{"id":15183,"date":"2026-09-07T14:32:36","date_gmt":"2026-09-07T14:32:36","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15183"},"modified":"2026-09-07T14:32:36","modified_gmt":"2026-09-07T14:32:36","slug":"kad-unhcr-bukan-lesen-langgar-undang-undang-imigresen","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kad-unhcr-bukan-lesen-langgar-undang-undang-imigresen\/","title":{"rendered":"Kad UNHCR bukan lesen langgar undang-undang Imigresen"},"content":{"rendered":"<p>Pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dalam kalangan pelarian Myanmar masih tertakluk kepada peruntukan Akta Imigresen 1959\/63.<\/p>\n<p>Ketua Pengarah Imigresen, Zakaria Shaaban berkata pemegang kad UNHCR boleh dikenakan tindakan seperti pendatang asing tanpa izin sekiranya melakukan kesalahan imigresen lain, termasuk bekerja tanpa pas atau permit yang sah.<\/p>\n<p>\u201cMajikan yang menggaji pelarian pemegang kad UNHCR tanpa kebenaran yang sah juga boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Zakaria turut menafikan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pernah mengeluarkan kenyataan pelarian Myanmar yang memiliki kad UNHCR bukan pendatang asing tanpa izin.<\/p>\n<p>Penjelasan itu susulan laporan media sebelum ini yang mendakwa pemegang kad UNHCR tidak boleh dikenakan tindakan imigresen dan perkara itu berada di luar bidang kuasa JIM.<\/p>\n<p>Menurut Zakaria, pengecualian hanya membabitkan dua kesalahan di bawah Akta Imigresen, iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan atau pas yang sah serta kesalahan tinggal lebih masa.<\/p>\n<p>\u201cPengecualian terhadap kedua-dua kesalahan ini tidak bermaksud pemegang kad UNHCR dikecualikan daripada pematuhan terhadap peruntukan lain di bawah Akta Imigresen,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata pengurusan pelarian dan pemohon suaka di Malaysia dilaksanakan berdasarkan dasar kerajaan melalui Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No. 23: Dasar dan Mekanisme Pengurusan Pelarian dan Pemohon Suaka.<\/p>\n<p>Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama JIM turut dipertanggungjawabkan melaksanakan pendaftaran pelarian dan pemohon suaka menerusi Program Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP).<\/p>\n<p>\u201cPelaksanaan DPP bertujuan membolehkan kerajaan mempunyai data yang lebih menyeluruh dan teratur berkaitan keberadaan pelarian dan pemohon suaka di Malaysia.<\/p>\n<p>\u201cSebarang keputusan berkaitan pengurusan pelarian ini tertakluk kepada dasar yang ditentukan oleh MKN melalui Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelarian dan Pemohon Suaka,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Zakaria berkata JIM akan terus melaksanakan tanggungjawab penguatkuasaan imigresen secara tegas mengikut undang-undang serta dasar kerajaan yang ditetapkan.<\/p>\n<p>Isu kedudukan pemegang kad UNHCR sering menjadi perhatian kerana kad berkenaan berfungsi sebagai dokumen pengenalan dan perlindungan kepada pelarian serta pemohon suaka, namun tidak menggantikan pas atau permit imigresen yang dikeluarkan kerajaan Malaysia.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dalam kalangan pelarian Myanmar masih tertakluk kepada peruntukan Akta Imigresen 1959\/63. Ketua Pengarah Imigresen, Zakaria Shaaban berkata pemegang kad UNHCR boleh dikenakan tindakan seperti pendatang asing tanpa izin sekiranya melakukan kesalahan imigresen lain, termasuk bekerja tanpa pas atau permit yang sah. \u201cMajikan yang menggaji pelarian [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":12917,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[160,3311,4252,4253,402],"authors":[],"class_list":["post-15183","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-imigresen","tag-kad","tag-pelarian","tag-unchr","tag-undang-undang"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15183","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15183"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15183\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15184,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15183\/revisions\/15184"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/12917"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15183"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15183"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15183"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15183"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}