakyat di Serian dan seluruh Sarawak serta beberapa lokasi lain yang turut terjejas,\u201d katanya.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menunaikan solat Jumaat hari ini.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Anwar turut berharap keadaan jerebu yang melanda beberapa kawasan di negara ini akan kembali pulih dalam masa terdekat.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Setakat jam 2 petang tadi, Serian merekodkan bacaan IPU 521 menerusi Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS).<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Kuching turut merekodkan bacaan pada tahap berbahaya iaitu 311, manakala Samarahan dan Sri Aman masing-masing mencatatkan bacaan 284 dan 235, kedua-duanya pada tahap sangat tidak sihat.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Sebanyak 11 lokasi lain pula merekodkan bacaan pada tahap tidak sihat, termasuk Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Kota Kinabalu, Tawau, Samalaju, Sandakan, Pasir Gudang, Miri dan Segamat.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Bacaan IPU antara sifar hingga 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Bacaan melebihi 500 pula menunjukkan pencemaran pada tahap amat ekstrem dan boleh mencetuskan tindakan kecemasan oleh pihak berkuasa bergantung kepada keadaan.<\/p>\n<p>Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan bacaan daripada 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan Persekutuan akan membincangkan tindakan lanjut bersama kerajaan Sarawak selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Serian melepasi paras 500, sekali gus mencapai tahap pencemaran amat ekstrem. Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, beliau sudah berhubung dengan Premier Sarawak, Abang Johari Tun Openg sejak kelmarin bagi membincangkan keadaan jerebu yang semakin memburuk di negeri itu. Menurutnya, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":14918,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[170,4884,4820,3731,158],"authors":[],"class_list":["post-15063","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar-ibrahim","tag-jas","tag-jerebu","tag-premier-sarawak","tag-sarawak"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15063","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15063"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15063\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15067,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15063\/revisions\/15067"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/14918"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15063"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15063"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15063"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15063"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}