{"id":15190,"date":"2026-09-08T02:43:05","date_gmt":"2026-09-08T02:43:05","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15190"},"modified":"2026-09-08T02:44:31","modified_gmt":"2026-09-08T02:44:31","slug":"anwar-akui-bantuan-rm400-bukan-penyelesaian-mutlak-bantu-pekebun-kecil","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/anwar-akui-bantuan-rm400-bukan-penyelesaian-mutlak-bantu-pekebun-kecil\/","title":{"rendered":"Anwar akui bantuan RM400 bukan penyelesaian mutlak bantu pekebun kecil"},"content":{"rendered":"<p class=\"isSelectedEnd\">Bantuan tunai RM400 sebulan bukan penyelesaian mutlak kepada masalah dihadapi pekebun kecil, tegas Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Beliau mengakui jumlah bantuan itu masih belum mencukupi dan kerajaan perlu terus mendengar masalah golongan berkenaan di peringkat akar umbi, terutama ketika kos sara hidup serta keadaan ekonomi terus berubah.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cKalau wakil pekebun kerja tanya saya, cukup? Tentu dia jawab, tak cukup dan saya akui,\u201d katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Perladangan dan Komoditi hari ini.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Anwar berkata, bantuan kerajaan perlu dilihat sebagai sebahagian daripada pendekatan lebih menyeluruh bagi memperkukuh kedudukan pekebun kecil, bukan sekadar pemberian tunai bulanan.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Katanya, kira-kira 270,000 pekebun kecil termasuk pengusaha kecil sawit, getah, lada dan kenaf telah menerima Budi Agri-Komoditi sebanyak RM400 sebulan setakat September 2026.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cKerajaan perlu memastikan bantuan tersebut benar-benar sampai kepada kumpulan sasaran dan difahami oleh penerima,\u201d katanya.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Menurut Anwar, antara cabaran yang masih berlaku ialah maklumat mengenai bantuan kerajaan tidak disampaikan dengan jelas kepada rakyat sehingga ada penerima tidak mengetahui bantuan yang disediakan.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cSekurang-kurangnya dia tahu. Jangan dia kata belum dapat apa-apa,\u201d katanya.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Dalam masa sama, beliau berkata kerajaan terus memperkukuh sokongan kepada sektor komoditi melalui pelbagai langkah termasuk insentif getah, bantuan penanaman semula sawit, pembiayaan mudah serta penyelenggaraan jalan ladang.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cPendekatan tersebut menunjukkan kerajaan tidak berdiam diri terhadap masalah pekebun kecil,\u201d katanya.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Bagaimanapun, Anwar berkata tuntutan supaya bantuan ditingkatkan perlu mengambil kira kedudukan kewangan negara, terutama berdepan tekanan ekonomi akibat perkembangan geopolitik dan peningkatan harga minyak dunia.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cCuma kita kena faham juga keadaan ekonomi sekarang ini,\u201d katanya.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Bantuan Budi Agri-Komoditi RM400 sebulan diperkenalkan kerajaan sebagai antara langkah membantu golongan pekebun kecil yang terkesan dengan kos operasi dan tekanan pendapatan dalam sektor komoditi.<\/p>\n<p>Kerajaan pada masa sama dilihat cuba menggabungkan bantuan tunai dengan sokongan jangka panjang bagi memastikan pekebun kecil terus berdaya tahan serta mampu menghadapi perubahan harga komoditi dan kos pengeluaran.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Bantuan tunai RM400 sebulan bukan penyelesaian mutlak kepada masalah dihadapi pekebun kecil, tegas Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Beliau mengakui jumlah bantuan itu masih belum mencukupi dan kerajaan perlu terus mendengar masalah golongan berkenaan di peringkat akar umbi, terutama ketika kos sara hidup serta keadaan ekonomi terus berubah. \u201cKalau wakil pekebun kerja tanya saya, cukup? Tentu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":15194,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[170,4021,4910,3148,2363,4908,4909],"authors":[],"class_list":["post-15190","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar-ibrahim","tag-budi-agri-komoditi","tag-kepala-sawit","tag-ladang","tag-menteri-perladangan-dan-komoditi","tag-pekebun","tag-pekebun-kecil"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15190","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15190"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15190\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15195,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15190\/revisions\/15195"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/15194"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15190"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15190"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15190"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15190"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}