{"id":15132,"date":"2026-09-06T07:27:43","date_gmt":"2026-09-06T07:27:43","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15132"},"modified":"2026-09-06T08:19:39","modified_gmt":"2026-09-06T08:19:39","slug":"zahid-hubungan-dengan-anwar-tiada-masalah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/zahid-hubungan-dengan-anwar-tiada-masalah\/","title":{"rendered":"Zahid: Hubungan dengan Anwar tiada masalah"},"content":{"rendered":"<p><span style=\"font-size: 16px;\">Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan hubungannya dengan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim semakin tegang susulan beberapa perkembangan politik kebelakangan ini.<\/span><\/p>\n<p>Ahmad Zahid menegaskan tiada masalah antara beliau dengan Anwar, sama ada dalam hubungan peribadi mahupun urusan rasmi kerajaan.<\/p>\n<p>\u201cSaya tidak ada sebarang masalah sama ada dari segi peribadi atau secara rasmi.<\/p>\n<p>\u201cTidak ada sebarang permasalahan di antara kami ketika berada dalam mesyuarat Kabinet ataupun dalam majlis atau acara rasmi,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Kenyataan itu susulan laporan sebuah portal berita sebelum ini yang memetik sumber mendakwa hubungan kedua-dua pemimpin semakin renggang.<\/p>\n<p>Antara perkara dikaitkan ialah keputusan Barisan Nasional (BN) untuk menentang Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan baru-baru ini.<\/p>\n<p>Hubungan politik dalam Kerajaan Perpaduan turut didakwa berdepan tekanan susulan desakan DAP supaya reformasi institusi dilaksanakan menjelang akhir tahun.<\/p>\n<p>Anwar sebagai Perdana Menteri memerlukan sokongan blok BN yang dipimpin Ahmad Zahid bagi mendapatkan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat sekiranya pindaan Perlembagaan mahu dilaksanakan.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menegaskan BN akan terus memainkan peranan dalam memastikan kestabilan politik negara sehingga tamat penggal pentadbiran.<\/p>\n<p>Menurutnya, sebarang keputusan dalam kerajaan dibuat secara profesional tanpa menjejaskan kestabilan politik.<\/p>\n<p>\u201cYang penting bagi Barisan Nasional sebagai salah sebuah komponen di dalam Kerajaan Perpaduan adalah kestabilan politik di negara ini sehingga akhir penggal.<\/p>\n<p>\u201cKami melakukan proses membuat keputusan dan mencapai keputusan secara profesional,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Ahmad Zahid berkata kestabilan politik penting bagi memastikan keyakinan pelabur asing terus terpelihara, selain membantu memperkukuh pertumbuhan ekonomi negara.<\/p>\n<p>Beliau turut mengingatkan keputusan Perhimpunan Agung UMNO untuk kekal dalam Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal.<\/p>\n<p>\u201cKita tahu resolusi Perhimpunan Agung UMNO telah menetapkan kita berada dalam Kerajaan Perpaduan ini hingga tamat tempoh dan ini yang kami lakukan supaya terdapat kestabilan politik sepenuhnya.<\/p>\n<p>\u201cIa bagi mengelakkan sebarang permasalahan terutama daripada pelabur luar negara, FDI (pelaburan langsung asing) dan juga untuk mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi negara,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan hubungannya dengan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim semakin tegang susulan beberapa perkembangan politik kebelakangan ini. Ahmad Zahid menegaskan tiada masalah antara beliau dengan Anwar, sama ada dalam hubungan peribadi mahupun urusan rasmi kerajaan. \u201cSaya tidak ada sebarang masalah sama ada dari segi peribadi atau secara rasmi. \u201cTidak ada [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":13432,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[147,170,3940,4525,9],"authors":[],"class_list":["post-15132","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-anwar-ibrahim","tag-bn-umno","tag-kerajaan-pakatan-harapan","tag-pkr"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15132","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15132"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15132\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15133,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15132\/revisions\/15133"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/13432"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15132"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15132"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15132"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15132"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}