{"id":15171,"date":"2026-09-07T07:44:51","date_gmt":"2026-09-07T07:44:51","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15171"},"modified":"2026-09-07T07:44:51","modified_gmt":"2026-09-07T07:44:51","slug":"as-nafi-campur-tangan-amk-desak-hadi-tampil-dengan-bukti","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/as-nafi-campur-tangan-amk-desak-hadi-tampil-dengan-bukti\/","title":{"rendered":"AS nafi campur tangan, AMK desak Hadi tampil dengan bukti"},"content":{"rendered":"<p>Dakwaan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang kononnya Amerika Syarikat (AS) pernah menawarkan bantuan untuk menjatuhkan Kerajaan Persekutuan kini berdepan penafian terbuka Washington, menyebabkan AMK mendesak beliau tampil dengan bukti dan penjelasan.<\/p>\n<p>Ketua Biro Hubungan Antarabangsa AMK Malaysia, Arief Izuadin berkata, dakwaan itu terlalu serius untuk dibiarkan tanpa penjelasan kerana menyentuh kedaulatan, keselamatan serta hubungan diplomatik Malaysia.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cDakwaan sebesar ini tidak boleh dibiarkan tanpa bukti, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan sebuah negara kuasa besar dunia yang turut mempunyai hubungan penting dengan Malaysia,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Penafian AS dibuat menerusi Charg\u00e9 d\u2019Affaires ad interim Kedutaan Besar AS di Kuala Lumpur, David H. Gamble Jr., yang menegaskan AS tidak pernah cuba menentukan kepimpinan politik di Malaysia.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Beliau turut menyifatkan dakwaan Abdul Hadi sebagai \u201ctidak benar\u201d.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Arief berkata, Abdul Hadi sehingga kini masih belum memberikan penjelasan lanjut atau mengemukakan bukti bagi menjawab penafian tersebut.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Menurutnya, jika benar wujud campur tangan asing dalam politik Malaysia, perkara itu perlu disiasat dan tindakan tegas diambil.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Pada masa sama, beliau memberi amaran dakwaan tanpa bukti juga berpotensi menjejaskan hubungan perdagangan dan diplomatik Malaysia-AS serta kepentingan strategik negara.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Sehubungan itu, Biro Hubungan Antarabangsa AMK Malaysia membuat laporan polis dan menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) meneliti sama ada dakwaan serta maklumat yang dikatakan berada dalam pengetahuan Abdul Hadi menimbulkan isu di bawah Seksyen 202 Kanun Keseksaan.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">AMK turut menggesa pihak berkuasa meneliti sebarang implikasi di bawah Akta Hasutan 1948 berdasarkan fakta dan hasil siasatan.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cJika benar berlaku campur tangan asing, kita mesti bertindak tegas. Jika tidak benar, dakwaan yang melibatkan kedaulatan dan hubungan luar negara tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya kerana akan menyebabkan kepentingan strategik negara terjejas,\u201d katanya.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Dakwaan Abdul Hadi itu sebelum ini mencetuskan perhatian selepas beliau mendakwa sebuah kuasa asing pernah menawarkan bantuan kepada PAS untuk menjatuhkan kerajaan.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">AMK menegaskan dakwaan berkenaan perlu dibuktikan atau disiasat, terutama selepas AS secara terbuka menafikannya.<\/p>\n<p>\u201cKedaulatan dan keselamatan negara bukan bahan politik murahan. Dakwaan sebesar ini wajib melalui \u2018tabayyun\u2019 dan bukti yang kukuh,\u201d tegas Arief.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Dakwaan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang kononnya Amerika Syarikat (AS) pernah menawarkan bantuan untuk menjatuhkan Kerajaan Persekutuan kini berdepan penafian terbuka Washington, menyebabkan AMK mendesak beliau tampil dengan bukti dan penjelasan. Ketua Biro Hubungan Antarabangsa AMK Malaysia, Arief Izuadin berkata, dakwaan itu terlalu serius untuk dibiarkan tanpa penjelasan kerana menyentuh kedaulatan, keselamatan serta hubungan diplomatik [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":15172,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[821,164,4904,126,9],"authors":[],"class_list":["post-15171","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-amerika-syarikat","tag-amk","tag-arief-izuadin","tag-pas","tag-pkr"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15171","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15171"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15171\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15173,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15171\/revisions\/15173"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/15172"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15171"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15171"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15171"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15171"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}