{"id":15228,"date":"2026-09-09T02:18:30","date_gmt":"2026-09-09T02:18:30","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15228"},"modified":"2026-09-09T02:18:30","modified_gmt":"2026-09-09T02:18:30","slug":"ringgit-mengukuh-berbanding-dolar-as","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ringgit-mengukuh-berbanding-dolar-as\/","title":{"rendered":"Ringgit mengukuh berbanding dolar AS"},"content":{"rendered":"<p>Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, disokong penyusutan mata wang negara maju itu ketika pasaran menilai prospek kadar faedah di AS dan Jepun.<\/p>\n<p>Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.0560\/4.0635 berbanding dolar AS daripada 4.0605\/4.0640 pada penutupan Selasa.<\/p>\n<p>Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, hasil Perbendaharaan AS yang lebih tinggi memberi petunjuk Rizab Persekutuan (Fed) mungkin mengekalkan kadar faedah penanda aras pada paras lebih tinggi ketika mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada 15 dan 16 September ini.<\/p>\n<p>\u201cLelongan nota Perbendaharaan AS bagi bil tempoh tiga bulan dan enam bulan masing-masing mencatatkan hasil lebih tinggi pada 3.80 peratus dan 3.89 peratus,\u201d katanya kepada Bernama.<\/p>\n<p>Pada masa sama, yen Jepun mengukuh kepada 153.53 yen berbanding dolar AS, mencerminkan jangkaan pasaran terhadap kemungkinan Bank of Japan (BOJ) menaikkan kadar dasar.<\/p>\n<p>Mohd Afzanizam berkata BOJ dijangka menaikkan kadar sebanyak 25 mata asas pada 18 September susulan prestasi ekonomi Jepun yang terus kukuh serta peningkatan inflasi.<\/p>\n<p>\u201cKeluaran Dalam Negara Kasar suku kedua 2026 Jepun mencatatkan kadar tahunan 1.4 peratus berbanding anggaran konsensus 1.1 peratus.<\/p>\n<p>\u201cSelain itu, pertumbuhan gaji dalam kalangan pekerja Jepun terus meningkat kepada 4.7 peratus tahun ke tahun pada Julai berbanding jangkaan pasaran sebanyak 3.9 peratus,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sementara itu, ahli strategi global Quintex Intel, Stephen Innes berkata pasaran melihat kemungkinan langkah Fed itu lebih kepada kenaikan kadar bagi tujuan perlindungan dan bukan permulaan kepada kitaran pengetatan dasar monetari yang panjang.<\/p>\n<p>\u201cPelabur berpandangan langkah ini boleh ditarik balik dalam tempoh singkat sebaik sahaja ketegangan di Asia Barat reda dan harga minyak kembali stabil menghampiri paras pertengahan US$80 setong,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Dalam dagangan awal, ringgit susut berbanding yen Jepun kepada 2.6437\/2.6488 daripada 2.6374\/2.6398, selain turun berbanding euro kepada 4.7167\/4.7254 dan pound Britain kepada 5.4934\/5.5036.<\/p>\n<p>Berbanding mata wang serantau, ringgit mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.3241\/12.3529, peso Filipina kepada 6.47\/6.49 dan rupiah Indonesia kepada 230.0\/230.5.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.2081\/3.2143 daripada 3.2073\/3.2104 pada penutupan sebelumnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, disokong penyusutan mata wang negara maju itu ketika pasaran menilai prospek kadar faedah di AS dan Jepun. Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.0560\/4.0635 berbanding dolar AS daripada 4.0605\/4.0640 pada penutupan Selasa. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":652,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[530,462,394],"authors":[],"class_list":["post-15228","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-as","tag-dolar","tag-ringgit"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15228","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15228"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15228\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15229,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15228\/revisions\/15229"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/652"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15228"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15228"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15228"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15228"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}