{"id":15280,"date":"2026-09-10T05:05:39","date_gmt":"2026-09-10T05:05:39","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15280"},"modified":"2026-09-10T05:06:29","modified_gmt":"2026-09-10T05:06:29","slug":"siapa-pegang-tangan-mb-negeri-sembilan-soal-mahfuz","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/siapa-pegang-tangan-mb-negeri-sembilan-soal-mahfuz\/","title":{"rendered":"Siapa pegang tangan MB Negeri Sembilan soal Mahfuz"},"content":{"rendered":"<p>\u201cSiapa yang pegang tangan Menteri Besar?\u201d\u00a0Persoalan itu kini dilemparkan Mahfuz Omar selepas Ismail Lasim mendakwa beliau dipaksa menandatangani Surat Cara Proklamasi yang dikaitkan dengan usaha menyingkirkan Tuanku Muhriz sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Mahfuz berkata persoalan itu wajar dijawab secara terbuka selepas Ismail mengakui menandatangani dokumen berkenaan, namun mendakwa tandatangan dibuat tanpa kerelaan dan secara paksaan atau <em>duress<\/em>.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Menurutnya, Ismail juga telah membuat laporan polis pada 8 September lalu dan memaklumkan dokumen itu tidak memenuhi proses Perkara 10 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cSaya menghormati penjelasan beliau dan menyerahkan dakwaan paksaan itu kepada siasatan pihak berkuasa.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cNamun persoalan rakyat tetap perlu dijawab: jika benar dipaksa, siapa yang memaksa? Jika tidak bersetuju, mengapa tandatangan diberikan?\u201d katanya dalam kenyataan.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Mahfuz turut mempersoalkan mengapa Ismail yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di hadapan Tuanku Muhriz pada 2 Ogos lalu didakwa menandatangani dokumen berkaitan kedudukan Tuanku Muhriz pada keesokan harinya.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Katanya, laporan polis hanya dibuat pada 8 September sebelum dakwaan paksaan itu dijelaskan kepada media sehari kemudian.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cJika dokumen itu tidak sah, siapa yang meminta atau mengarahkan ia ditandatangani?<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cIni bukan tandatangan pada dokumen biasa. Ia menyentuh institusi Raja dan Perlembagaan negeri,\u201d katanya.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Mahfuz turut mengaitkan perkembangan itu dengan krisis politik Negeri Sembilan sebelum ini apabila 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO-BN dilaporkan menarik sokongan terhadap Menteri Besar ketika itu, Aminuddin Harun, pada 27 April lalu.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Menurutnya, tindakan berkenaan ketika itu dikaitkan dengan isu institusi adat dan Perlembagaan negeri sehingga mencetuskan ketegangan politik.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cPersoalannya, mengapa krisis adat yang sepatutnya diselesaikan melalui saluran adat, Perlembagaan dan undang-undang akhirnya dijadikan krisis politik?\u201d katanya.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Beliau berkata pimpinan politik sepatutnya berusaha meredakan keadaan dan mengutamakan keharmonian, bukannya menggunakan isu adat sebagai ruang untuk perebutan kuasa.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Mahfuz menyifatkan perkembangan terkini sebagai sesuatu yang ironik apabila Menteri Besar daripada UMNO pula berada dalam kemelut berkaitan isu adat sama dan mendakwa tandatangannya diperoleh secara paksaan.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cDulu krisis adat dijadikan senjata untuk menjatuhkan MB. Hari ini MB sendiri mendakwa tandatangannya dipaksa.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cKalau MB cuma pena, rakyat berhak tahu siapa yang memegang tangannya?\u201d katanya.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Mahfuz menegaskan sebarang pertikaian berkaitan Perlembagaan perlu diselesaikan mengikut Perlembagaan, manakala persoalan undang-undang hendaklah diserahkan kepada proses perundangan.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Katanya, institusi Raja dan adat Negeri Sembilan tidak wajar dijadikan bahan permainan politik kerana rakyat memerlukan kestabilan, bukannya perebutan kuasa.<\/p>\n<p>Perkembangan itu tercetus selepas Ismail tampil menjelaskan beliau menandatangani dokumen proklamasi berkenaan di bawah tekanan dan tanpa persetujuan, selain membuat laporan polis untuk membolehkan perkara itu disiasat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>\u201cSiapa yang pegang tangan Menteri Besar?\u201d\u00a0Persoalan itu kini dilemparkan Mahfuz Omar selepas Ismail Lasim mendakwa beliau dipaksa menandatangani Surat Cara Proklamasi yang dikaitkan dengan usaha menyingkirkan Tuanku Muhriz sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Mahfuz berkata persoalan itu wajar dijawab secara terbuka selepas Ismail mengakui menandatangani dokumen berkenaan, namun mendakwa tandatangan dibuat tanpa kerelaan dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":1211,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[3940,4644,3300,1154,3684,3683],"authors":[],"class_list":["post-15280","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-bn-umno","tag-ismail-lasim","tag-mahfuz-omar","tag-negeri-sembilan","tag-tuanku-muhriz-tuanku-munawir","tag-yang-dipertuan-besar-negeri-sembilan"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15280","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15280"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15280\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15282,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15280\/revisions\/15282"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1211"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15280"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15280"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15280"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15280"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}