{"id":15137,"date":"2026-09-06T09:22:43","date_gmt":"2026-09-06T09:22:43","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15137"},"modified":"2026-09-06T09:22:43","modified_gmt":"2026-09-06T09:22:43","slug":"pendekatan-pas-bahagi-jawatan-kabinet-berdasarkan-agama-dikritik","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pendekatan-pas-bahagi-jawatan-kabinet-berdasarkan-agama-dikritik\/","title":{"rendered":"Pendekatan PAS bahagi jawatan Kabinet berdasarkan agama dikritik"},"content":{"rendered":"<p>Naib Presiden PKR, Chang Lih Kang mempersoalkan pendirian Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mengenai pembahagian jawatan Kabinet berdasarkan agama, sambil menegaskan kelayakan pemimpin perlu dinilai berdasarkan integriti, amanah dan kebolehan.<\/p>\n<p>Lih Kang yang juga Ahli Parlimen Tanjong Malik itu berkata, pendekatan sedemikian dilihat cenderung menilai seseorang berdasarkan identiti agama, bukan nilai serta keupayaan yang dibawa pemimpin berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cSaya ingin bertanya satu soalan mudah kepada Presiden PAS. Jika pilihannya antara seorang pemimpin Islam yang pecah amanah, menyalahgunakan kuasa atau mencuri wang rakyat dengan seorang bukan Islam yang jujur, berintegriti dan berkebolehan, siapakah yang lebih layak diberi tanggungjawab untuk memimpin?\u201d katanya dalam kenyataan.<\/p>\n<p>Menurutnya, agama seseorang tidak seharusnya menjadi satu-satunya ukuran bagi menentukan kelayakan memegang jawatan dalam pentadbiran negara.<\/p>\n<p>Sebaliknya, Lih Kang berkata nilai amanah, keadilan, kejujuran dan integriti perlu menjadi asas utama dalam memilih pemimpin.<\/p>\n<p>Beliau turut mengkritik PAS kerana didakwa lebih banyak menekankan soal identiti dalam politik berbanding memperjuangkan nilai berkenaan secara konsisten.<\/p>\n<p>\u201cKetika negara berdepan krisis kepercayaan melibatkan pengurusan dan penyalahgunaan dana awam, termasuk isu 1MDB, Tabung Haji dan FELDA, suara PAS dalam mempertahankan prinsip akauntabiliti dan integriti tidak selantang retorik mereka mengenai kaum dan agama,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Lih Kang berkata PAS juga perlu menjelaskan bentuk Islam yang mahu diketengahkan dalam pentadbiran negara, khususnya dalam soal keadilan dan pengurusan amanah rakyat.<\/p>\n<p>\u201cApakah sebenarnya Islam yang mahu mereka perjuangkan dalam pentadbiran negara? Islam yang menegakkan keadilan, amanah dan menentang penyelewengan tanpa mengira siapa pelakunya, atau Islam yang dijadikan ukuran identiti sekadar untuk meraih undi dan memegang kuasa?\u201d soalnya.<\/p>\n<p>Isu itu timbul ketika perbahasan mengenai kedudukan agama dan kelayakan seseorang untuk memegang jawatan dalam kerajaan kembali menjadi perhatian politik, khususnya dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia.<\/p>\n<p>Lih Kang berkata setiap rakyat yang berkebolehan, berintegriti dan setia kepada negara wajar diberi peluang untuk berkhidmat pada peringkat tertinggi tanpa dinafikan hanya kerana agama atau keturunan.<\/p>\n<p>\u201cSelepas hampir tujuh dekad merdeka, politik Malaysia sepatutnya bergerak melangkaui politik identiti. Kita sepatutnya mengutamakan pemimpin yang mengangkat nilai amanah, integriti dan keadilan serta benar-benar mahu berkhidmat kepada rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Naib Presiden PKR, Chang Lih Kang mempersoalkan pendirian Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mengenai pembahagian jawatan Kabinet berdasarkan agama, sambil menegaskan kelayakan pemimpin perlu dinilai berdasarkan integriti, amanah dan kebolehan. Lih Kang yang juga Ahli Parlimen Tanjong Malik itu berkata, pendekatan sedemikian dilihat cenderung menilai seseorang berdasarkan identiti agama, bukan nilai serta keupayaan yang dibawa [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":15138,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[901,338,69,235,339,126,9],"authors":[],"class_list":["post-15137","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-abdul-hadi-awang","tag-chang-lih-kang","tag-jawatan","tag-kabinet","tag-naib-presiden","tag-pas","tag-pkr"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15137","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15137"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15137\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15139,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15137\/revisions\/15139"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/15138"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15137"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15137"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15137"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15137"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}