{"id":15113,"date":"2026-09-05T09:21:50","date_gmt":"2026-09-05T09:21:50","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15113"},"modified":"2026-09-05T09:21:50","modified_gmt":"2026-09-05T09:21:50","slug":"pas-ketidakhadiran-zahid-bukan-tanda-umno-solo-kerjasama-diteruskan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pas-ketidakhadiran-zahid-bukan-tanda-umno-solo-kerjasama-diteruskan\/","title":{"rendered":"PAS: Ketidakhadiran Zahid bukan tanda UMNO solo, kerjasama diteruskan"},"content":{"rendered":"<p>Ketidakhadiran Ahmad Zahid Hamidi pada Muktamar Tahunan PAS Ke-72 tidak bermakna UMNO akan bergerak solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.<\/p>\n<p>Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan menegaskan perundingan politik antara kedua-dua parti masih berjalan dan perkara itu tidak terjejas hanya kerana Presiden UMNO tidak hadir pada muktamar PAS.<\/p>\n<p>Menurutnya, beliau sendiri terbabit secara langsung dalam rundingan berkenaan dan proses itu akan diteruskan dalam tempoh terdekat.<\/p>\n<p>\u201cTidak langsung, tidak sama sekali. Saya boleh mengesahkan perkara itu sebab antara yang terlibat secara langsung.<\/p>\n<p>\u201cKami akan teruskan, perundingan kita akan diteruskan mungkin dalam sehari dua ini,\u201d katanya pada sidang media selepas penutupan Muktamar Tahunan PAS Ke-72, hari ini.<\/p>\n<p>Takiyuddin berkata, PAS juga akan meneruskan usaha memperkukuh hubungan politik dengan parti lain dalam kerangka kerjasama yang sedang dibincangkan.<\/p>\n<p>Beliau berkata, susulan kelulusan usul Penyatuan Ummah pada muktamar itu, Perikatan Nasional (PN) dijangka mengadakan mesyuarat dalam bulan ini bagi membincangkan hala tuju kerjasama politik.<\/p>\n<p>\u201cAntara agenda utama ialah persiapan menghadapi PRN Melaka dan juga persediaan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU),\u201d katanya.<\/p>\n<p>Pada masa sama, Takiyuddin berkata PAS kekal yakin hubungan antara PN dan Barisan Nasional (BN) berada pada landasan yang baik.<\/p>\n<p>Beliau turut menafikan setakat ini wujud rundingan melibatkan Pakatan Harapan (PH), termasuk PKR, dalam kerjasama politik yang sedang dibincangkan.<\/p>\n<p>\u201cSetakat ini, tiada rundingan dengan PH termasuk PKR,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Muktamar Tahunan PAS Ke-72 sebelum ini meluluskan empat usul utama, termasuk usul Penyatuan Ummah yang menjadi antara fokus utama perbahasan perwakilan.<\/p>\n<p>Perkembangan rundingan antara PAS dan UMNO menjadi perhatian susulan PRN Melaka yang dijangka menjadi medan penting untuk menguji kekuatan kerjasama politik serta persiapan parti menjelang PRU akan datang.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ketidakhadiran Ahmad Zahid Hamidi pada Muktamar Tahunan PAS Ke-72 tidak bermakna UMNO akan bergerak solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan menegaskan perundingan politik antara kedua-dua parti masih berjalan dan perkara itu tidak terjejas hanya kerana Presiden UMNO tidak hadir pada muktamar PAS. Menurutnya, beliau sendiri terbabit secara langsung dalam [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14654,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[147,824,100,126,548,758,3372,2294,146],"authors":[],"class_list":["post-15113","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-kerjasama","tag-kerusi","tag-pas","tag-pru","tag-rundingan","tag-solo","tag-takiyuddin-hassan","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15113","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15113"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15113\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15114,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15113\/revisions\/15114"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/14654"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15113"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15113"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15113"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15113"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}