{"id":15256,"date":"2026-09-09T14:18:00","date_gmt":"2026-09-09T14:18:00","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15256"},"modified":"2026-09-09T14:18:06","modified_gmt":"2026-09-09T14:18:06","slug":"peguam-nafi-azeez-pilih-baju-lokap-gari","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/peguam-nafi-azeez-pilih-baju-lokap-gari\/","title":{"rendered":"Peguam nafi Azeez pilih baju lokap, gari"},"content":{"rendered":"<p>Peguam kepada Abdul Azeez Abdul Rahim menafikan dakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kononnya bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji itu berkeras untuk memakai baju lokap berwarna ungu dan gari ketika hadir di mahkamah hari ini.<\/p>\n<p>Peguamnya, Amer Hamzah Arshad berkata, Abdul Azeez pada awalnya dibenarkan memakai pakaian biasa sebelum dibawa keluar dari lokap polis.<\/p>\n<p>Menurutnya, anak guamnya kemudian diarahkan menukar pakaian kepada baju lokap berwarna ungu sebelum dibawa keluar, selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) Polis Diraja Malaysia (PDRM).<\/p>\n<p>\u201cAbdul Azeez kemudiannya dibawa ke Mahkamah Sesyen (Jenayah) 2 bagi permohonan reman oleh pihak polis dalam keadaan memakai pakaian tersebut. Mahkamah kemudian membenarkan perintah reman selama dua hari terhadap beliau.<\/p>\n<p>\u201cPada setiap masa berkenaan, anak guam kami kekal berada di bawah jagaan dan kawalan PDRM. Gari yang dipakaikan kepadanya juga dilakukan oleh pihak polis dan bukannya SPRM,\u201d katanya dalam kenyataan.<\/p>\n<p>Amer Hamzah berkata, selepas prosiding reman selesai, Abdul Azeez dibawa terus dari Mahkamah Sesyen (Jenayah) 2 ke Mahkamah Sesyen (Jenayah) 9 bagi menghadapi pertuduhan oleh SPRM.<\/p>\n<p>Katanya, sepanjang tempoh itu termasuk ketika dipindahkan antara kedua-dua mahkamah, Abdul Azeez kekal dalam tahanan polis dan tidak diberikan peluang menukar pakaian lokap.<\/p>\n<p>\u201cBeliau tidak dibebaskan daripada tahanan polis antara kedua-dua prosiding tersebut dan tidak diberikan sebarang peluang untuk menukar pakaian lokap sebelum dibawa ke Mahkamah Sesyen (Jenayah) 9,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Peguam itu turut melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan SPRM yang mendakwa Abdul Azeez memilih atau berkeras untuk memakai pakaian lokap serta gari ketika hadir di mahkamah.<\/p>\n<p>\u201cSebarang dakwaan bahawa Abdul Azeez secara sukarela memilih untuk tampil dalam keadaan tersebut adalah tidak benar dan memberikan gambaran yang mengelirukan mengenai keadaan sebenar ketika beliau dibawa ke mahkamah,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Terdahulu, SPRM mendakwa Abdul Azeez memilih untuk memakai baju lokap PDRM berwarna ungu dan bergari ketika hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.<\/p>\n<p>Menurut SPRM, beliau sudah dinasihati pegawai SPRM, polis yang mengiringinya serta peguamnya supaya menukar kepada pakaian biasa dan tidak perlu memakai gari.<\/p>\n<p>\u201cBagaimanapun, beliau berkeras untuk kekal memakai pakaian lokap dan juga gari berkenaan sehingga proses pertuduhan selesai dibacakan,\u201d menurut SPRM.<\/p>\n<p>Abdul Azeez sebelum ini berdepan siasatan SPRM dan kembali ditahan bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan rasuah. Beliau kemudian dibawa ke mahkamah untuk prosiding reman sebelum menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen.<\/p>\n<p>Amer Hamzah berkata pihaknya mengekalkan semua hak undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menerbitkan atau menyebarkan naratif didakwa palsu atau mengelirukan mengenai kejadian itu.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Peguam kepada Abdul Azeez Abdul Rahim menafikan dakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kononnya bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji itu berkeras untuk memakai baju lokap berwarna ungu dan gari ketika hadir di mahkamah hari ini. Peguamnya, Amer Hamzah Arshad berkata, Abdul Azeez pada awalnya dibenarkan memakai pakaian biasa sebelum dibawa keluar dari lokap polis. Menurutnya, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14416,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[4609,2579,4932,58,43,1251,21],"authors":[],"class_list":["post-15256","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-azeez-rahim","tag-gari","tag-lokap","tag-mahkamah","tag-pdrm","tag-peguam","tag-sprm"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15256","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15256"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15256\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15268,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15256\/revisions\/15268"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/14416"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15256"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15256"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15256"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15256"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}