{"id":15092,"date":"2026-09-05T02:55:03","date_gmt":"2026-09-05T02:55:03","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15092"},"modified":"2026-09-05T03:20:49","modified_gmt":"2026-09-05T03:20:49","slug":"smart-berlepas-ke-nepal-cari-mangsa-tanpa-kira-negara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/smart-berlepas-ke-nepal-cari-mangsa-tanpa-kira-negara\/","title":{"rendered":"SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara"},"content":{"rendered":"<p class=\"isSelectedEnd\">11 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) digerakkan ke Nepal bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) susulan bencana banjir dan tanah runtuh yang melanda negara itu.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Meor Ismail Meor Akim berkata, pasukan itu dijangka memberi tumpuan di kawasan terakhir rakyat Malaysia dikesan, namun operasi tetap berlandaskan misi kemanusiaan tanpa mengira kewarganegaraan mangsa.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cDalam operasi mencari ini, kita tidak kira siapa sahaja mangsa, kita akan selamatkan. Sesiapa yang ada di situ kita akan selamatkan kerana kita tidak tahu rakyat kita berada di mana.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cAlhamdulillah, pagi ini setelah mendapat kelulusan daripada Kerajaan Nepal, operasi SMART bermula dan berlepas,\u201d katanya.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelepasan Pasukan SMART bagi Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) ke Nepal di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Sabtu.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Misi selama 10 hari itu diketuai Komander SMART, Penguasa Kanan Bomba 1 (PgKB 1), Abdul Manaf Che Isa bersama 10 anggota yang mempunyai kepakaran dalam operasi SAR, dron, logistik, komunikasi dan sokongan teknikal.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Pasukan berkenaan diterbangkan menggunakan pesawat A400M Atlas milik TUDM yang turut membawa kira-kira 12.4 tan peralatan operasi, termasuk alat pengesan, sistem komunikasi, dron berkapasiti tinggi serta peralatan khas menyelamat terowong.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Meor Ismail berkata, misi itu turut disokong 31 kru TUDM bersama sebuah kenderaan pacuan empat roda dan sebuah trak muatan 10 tan.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Menurutnya, lokasi sebenar penugasan SMART hanya akan ditentukan selepas pasukan tiba di Nepal dan menerima taklimat pihak berkuasa tempatan.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cLokasi penugasan Pasukan SMART hanya akan kita ketahui selepas tiba di sana. Sebaik sampai, kita akan diberikan taklimat dan disambut oleh pihak Malaysia di sana.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cSelepas itu, kita akan diberikan taklimat mengenai kawasan pengoperasian,\u201d katanya.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Abdul Manaf pula berkata, pasukan SMART akan ditempatkan di Kathmandu sebelum diatur gerak ke lokasi ditetapkan oleh Agensi Pengurusan Kecemasan Tempatan bersama Wisma Putra.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Penghantaran SMART dibuat susulan arahan kerajaan Malaysia untuk membantu operasi SAR di Nepal, selain memberi keutamaan kepada keselamatan rakyat Malaysia yang terjejas.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Kerajaan turut menyalurkan sumbangan AS$1 juta kepada Nepal bagi membantu mangsa banjir serta menyokong usaha pemulihan pascabencana.<\/p>\n<p>Setakat Jumaat, Kementerian Luar memaklumkan seramai 55 rakyat Malaysia masih belum dapat dihubungi susulan banjir dan tanah runtuh yang melanda Nepal.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>11 anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) digerakkan ke Nepal bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) susulan bencana banjir dan tanah runtuh yang melanda negara itu. Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Meor Ismail Meor Akim berkata, pasukan itu dijangka memberi tumpuan di kawasan terakhir rakyat Malaysia dikesan, namun operasi tetap [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":15093,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[38,1708,4825,4841,1384],"authors":[],"class_list":["post-15092","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-malaysia","tag-nadma","tag-nepal","tag-smart","tag-tudm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15092","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15092"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15092\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15095,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15092\/revisions\/15095"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/15093"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15092"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15092"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15092"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15092"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}