{"id":15212,"date":"2026-09-08T08:38:19","date_gmt":"2026-09-08T08:38:19","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15212"},"modified":"2026-09-08T08:38:19","modified_gmt":"2026-09-08T08:38:19","slug":"pemansuhan-auku-beri-ruang-mahasiswa-lebih-ke-depan-ahmad-zahid","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pemansuhan-auku-beri-ruang-mahasiswa-lebih-ke-depan-ahmad-zahid\/","title":{"rendered":"Pemansuhan AUKU beri ruang mahasiswa lebih ke depan: Ahmad Zahid"},"content":{"rendered":"<p>Pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 diharap dapat membuka ruang lebih luas kepada mahasiswa untuk mengembangkan pemikiran, penguasaan ilmu serta kemampuan dalam bidang profesional.<\/p>\n<p>Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata perubahan itu juga diharap mendorong lebih ramai mahasiswa mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan serta tampil dengan idea baharu.<\/p>\n<p>\u201cSebagai seorang mantan aktivis pelajar, itu harapan saya, tidak perlu dan tidak semestinya berada di jalanan, di sudut pidato atau mengadakan perarakan-perarakan yang berlainan warna baju pada setiap minggu.<\/p>\n<p>\u201cSaya amat yakin pemimpin mahasiswa dan mahasiswa keseluruhannya akan lebih berminda tinggi tanpa AUKU yang menyekat pemikiran dan minda para pelajar selama ini,\u201d katanya ketika berucap pada Konvensyen Pendidikan Melayu 2026, hari ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata pemansuhan AUKU turut memberi lebih ruang kepada institusi pengajian tinggi untuk berkembang, namun kebebasan itu perlu disertai akauntabiliti yang boleh diukur melalui peningkatan mutu pembelajaran, mobiliti graduan dan impak penyelidikan.<\/p>\n<p>Pada 15 Ogos lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan memansuhkan AUKU bagi memberikan kebebasan serta ruang demokrasi lebih luas kepada gerakan mahasiswa.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berkaitan pendidikan Melayu, Ahmad Zahid turut mencadangkan pembentukan Indeks Mobiliti Pendidikan Melayu bagi menjejaki perjalanan pendidikan anak bangsa daripada latar sosioekonomi, pencapaian pembelajaran, laluan pengajian sehingga pekerjaan, kesepadanan kemahiran dan perkembangan pendapatan.<\/p>\n<p>Katanya, agenda pendidikan Melayu perlu beralih kepada pendekatan berasaskan data dan hasil, bukan sekadar mengukur jumlah program, peruntukan atau peserta.<\/p>\n<p>\u201cUkuran kita mesti bergerak daripada persekolahan kepada pembelajaran, dan daripada pembelajaran kepada mobiliti\u2026 bukan hanya berapa lama seseorang berada dalam sistem, tetapi apa yang dikuasainya, ke mana ilmu itu membawanya dan sejauh mana pendidikan meningkatkan mobiliti sosialnya,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau mahu Sekretariat Pendidikan dan Penyelidikan UMNO bersama institusi akademik membangunkan kerangka awal indeks berkenaan untuk diteliti sebelum dibawa ke peringkat dasar.<\/p>\n<p>Ahmad Zahid turut menggariskan tiga cabaran pendidikan masa kini, iaitu kemiskinan ilmu dan keupayaan, pemilikan ilmu serta memastikan pendidikan diterjemahkan kepada nilai ekonomi.<\/p>\n<p>\u201cPada suku kedua tahun ini, 35.2 peratus pekerja berpendidikan tertiari masih berada dalam pekerjaan yang tidak sepadan dengan tahap kemahiran mereka,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Bagi menangani cabaran itu, beliau mengemukakan lima misi utama termasuk memperkukuh Universiti Teknologi MARA sebagai institusi penguasaan bumiputera, membangunkan Infrastruktur Ilmu Digital Bahasa Melayu, memperluas autonomi berprestasi universiti serta mencapai sasaran Dana Wakaf Ilmu Bumiputera sekurang-kurangnya RM1 bilion menjelang 2030.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 diharap dapat membuka ruang lebih luas kepada mahasiswa untuk mengembangkan pemikiran, penguasaan ilmu serta kemampuan dalam bidang profesional. Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi berkata perubahan itu juga diharap mendorong lebih ramai mahasiswa mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan serta tampil dengan idea baharu. \u201cSebagai seorang mantan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":6813,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[147,4914,170,4718,18,146,498],"authors":[],"class_list":["post-15212","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-akta-universiti-dan-kolej-universiti","tag-anwar-ibrahim","tag-auku","tag-pmx","tag-umno","tag-universiti"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15212","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15212"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15212\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15213,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15212\/revisions\/15213"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/6813"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15212"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15212"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15212"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15212"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}