{"id":1520,"date":"2025-07-14T10:02:32","date_gmt":"2025-07-14T10:02:32","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=1520"},"modified":"2025-07-14T10:02:32","modified_gmt":"2025-07-14T10:02:32","slug":"majlis-peguam-berjaya-serah-memorandum-dalam-perhimpunan-ke-pmo","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/majlis-peguam-berjaya-serah-memorandum-dalam-perhimpunan-ke-pmo\/","title":{"rendered":"Majlis Peguam berjaya serah memorandum dalam perhimpunan ke PMO"},"content":{"rendered":"<p>Memorandum berjaya diserahkan Majlis Peguam Malaysia semasa perarakan Walk for Judicial Independence di hadapan Istana Kehakiman di Putrajaya selepas lebih 1,000 pesertanya tiba di Pejabat Perdana Menteri (PMO).<\/p>\n<p>Presiden Majlis Peguam, Mohamad Ezri Abdul Wahab bersama tujuh wakil yang lain menyerahkan memorandum kepada wakil Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) di Jabatan Perdana Menteri (JPM) selepas berjalan sejauh 2 kilometer lebih hari ini.<\/p>\n<p>Ezri menyifatkan perarakan itu sebagai satu kejayaan besar dalam usaha mempertahankan prinsip kebebasan badan kehakiman.<\/p>\n<p>Beliau turut mengumumkan satu Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) akan diadakan pada 26 Julai ini untuk membincangkan perkara-perkara berkaitan.<\/p>\n<p>Bagaimanapun Ezri menafikan pihaknya akan mengadakan satu lagi perarakan seumpamanya andainya tuntutan yang diserahkan itu tidak dipenuhi.<\/p>\n<p>Peserta kelihatan bersemangat mengangkat sepanduk bertulis \u2018All Eyes On The Judiciary\u2019, Defend Judicial Independence, \u2018Bebaskan Kehakiman\u2019, \u2018Keadilan Untuk Kehakiman\u2019 sambil dikawal lebih 100 anggota polis termasuk pasukan elit Op Cantas dan sebuah dron pemantau yang diterbangkan.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, sebagai tanda solidariti, Majlis Peguam Pulau Pinang turut menganjurkan perarakan serupa pada pukul 11 pagi tadi dengan penyertaan kira-kira 50 peguam dari Jalan Green Hall ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.<\/p>\n<p>Perarakan di Putrajaya berakhir dengan peserta kembali ke Istana Kehakiman di sini meninggalkan kawasan PMO yang dikawal selia oleh pihak berkuasa sepanjang program berlangsung secara aman.<\/p>\n<p>Ketika rata-rata peserta sampai ke destinasi, kelihatan warga PMO sendiri tampil \u2018belanja\u2019 mereka aiskrim dan air mineral.<\/p>\n<p>Enam tuntutan utama yang dibawa dalam memorandum tersebut ialah pendedahan minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC), penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat campur tangan kehakiman, penyelesaian segera isu kekosongan jawatan kehakiman dan menjamin ketelusan dalam pelantikan ke jawatan tertinggi badan kehakiman.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Memorandum berjaya diserahkan Majlis Peguam Malaysia semasa perarakan Walk for Judicial Independence di hadapan Istana Kehakiman di Putrajaya selepas lebih 1,000 pesertanya tiba di Pejabat Perdana Menteri (PMO). Presiden Majlis Peguam, Mohamad Ezri Abdul Wahab bersama tujuh wakil yang lain menyerahkan memorandum kepada wakil Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) di Jabatan Perdana Menteri (JPM) selepas [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1521,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[612,894,895,616,828],"authors":[],"class_list":["post-1520","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-kehakiman","tag-majlis-peguam","tag-perarakan","tag-pmo","tag-rci"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1520","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=1520"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1520\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1522,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1520\/revisions\/1522"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1521"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=1520"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=1520"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=1520"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=1520"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}