{"id":15158,"date":"2026-09-07T04:46:29","date_gmt":"2026-09-07T04:46:29","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15158"},"modified":"2026-09-07T04:46:29","modified_gmt":"2026-09-07T04:46:29","slug":"zahid-nafi-kkdw-terlebih-belanja-projek-jalan-luar-bandar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/zahid-nafi-kkdw-terlebih-belanja-projek-jalan-luar-bandar\/","title":{"rendered":"Zahid nafi KKDW terlebih belanja projek jalan luar bandar"},"content":{"rendered":"<p>Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) membelanjakan peruntukan melebihi jumlah diluluskan kerajaan, termasuk bagi projek jalan luar bandar.<\/p>\n<p>Menurut Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu, kementeriannya hanya akan berbelanja berdasarkan peruntukan yang diluluskan atau jumlah dinyatakan dalam belanjawan negara.<\/p>\n<p>\u201cTidak pernah ada sebuah kementerian yang membelanjakan lebih daripada yang diperuntukkan. Apa yang dibelanjakan itu secara tidak langsung menjawab soalan KSP (Ketua Setiausaha Perbendaharaan).<\/p>\n<p>\u201cBerapa peruntukan yang ada? Mana ada bajet yang cantik. Mana mungkin KKDW akan membelanjakan bajet melebihi daripada apa yang dinyatakan dalam ucapan belanjawan atau apa yang diperuntukkan,\u201d katanya ketika berucap pada sesi pembukaan Bengkel Kerjasama Strategik Pusat Komuniti Desa KKDW serta Pusat Sebaran Maklumat Nasional di Cyberjaya.<\/p>\n<p>Kenyataan itu susulan pendedahan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Johan Mahmood Merican, mengenai kedudukan peruntukan projek jalan luar bandar tahun ini.<\/p>\n<p>Johan dilaporkan berkata sebahagian besar peruntukan tahun ini bagi projek berkenaan sudah dibelanjakan, sekali gus menyebabkan kekangan dalam membuat bayaran kepada kontraktor.<\/p>\n<p>Malah, beliau mendakwa KKDW secara konsisten berbelanja melebihi peruntukan tahunan diluluskan bagi projek jalan luar bandar sejak beberapa tahun lalu.<\/p>\n<p>Isu itu timbul selepas Zahid pada Selasa lalu mendedahkan terdapat kontraktor yang melaksanakan projek luar bandar lewat menerima bayaran kerajaan sehingga sebahagiannya berdepan masalah aliran tunai dan terpaksa menutup operasi.<\/p>\n<p>Perkara itu mencetuskan persoalan mengenai kedudukan peruntukan dan pembayaran projek pembangunan luar bandar, khususnya apabila kementerian dan Perbendaharaan memberikan gambaran berbeza mengenai punca kelewatan bayaran.<\/p>\n<p>Zahid bagaimanapun menegaskan KKDW tidak boleh berbelanja melebihi jumlah yang diluluskan dalam belanjawan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) membelanjakan peruntukan melebihi jumlah diluluskan kerajaan, termasuk bagi projek jalan luar bandar. Menurut Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu, kementeriannya hanya akan berbelanja berdasarkan peruntukan yang diluluskan atau jumlah dinyatakan dalam belanjawan negara. \u201cTidak pernah ada sebuah kementerian yang membelanjakan lebih daripada yang diperuntukkan. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6813,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[147,2093,4901,4849,535,685],"authors":[],"class_list":["post-15158","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-jalan","tag-kementerian-kemajuan-desa-dan-wilayah","tag-kkdw","tag-peruntukan","tag-projek"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15158","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15158"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15158\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15160,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15158\/revisions\/15160"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6813"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15158"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15158"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15158"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15158"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}