{"id":15100,"date":"2026-09-05T03:53:39","date_gmt":"2026-09-05T03:53:39","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15100"},"modified":"2026-09-05T03:53:39","modified_gmt":"2026-09-05T03:53:39","slug":"takiyuddin-jawab-sindiran-masuk-pas-masuk-syurga","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/takiyuddin-jawab-sindiran-masuk-pas-masuk-syurga\/","title":{"rendered":"Takiyuddin jawab sindiran \u2018masuk PAS masuk syurga\u2019"},"content":{"rendered":"<p>Takiyuddin Hassan menegaskan perjuangan parti berteraskan Islam menjadi asas kepada keyakinannya mengenai ganjaran syurga bagi mereka yang berjuang mempertahankan agama.<\/p>\n<p>Setiausaha Agung PAS itu berkata, ungkapan \u201cmasuk PAS akan masuk syurga\u201d yang sering digunakan sebagai sindiran oleh pihak lawan politik mempunyai penjelasan dari sudut perjuangan Islam yang dibawa parti itu.<\/p>\n<p>Menurutnya, PAS sememangnya sebuah pertubuhan politik, namun perjuangannya berlandaskan ajaran Islam.<\/p>\n<p>\u201cKalau kita mati kerana berjuang mempertahankan Islam, tidak ada syak lagi, kita akan dianggap mati syahid dan kita akan diberikan ganjaran pahala, dan kita akan masuk syurga.<\/p>\n<p>\u201cJadi dia (pihak lawan) kata pula, masuk PAS ni masuk syurga. Ya, masuk PAS, terima Islam, berjuang di atas landasan Islam, nakkan Islam sama ada di dunia ataupun di akhirat,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Takiyuddin berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Perdana Sambutan Jubli Intan 75 Tahun PAS sempena Muktamar PAS ke-75 di Kota Bharu, malam tadi.<\/p>\n<p>Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata perjuangan PAS turut mendapat sokongan golongan ulama, termasuk guru pondok, kerana parti itu membawa seruan Islam.<\/p>\n<p>Katanya, keahlian PAS kini melebihi satu juta orang di seluruh negara, selain mendapat sokongan daripada individu yang bukan ahli parti.<\/p>\n<p>\u201cOrang yang dahulu dari UMNO, dari parti-parti lain ataupun mereka yang tidak berparti, termasuk golongan yang sebelum ini tidak cakna mengenai politik, orang sukan, pemain bola dan artis, sekarang ini sudah ramai yang menjadi ahli PAS,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Takiyuddin turut mendakwa jumlah penyokong PAS boleh mencecah antara tiga hingga empat juta orang jika mengambil kira sokongan daripada bukan ahli serta mereka yang berada di luar negara.<\/p>\n<p>Menyentuh sejarah parti, beliau berkata PAS bukan sebuah parti baharu, sebaliknya sudah berusia 75 tahun selepas ditubuhkan pada 1951.<\/p>\n<p>Menurutnya, PAS menjadi satu-satunya parti politik di Malaysia yang secara jelas meletakkan Islam pada namanya.<\/p>\n<p>\u201cItulah PAS, sebuah parti yang membawa seruan Islam. Nama pun Parti Islam Se-Malaysia, iaitu satu-satunya parti yang meletakkan nama \u2018Islam\u2019 pada parti,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Muktamar PAS ke-75 berlangsung di Kelantan sejak Rabu, dimulakan dengan persidangan sayap parti sebelum pemimpin utama mengambil bahagian dalam sesi penggulungan pada penghujung muktamar.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Takiyuddin Hassan menegaskan perjuangan parti berteraskan Islam menjadi asas kepada keyakinannya mengenai ganjaran syurga bagi mereka yang berjuang mempertahankan agama. Setiausaha Agung PAS itu berkata, ungkapan \u201cmasuk PAS akan masuk syurga\u201d yang sering digunakan sebagai sindiran oleh pihak lawan politik mempunyai penjelasan dari sudut perjuangan Islam yang dibawa parti itu. Menurutnya, PAS sememangnya sebuah pertubuhan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":15040,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[378,159,126,4893,2294,146],"authors":[],"class_list":["post-15100","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bn","tag-masuk","tag-pas","tag-syurga","tag-takiyuddin-hassan","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15100","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15100"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15100\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15101,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15100\/revisions\/15101"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/15040"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15100"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15100"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15100"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15100"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}