{"id":15135,"date":"2026-09-06T08:17:51","date_gmt":"2026-09-06T08:17:51","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15135"},"modified":"2026-09-06T08:17:51","modified_gmt":"2026-09-06T08:17:51","slug":"siasatan-felda-th-bukan-soal-dendam-tapi-rasuah-mesti-dihentikan-anwar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/siasatan-felda-th-bukan-soal-dendam-tapi-rasuah-mesti-dihentikan-anwar\/","title":{"rendered":"Siasatan FELDA, TH bukan soal dendam tapi rasuah mesti dihentikan: Anwar"},"content":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan siasatan berkaitan tatakelola membabitkan agensi kerajaan seperti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Lembaga Tabung Haji (TH) tidak wajar dilihat sebagai polemik politik, iri hati atau dendam.<\/p>\n<p>Menurut Anwar, tindakan menyiasat sebarang dakwaan penyelewengan adalah sebahagian daripada tanggungjawab kerajaan bagi memastikan pentadbiran negara berjalan mengikut undang-undang.<\/p>\n<p>Beliau berkata proses siasatan, pendakwaan dan keputusan mahkamah pula dilakukan oleh institusi yang mempunyai bidang kuasa masing-masing, bukan ditentukan oleh beliau.<\/p>\n<p>&#8220;Jangan politikkan (isu ini). Fikirkanlah, yang siasat bukan saya, ia adalah badan penguatkuasaan.<\/p>\n<p>&#8220;Yang memutuskan untuk mendakwa itu juga adalah Peguam Negara. Mereka ada pasukan yang meneliti setiap kes, manakala yang menghukum itu pula hakim,&#8221; katanya ketika berucap pada majlis penutupan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), hari ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata usaha membanteras rasuah dan penyelewengan bukan sesuatu yang mudah kerana langkah penguatkuasaan sering mengundang pelbagai reaksi, termasuk tuduhan bermotifkan politik.<\/p>\n<p>Menurutnya, perkara itu tidak seharusnya menghalang kerajaan daripada meneruskan usaha memperkukuh tatakelola dan membersihkan pentadbiran negara.<\/p>\n<p>&#8220;Jadi tugas saya dan rakan-rakan ialah memastikan pemerintahan ikut hukum itu berjalan. Penyelewengan dan rasuah dihentikan, ia bukan momokan politik biasa,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Anwar berkata kegagalan menangani penyelewengan akhirnya akan memberi kesan kepada rakyat, khususnya golongan bawahan yang bergantung kepada keberkesanan institusi kerajaan.<\/p>\n<p>&#8220;Yang akan menjadi mangsa adalah rakyat bawahan. Jadi kita harus bantu dengan bersihkan negara ini daripada segala kecurangan,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut mengingatkan supaya setiap tindakan penguatkuasaan tidak terus ditafsirkan sebagai usaha membalas dendam terhadap pihak tertentu.<\/p>\n<p>&#8220;Kalau tidak, tiap kali ada pendakwaan ada yang akan kata ini balas dendam, ini zalim, ini hasad, ini dengki,&#8221; katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan siasatan berkaitan tatakelola membabitkan agensi kerajaan seperti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Lembaga Tabung Haji (TH) tidak wajar dilihat sebagai polemik politik, iri hati atau dendam. Menurut Anwar, tindakan menyiasat sebarang dakwaan penyelewengan adalah sebahagian daripada tanggungjawab kerajaan bagi memastikan pentadbiran negara berjalan mengikut undang-undang. Beliau berkata proses siasatan, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12605,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[13,792,18,828,23,21,1418],"authors":[],"class_list":["post-15135","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-anwar","tag-felda","tag-pmx","tag-rci","tag-siasatan","tag-sprm","tag-th"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15135","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15135"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15135\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15136,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15135\/revisions\/15136"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/12605"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15135"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15135"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15135"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15135"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}