{"id":15103,"date":"2026-09-05T04:02:51","date_gmt":"2026-09-05T04:02:51","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15103"},"modified":"2026-09-05T04:02:51","modified_gmt":"2026-09-05T04:02:51","slug":"fuziah-jangan-gopoh-adakan-pru-16-hanya-kerana-kepentingan-politik","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/fuziah-jangan-gopoh-adakan-pru-16-hanya-kerana-kepentingan-politik\/","title":{"rendered":"Fuziah: Jangan gopoh adakan PRU-16 hanya kerana kepentingan politik"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan Perpaduan perlu diberi ruang untuk menghabiskan penggal pentadbiran sebelum Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) diadakan, terutama bagi memastikan agenda reformasi yang dirancang dapat diteruskan.<\/p>\n<p>Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh berkata tumpuan ketika ini sepatutnya diberikan kepada usaha memperbaiki pentadbiran dan negara, bukannya mempercepatkan pilihan raya demi kepentingan politik pihak tertentu.<\/p>\n<p>Menurutnya, rakyat wajar diberikan peluang menilai prestasi kerajaan selepas keseluruhan agenda reformasi dilaksanakan.<\/p>\n<p>\u201cSampai bila lagi kita masih asyik dengan isu memendekkan penggal demi mereka yang kemaruk dengan kuasa.<\/p>\n<p>\u201cBiarlah kerajaan ini meneruskan reformasi dan memperelokkan semula negara. Sesudah itu biar rakyat menilai sebaiknya di kertas undi,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kenyataan Fuziah itu hadir ketika isu tarikh PRU16 semakin mendapat perhatian susulan beberapa kenyataan pemimpin parti politik yang bersedia menghadapi pilihan raya sekiranya ia dipanggil lebih awal.<\/p>\n<p>Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sebelum ini menyatakan parti itu bersedia menghadapi PRU-16 pada bila-bila masa, termasuk sekiranya pilihan raya diadakan lebih awal daripada tempoh ditetapkan.<\/p>\n<p>PAS juga dilaporkan sudah membuat persiapan menghadapi pilihan raya, termasuk dari segi pemilihan calon.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Pemuda Parti Amanah, Mohd Hasbie Muda turut berpandangan tiada keperluan untuk PRU-16 dipercepatkan ketika Kerajaan Perpaduan masih mempunyai majoriti kukuh di Parlimen.<\/p>\n<p>Beliau berkata, penggal Parlimen juga masih berbaki lebih setahun, selain pilihan raya lazimnya diadakan selepas tempoh pemerintahan berakhir atau apabila kerajaan berdepan ketidaktentuan majoriti.<\/p>\n<p>\u201cTak ada keperluan untuk PRU-16 dipercepatkan sebab kerajaan sekarang ada majoriti yang cukup besar.<\/p>\n<p>\u201cSekarang ini tidak ada isu sebab Kerajaan Perpaduan ada hampir dua pertiga majoriti. Jadi, tidak ada keperluan untuk memanggil pilihan raya,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Mohd Hasbie bagaimanapun berkata, Amanah tidak mempunyai masalah sekiranya Perdana Menteri Anwar Ibrahim memutuskan untuk mengadakan PRU-16 lebih awal.<\/p>\n<p>Namun, katanya, kerajaan perlu terlebih dahulu meneruskan agenda reformasi termasuk usaha membanteras rasuah serta memastikan kes penyelewengan disiasat dan diselesaikan.<\/p>\n<p>\u201cKalau kita selesai usaha membanteras rasuah dan siasatan berkaitan juga diselesaikan, saya rasa barulah sesuai untuk kita adakan pilihan raya,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut mendakwa desakan supaya PRU16 diadakan lebih awal mungkin datang daripada kelompok yang bimbang dengan tindakan tegas kerajaan terhadap isu rasuah.<\/p>\n<p>\u201cKalau mereka tidak terlibat atau tidak ada kaitan dengan kerja-kerja rasuah, mereka tidak perlu takut. Amanah sangat mengalu-alukan tindakan tegas kerajaan,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan Perpaduan perlu diberi ruang untuk menghabiskan penggal pentadbiran sebelum Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) diadakan, terutama bagi memastikan agenda reformasi yang dirancang dapat diteruskan. Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh berkata tumpuan ketika ini sepatutnya diberikan kepada usaha memperbaiki pentadbiran dan negara, bukannya mempercepatkan pilihan raya demi kepentingan politik pihak tertentu. Menurutnya, rakyat wajar diberikan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":4170,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[549,1460,309,1618,633,9,101],"authors":[],"class_list":["post-15103","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bubar","tag-fuziah-salleh","tag-parlimen","tag-perpaduan","tag-pilihan-raya","tag-pkr","tag-pru-16"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15103","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15103"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15103\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15104,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15103\/revisions\/15104"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/4170"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15103"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15103"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15103"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15103"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}