{"id":15084,"date":"2026-09-04T10:07:25","date_gmt":"2026-09-04T10:07:25","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15084"},"modified":"2026-09-04T10:07:25","modified_gmt":"2026-09-04T10:07:25","slug":"pmx-mahu-hentikan-pemakaian-baju-lokap-oren-terhadap-suspek","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pmx-mahu-hentikan-pemakaian-baju-lokap-oren-terhadap-suspek\/","title":{"rendered":"PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek"},"content":{"rendered":"<p>Pemakaian baju lokap berwarna oren terhadap suspek yang dibawa ke mahkamah perlu dihentikan sebelum pertuduhan difailkan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.<\/p>\n<p>Menurut beliau, suspek yang masih dalam siasatan dan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa tidak sepatutnya dikenakan pakaian berkenaan kerana ia boleh menimbulkan persepsi seolah-olah individu terbabit sudah melakukan kesalahan.<\/p>\n<p>\u201cSebelum pendakwaan atau sebelum dihadapkan dan didakwa, baju oren pun tak payah. Kalau tanya untuk siasat, siasat dulu.<\/p>\n<p>\u201cKalau ada kes untuk didakwa, saya serah kepada badan penguat kuasa tentang baju warna apa. Tapi kalau setakat ini, saya hormati pandangan kerana orang yang beri kerjasama dalam siasatan. Tak perlulah dikenakan baju oren kerana beri persepsi yang berbeza,\u201d katanya selepas menunaikan solat Jumaat dan solat sunat jenazah di Masjid Bukit Indah, hari ini.<\/p>\n<p>Anwar berkata, proses siasatan perlu dilaksanakan secara profesional tanpa meletakkan seseorang individu dalam keadaan yang boleh memberi gambaran awal kepada masyarakat sebelum kes dibawa ke peringkat pendakwaan.<\/p>\n<p>Kenyataan itu dibuat ketika beliau diminta mengulas cadangan supaya operasi pelaburan Lembaga Tabung Haji (TH) diletakkan di bawah pengawasan berkanun Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), susulan usaha memperhalusi rangka kerja kawal selia baharu institusi berkenaan.<\/p>\n<p>Isu pemakaian baju lokap turut mendapat perhatian susulan penahanan seorang bekas menteri oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.<\/p>\n<p>Bekas menteri itu direman selama lima hari bagi membantu siasatan berkaitan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pelaburan pajakan hotel di Makkah dan Madinah.<\/p>\n<p>Perintah reman dikeluarkan Mahkamah Majistret Putrajaya dan berkuat kuasa sehingga 6 September.<\/p>\n<p>Individu berkenaan sebelum ini hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk memberikan keterangan sebelum ditahan kira-kira jam 4.30 petang. Beliau kemudian dibawa ke mahkamah dengan memakai pakaian lokap berwarna oren serta bergari.<\/p>\n<p>Perkembangan itu mencetuskan perbincangan mengenai kesesuaian penggunaan pakaian lokap terhadap individu yang masih berada pada peringkat siasatan dan belum didakwa di mahkamah.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pemakaian baju lokap berwarna oren terhadap suspek yang dibawa ke mahkamah perlu dihentikan sebelum pertuduhan difailkan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Menurut beliau, suspek yang masih dalam siasatan dan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa tidak sepatutnya dikenakan pakaian berkenaan kerana ia boleh menimbulkan persepsi seolah-olah individu terbabit sudah melakukan kesalahan. \u201cSebelum pendakwaan atau sebelum dihadapkan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":15085,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,4891,687,18,21,2126],"authors":[],"class_list":["post-15084","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-baju","tag-oren","tag-pmx","tag-sprm","tag-suspek"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15084","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15084"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15084\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15086,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15084\/revisions\/15086"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/15085"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15084"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15084"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15084"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15084"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}