{"id":15241,"date":"2026-09-09T08:55:20","date_gmt":"2026-09-09T08:55:20","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15241"},"modified":"2026-09-09T08:55:20","modified_gmt":"2026-09-09T08:55:20","slug":"mb-negeri-sembilan-saya-tandatangan-proklamasi-secara-paksaan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/mb-negeri-sembilan-saya-tandatangan-proklamasi-secara-paksaan\/","title":{"rendered":"MB Negeri Sembilan: Saya tandatangan proklamasi secara paksaan"},"content":{"rendered":"<p>Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim menegaskan Surat Cara Proklamasi yang didakwa berkaitan usaha menurunkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, ditandatangani secara paksaan dan bukan atas kerelaan hatinya.<\/p>\n<p>Ismail berkata, beliau sudah membuat laporan polis pada kira-kira jam 6 petang semalam bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap perkara itu.<\/p>\n<p>&#8220;Saya ingin menjelaskan Surat Cara (Proklamasi) itu saya tandatangani tanpa rela hati dan secara paksaan (duress).<\/p>\n<p>&#8220;Saya membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan pihak berkuasa,&#8221; katanya dalam satu kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Menurut beliau, Kerajaan Negeri berpendirian dokumen berkenaan tidak memenuhi proses serta tatacara yang diperuntukkan di bawah Perkara 10 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 (UUTKNS).<\/p>\n<p>&#8220;Oleh itu, ia tidak sah, tidak berperlembagaan dan tidak boleh dikuatkuasakan,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Kontroversi itu tercetus selepas Sekretariat Undang Yang Empat pada Ahad lalu mengeluarkan kenyataan berhubung Sidang Khas Pengumuman Surat Cara Proklamasi Perkara 10 UUTKNS.<\/p>\n<p>Mereka mendakwa proklamasi berkaitan penurunan Tuanku Muhriz ditandatangani Ismail di Istana Laguna Biru, Port Dickson pada 3 Ogos lalu dan menuntut pentadbiran kerajaan negeri mematuhinya.<\/p>\n<p>Bagaimanapun, pendirian itu ditolak beberapa pihak dalam institusi adat Negeri Sembilan.<\/p>\n<p>Ismail berkata, Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bersidang malam tadi turut membincangkan penubuhan Jawatankuasa Pendamai sebagai wadah mencari penyelesaian terhadap isu adat secara harmoni dan berlandaskan semangat muafakat.<\/p>\n<p>Beliau turut merujuk Perkara 71 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan jaminan Persekutuan terhadap hak dan kedudukan Raja di sisi Perlembagaan.<\/p>\n<p>&#8220;Kerajaan negeri perlu mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan kemuliaan dan kedudukan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan terus terpelihara.<\/p>\n<p>&#8220;Saya sekali lagi menzahirkan sokongan penuh serta taat setia tidak berbelah bahagi kepada Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sah dan berdaulat,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Ismail mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar pada 2 Ogos lalu.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan berkaitan, Undang Luak Sungei Ujong, Dato&#8217; Klana Petra Muhammad Faris Johari menegaskan proklamasi yang ditandatangani Ismail pada 3 Ogos lalu tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan.<\/p>\n<p>Undang Luak Rembau, Datuk Sedia Raja Hassan Ab Hamid pula menegaskan kedudukan Tuanku Muhriz di atas takhta Negeri Sembilan sah, sempurna dan tidak tergugat oleh mana-mana dokumen atau dakwaan sebelah pihak.<\/p>\n<p>Kepala Adat Luak Jelebu, Ismail Mohd Zin turut berpandangan proklamasi itu tidak memberi kesan undang-undang terhadap kedudukan Tuanku Muhriz sebagai Raja Pemerintah Tertinggi Negeri Sembilan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim menegaskan Surat Cara Proklamasi yang didakwa berkaitan usaha menurunkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, ditandatangani secara paksaan dan bukan atas kerelaan hatinya. Ismail berkata, beliau sudah membuat laporan polis pada kira-kira jam 6 petang semalam bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap perkara itu. &#8220;Saya [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":13991,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[4644,1154,4923,3684],"authors":[],"class_list":["post-15241","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ismail-lasim","tag-negeri-sembilan","tag-surat-cara-proklamasi","tag-tuanku-muhriz-tuanku-munawir"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15241","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15241"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15241\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15242,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15241\/revisions\/15242"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/13991"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15241"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15241"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15241"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15241"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}