{"id":15243,"date":"2026-09-09T09:00:40","date_gmt":"2026-09-09T09:00:40","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15243"},"modified":"2026-09-09T09:00:40","modified_gmt":"2026-09-09T09:00:40","slug":"anwar-terkesan-kehilangan-juruterbang-zainol-afiq-dalam-nahas","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/anwar-terkesan-kehilangan-juruterbang-zainol-afiq-dalam-nahas\/","title":{"rendered":"Anwar terkesan kehilangan juruterbang Zainol Afiq dalam nahas"},"content":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengenang Allahyarham Kapten Zainol Afiq Bee Sham sebagai seorang yang sopan dan banyak membantu pergerakannya ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).<\/p>\n<p>Anwar berkata kenangan bersama Allahyarham kembali menyentuh perasaannya selepas beliau berpeluang menghubungi bapa juruterbang itu, Bee Sham Ahmad, hari ini.<\/p>\n<p>Dalam perbualan telefon yang dikongsikan menerusi Facebook beliau, Anwar menyifatkan Zainol Afiq sebagai seorang juruterbang yang sentiasa menjaga adab ketika memberikan perkhidmatan.<\/p>\n<p>&#8220;Dia seorang yang sopan, salam ketika saya naik, salam ketika turun helikopter. Doa bersama,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Perdana Menteri turut mengakui dirinya amat terkesan apabila ditunjukkan gambar Allahyarham ketika menerbangkan beliau sepanjang kempen PRU-15.<\/p>\n<p>&#8220;Tatkala menghimbau kenangan sewaktu Allahyarham bertanggungjawab menerbangkan saya ketika kempen PRU-15 lalu menjadikan saya sangat tersentuh dan mengesankan sanubari yang terdalam.<\/p>\n<p>&#8220;Teruji dengan kehilangan amat berat, lebih-lebih lagi buat keluarga dan anak-anak yang jauh masih kecil,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Menurut Anwar, keluarga Allahyarham berhasrat membawa jenazah Zainol Afiq pulang ke Negeri Sembilan, dan kerajaan akan membantu urusan berkenaan.<\/p>\n<p>Beliau turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga juruterbang itu serta semua keluarga mangsa yang terbabit dalam tragedi berkenaan.<\/p>\n<p>&#8220;Lantaran itu, Kerajaan MADANI akan memastikan segala bantuan dan keperluan keluarga Allahyarham serta keluarga mangsa lain didukung dan diberi pembelaan sewajarnya,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Anwar turut mendoakan agar keluarga mangsa diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran untuk menghadapi kehilangan itu.<\/p>\n<p>&#8220;Semoga Allah SWT mengasihani mereka, mengampun segala dosa mereka, melimpahkan rahmat ke atas roh mereka dan menempatkan mereka di kalangan para syuhada.<\/p>\n<p>&#8220;Malaysia meratapi pengorbanan dan limpah bakti mereka kepada negara,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Dalam kejadian semalam, sebuah helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas dan terbakar berhampiran Lapangan Terbang Long Lellang, Ulu Baram, Sarawak.<\/p>\n<p>Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan kejadian itu dan operasi mencari serta pengurusan mangsa dilaksanakan susulan nahas berkenaan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengenang Allahyarham Kapten Zainol Afiq Bee Sham sebagai seorang yang sopan dan banyak membantu pergerakannya ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Anwar berkata kenangan bersama Allahyarham kembali menyentuh perasaannya selepas beliau berpeluang menghubungi bapa juruterbang itu, Bee Sham Ahmad, hari ini. Dalam perbualan telefon yang dikongsikan menerusi Facebook beliau, Anwar [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":15222,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,4924,18],"authors":[4926,4927,4929,4925,4931,4928,4930],"class_list":["post-15243","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-kapten-zainol-afiq-bee-sham","tag-pmx","authors-fds","authors-helikopter","authors-kkm","authors-perkhidmatan-doktor-udara","authors-sarawak","authors-terhempas","authors-ulu-baram"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15243","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15243"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15243\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15244,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15243\/revisions\/15244"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/15222"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15243"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15243"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15243"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15243"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}