{"id":15066,"date":"2026-09-04T06:59:10","date_gmt":"2026-09-04T06:59:10","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15066"},"modified":"2026-09-04T06:59:10","modified_gmt":"2026-09-04T06:59:10","slug":"pelantikan-ketua-audit-negara-perlu-bebas-campur-tangan-politik-syahredzan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pelantikan-ketua-audit-negara-perlu-bebas-campur-tangan-politik-syahredzan\/","title":{"rendered":"Pelantikan Ketua Audit Negara perlu bebas campur tangan politik: Syahredzan"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan perlu memperketat dan memperjelas proses pelantikan Ketua Audit Negara bagi memastikan institusi audit negara bebas daripada campur tangan politik.<\/p>\n<p>Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Syahredzan Johan berkata, langkah itu termasuk mengkaji semula Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit supaya proses pelantikan jawatan berkenaan lebih telus serta berasaskan kelayakan dan integriti.<\/p>\n<p>Menurut Ahli Parlimen Bangi itu lagi, perlindungan terhadap institusi penting tidak boleh hanya bergantung kepada siapa yang dilantik mengetuainya.<\/p>\n<p>&#8220;Kita tidak boleh hanya bergantung pada pelantikan individu yang baik untuk jawatan penting seperti Ketua Audit Negara.<\/p>\n<p>&#8220;Kita juga perlu melihat bagaimana untuk memastikan individu berkelayakan dan berintegriti memegang jawatan berkenaan,&#8221; katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Syahredzan berkata, Malaysia mempunyai pengalaman campur tangan politik dalam institusi negara sebelum ini dan apa yang berlaku membabitkan Lembaga Tabung Haji (TH) serta Jabatan Audit Negara perlu dijadikan pengajaran.<\/p>\n<p>Beliau merujuk dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan pengurusan TH, termasuk persoalan terhadap laporan audit yang diberikan kepada institusi berkenaan.<\/p>\n<p>Katanya, RCI mendapati Jabatan Audit Negara tidak sepatutnya memberikan laporan audit bersih kepada TH, sebaliknya perkara yang diklasifikasikan sebagai Penegasan Perkara (Emphasis of Matter) sepatutnya direkodkan sebagai ketidakpatuhan.<\/p>\n<p>&#8220;Perkara berkenaan menimbulkan persoalan serius berhubung tindakan Ketua Audit Negara ketika itu,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Menurut Syahredzan, episod berkenaan perlu dilihat sebagai titik hitam dalam sejarah pengurusan institusi negara dan menjadi asas kepada usaha memperkukuhkan kebebasan Jabatan Audit Negara.<\/p>\n<p>Beliau turut merujuk kenyataan Pengerusi TH, Abdul Rashid Hussain, semalam mengenai bekas Ketua Audit Negara, Madinah Mohamad, yang disapina untuk hadir di hadapan RCI serta diberikan 75 soalan untuk dijawab secara bertulis.<\/p>\n<p>Madinah sebelum ini mengesahkan menerima sapina berkenaan dan menghadiri prosiding RCI pada 3 Jun 2022.<\/p>\n<p>Namun, beliau menegaskan jawapan bertulis terhadap 75 soalan itu tidak boleh menggantikan keterangan secara lisan di hadapan suruhanjaya.<\/p>\n<p>Syahredzan berkata, pengalaman tersebut menunjukkan keperluan kepada reformasi struktur supaya integriti institusi audit negara tidak bergantung kepada individu semata-mata.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan perlu memperketat dan memperjelas proses pelantikan Ketua Audit Negara bagi memastikan institusi audit negara bebas daripada campur tangan politik. Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Syahredzan Johan berkata, langkah itu termasuk mengkaji semula Perlembagaan Persekutuan dan Akta Audit supaya proses pelantikan jawatan berkenaan lebih telus serta berasaskan kelayakan dan integriti. Menurut Ahli Parlimen Bangi itu lagi, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":8285,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[63,1038,967,828,373,1314],"authors":[],"class_list":["post-15066","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-dap","tag-ketua-audit-negara","tag-pelantikan","tag-rci","tag-syahredzan-johan","tag-tabung-haji"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15066","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15066"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15066\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15068,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15066\/revisions\/15068"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/8285"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15066"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15066"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15066"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15066"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}