{"id":15122,"date":"2026-09-06T04:38:00","date_gmt":"2026-09-06T04:38:00","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15122"},"modified":"2026-09-06T04:38:00","modified_gmt":"2026-09-06T04:38:00","slug":"undi-pas-bukan-tiket-ke-syurga-mujahid","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/undi-pas-bukan-tiket-ke-syurga-mujahid\/","title":{"rendered":"Undi PAS bukan tiket ke syurga: Mujahid"},"content":{"rendered":"<p>Timbalan Presiden Amanah, Mujahid Yusof Rawa menegaskan syurga bukan ditentukan melalui undi kepada mana-mana parti politik, sebaliknya hanya Allah SWT berkuasa menentukan seseorang mendapat rahmat dan keampunan-Nya.<\/p>\n<p>Beliau berkata, dakwaan mengaitkan undi PAS dengan jaminan masuk syurga tidak mempunyai asas dari sudut ilmu agama mahupun realiti.<\/p>\n<p>\u201cMasuk syurga bukan kerana undi parti politik. Masuk syurga adalah kerana Allah izinkan atas rahmat-Nya,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Mujahid berkata, umat Islam sepatutnya berlumba-lumba mencari rahmat Allah, bukan menyempitkan konsep rahmat Ilahi dengan sokongan kepada sesebuah parti politik.<\/p>\n<p>Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada kenyataan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan yang sebelum ini mengulas ungkapan \u201cundi PAS masuk syurga\u201d dalam konteks sokongan politik kepada parti berkenaan.<\/p>\n<p>Menurut Mujahid, dakwaan sedemikian menimbulkan persoalan mengenai penggunaan agama dalam persaingan politik, terutama apabila sokongan kepada parti dikaitkan dengan ganjaran akhirat.<\/p>\n<p>\u201cBagaimana sikap PAS yang memfitnah dan berbohong demi kuasa dapat mengundang rahmat-Nya untuk mendapat syurga?\u201d soalnya.<\/p>\n<p>Beliau turut mempersoalkan pendekatan PAS terhadap pihak yang berbeza pandangan politik, termasuk dakwaan berkaitan takfir dan pelabelan terhadap individu yang tidak menyokong parti itu.<\/p>\n<p>Mujahid menyifatkan dakwaan \u201cundi PAS masuk syurga\u201d sebagai sesuatu yang tidak berasas dan menganggapnya sebagai usaha \u201cmenjual syurga untuk politik\u201d.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, beliau menggesa pihak berkuasa berkaitan mengambil tindakan sewajarnya jika kenyataan berkenaan dianggap menghina agama.<\/p>\n<p>\u201cUsahlah mempertahankan kepalsuan. Jika benar Setiausaha Agung PAS tidak bermaksud demikian, beliau harus memohon maaf kepada ahli PAS dan seluruh umat Islam,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Timbalan Presiden Amanah, Mujahid Yusof Rawa menegaskan syurga bukan ditentukan melalui undi kepada mana-mana parti politik, sebaliknya hanya Allah SWT berkuasa menentukan seseorang mendapat rahmat dan keampunan-Nya. Beliau berkata, dakwaan mengaitkan undi PAS dengan jaminan masuk syurga tidak mempunyai asas dari sudut ilmu agama mahupun realiti. \u201cMasuk syurga bukan kerana undi parti politik. Masuk syurga [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":15123,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[275,4538,126,4893,2294,3347],"authors":[],"class_list":["post-15122","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-amanah","tag-mujahid-yusof-rawa","tag-pas","tag-syurga","tag-takiyuddin-hassan","tag-undi"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15122","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15122"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15122\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15124,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15122\/revisions\/15124"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/15123"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15122"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15122"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15122"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15122"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}