{"id":15169,"date":"2026-09-07T07:28:11","date_gmt":"2026-09-07T07:28:11","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15169"},"modified":"2026-09-07T07:28:11","modified_gmt":"2026-09-07T07:28:11","slug":"dakwa-kuasa-asing-terlibat-kenapa-tak-lapor-polis-soal-ketua-amk","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/dakwa-kuasa-asing-terlibat-kenapa-tak-lapor-polis-soal-ketua-amk\/","title":{"rendered":"Dakwa kuasa asing terlibat, kenapa tak lapor polis soal ketua AMK"},"content":{"rendered":"<p>Jika benar kuasa asing pernah menawarkan bantuan untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia, mengapa Presiden PAS tidak terus melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa ketika tawaran berkenaan didakwa dibuat?<\/p>\n<div data-breakout=\"normal\">\n<p id=\"viewer-hjois34905\" class=\"vVP7K aoX-4 K3gHo gR5w2\" dir=\"auto\" tabindex=\"-1\"><span class=\"AKCE3\">Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Muhammad Kamil Munim menempelak k<\/span>enyataan Presiden PAS mengenai dakwaan kuasa asing pernah menawarkan bantuan untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia.<\/p>\n<\/div>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Persoalan itu dibangkitkan susulan tindakan membuat laporan polis berhubung dakwaan campur tangan asing dalam politik negara yang disifatkan bukan isu kecil kerana menyentuh aspek keselamatan dan kedaulatan Malaysia.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cKenapa anda pula melatah bila laporan dibuat?<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cPresiden PAS sendiri membuat dakwaan bahawa sebuah kuasa asing pernah menawarkan bantuan untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia. Itu bukan dakwaan kecil. Ia menyentuh soal keselamatan, kedaulatan dan campur tangan asing dalam urusan politik negara di mana tawaran itu dibuat kepada beliau!<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cMengapa perkara sebesar ini tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa dan didedahkan ketika itu?\u201d katanya.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Menurutnya, tindakan membuat laporan polis tidak sepatutnya dipersoalkan kerana dakwaan berkaitan campur tangan asing wajar diberikan perhatian dan disiasat pihak berkuasa.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cApa yang pelik jika laporan polis dibuat? Apakah kenyataan presiden PAS langsung tidak boleh dipertikai, dipersoal atau disiasat oleh mana-mana pihak?\u201d katanya.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Beliau turut menyifatkan Ahli Parlimen sepatutnya menjadi antara pihak yang mahu kebenaran berhubung dakwaan itu dibongkar, bukannya mempertikaikan pihak yang tampil membuat laporan polis.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cSebagai ahli parlimen sepatutnya menjadi antara orang pertama yang mahu kebenaran dakwaan mengenai campur tangan asing ini dibongkar, bukan mengalih persoalan kepada siapa yang membuat laporan polis,\u201d katanya.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Dalam masa sama, beliau mempersoalkan sama ada tuntutan supaya dakwaan berkenaan disiasat boleh dianggap sebagai tindakan melatah, sedangkan isu itu berkait rapat dengan kepentingan serta kedaulatan negara.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cApakah menuntut siasatan untuk mempertahankan kedaulatan negara dianggap melatah? Apakah kepentingan PAS mengatasi kepentingan mempertahankan kedaulatan Malaysia?\u201d soalnya.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Dakwaan mengenai tawaran bantuan daripada kuasa asing untuk menjatuhkan kerajaan sebelum ini mencetuskan perhatian kerana ia menyentuh kemungkinan campur tangan pihak luar dalam urusan politik Malaysia.<\/p>\n<p>Justeru, laporan polis dilihat sebagai ruang untuk pihak berkuasa menentukan kesahihan dakwaan tersebut serta mendapatkan penjelasan berhubung keadaan sebenar yang berlaku.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Jika benar kuasa asing pernah menawarkan bantuan untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia, mengapa Presiden PAS tidak terus melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa ketika tawaran berkenaan didakwa dibuat? Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Muhammad Kamil Munim menempelak kenyataan Presiden PAS mengenai dakwaan kuasa asing pernah menawarkan bantuan untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia. Persoalan itu dibangkitkan susulan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":2860,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[164,3959,849,1270,126,9],"authors":[],"class_list":["post-15169","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-amk","tag-kamil-abdul-munim","tag-kamil-munim","tag-laporan-polis","tag-pas","tag-pkr"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15169","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15169"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15169\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15170,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15169\/revisions\/15170"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/2860"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15169"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15169"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15169"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15169"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}