{"id":15224,"date":"2026-09-09T02:07:01","date_gmt":"2026-09-09T02:07:01","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15224"},"modified":"2026-09-09T02:07:01","modified_gmt":"2026-09-09T02:07:01","slug":"ph-kekal-teguh-lawan-rasuah-salah-guna-kuasa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ph-kekal-teguh-lawan-rasuah-salah-guna-kuasa\/","title":{"rendered":"PH kekal teguh lawan rasuah, salah guna kuasa"},"content":{"rendered":"<p>Pakatan Harapan (PH) menegaskan komitmen untuk terus menyokong agenda Kerajaan MADANI dalam membanteras rasuah, ketirisan dan salah guna kuasa tanpa mengira kedudukan atau latar belakang individu terlibat.<\/p>\n<p>Majlis Setiausaha PH dalam kenyataan hari ini turut menegaskan sokongan terhadap titah Yang di-Pertuan Agong supaya setiap kes disiasat secara menyeluruh dan tindakan diambil tanpa kompromi terhadap pihak yang didapati bersalah.<\/p>\n<p>Menurut PH, perjuangan membanteras rasuah serta memperkukuh tatakelola dan reformasi institusi merupakan antara asas utama gabungan itu sejak awal penubuhannya.<\/p>\n<p>\u201cPrinsip kedaulatan undang-undang juga menuntut supaya proses kehakiman yang sedang berjalan diberikan ruang untuk diselesaikan secara teratur dan bebas tanpa menimbulkan sebarang persepsi bahawa proses tersebut telah didahului pertimbangan lain,\u201d menurut kenyataan itu.<\/p>\n<p>PH turut berpandangan individu yang disabitkan kesalahan rasuah atau salah guna kuasa, khususnya membabitkan kes berprofil tinggi, perlu menjalani hukuman sepenuhnya seperti ditetapkan mahkamah.<\/p>\n<p>Majlis Setiausaha PH berkata pendirian itu penting bagi memastikan keyakinan rakyat terhadap institusi negara terus diperkukuh, terutama ketika Malaysia sedang melalui fasa pemulihan dari segi tatakelola dan integriti.<\/p>\n<p>\u201cBeberapa kes rasuah berprofil tinggi sebelum ini turut telah memberikan kesan yang besar terhadap nama dan reputasi Malaysia di peringkat antarabangsa,\u201d katanya.<\/p>\n<p>PH berkata negara telah berusaha keras dalam beberapa tahun kebelakangan ini untuk membina semula keyakinan terhadap institusi, tatakelola serta keupayaan Malaysia menangani rasuah dan salah guna kuasa.<\/p>\n<p>\u201cMomentum pemulihan ini perlu terus dipelihara,\u201d menurut kenyataan itu.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, PH menegaskan sebarang keputusan membabitkan kes berprofil tinggi perlu mengambil kira keyakinan masyarakat terhadap kesungguhan kerajaan melaksanakan agenda membanteras rasuah.<\/p>\n<p>Gabungan itu berkata sokongan rakyat daripada pelbagai kaum, agama dan latar belakang membawa amanah besar untuk memastikan agenda reformasi terus dipertahankan.<\/p>\n<p>\u201cAmanah tersebut menuntut kami untuk terus konsisten menyuarakan pendirian berdasarkan prinsip, walaupun ketika berhadapan dengan situasi yang mencabar dan berdepan tekanan dari pelbagai sudut,\u201d menurut kenyataan itu.<\/p>\n<p>PH turut mengulangi komitmen untuk menjunjung Perlembagaan, menghormati institusi negara serta mempertahankan prinsip reformasi, kedaulatan undang-undang dan usaha membanteras rasuah.<\/p>\n<p>Pendirian itu dibuat ketika isu integriti, penguatkuasaan undang-undang dan reformasi institusi terus menjadi antara perhatian utama dalam usaha memperkukuh keyakinan rakyat terhadap pentadbiran negara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Pakatan Harapan (PH) menegaskan komitmen untuk terus menyokong agenda Kerajaan MADANI dalam membanteras rasuah, ketirisan dan salah guna kuasa tanpa mengira kedudukan atau latar belakang individu terlibat. Majlis Setiausaha PH dalam kenyataan hari ini turut menegaskan sokongan terhadap titah Yang di-Pertuan Agong supaya setiap kes disiasat secara menyeluruh dan tindakan diambil tanpa kompromi terhadap pihak [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":5149,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[4917,727,347,24,21],"authors":[],"class_list":["post-15224","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-basmi","tag-pakatan-harapan","tag-ph","tag-rasuah","tag-sprm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15224","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15224"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15224\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15225,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15224\/revisions\/15225"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/5149"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15224"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15224"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15224"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15224"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}