{"id":15283,"date":"2026-09-10T05:42:51","date_gmt":"2026-09-10T05:42:51","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15283"},"modified":"2026-09-10T06:06:22","modified_gmt":"2026-09-10T06:06:22","slug":"penyatuan-ummah-bukan-untuk-pinggir-bukan-melayu-akmal","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/penyatuan-ummah-bukan-untuk-pinggir-bukan-melayu-akmal\/","title":{"rendered":"Penyatuan ummah bukan untuk pinggir bukan Melayu \u2013 Akmal"},"content":{"rendered":"<p>Membela Melayu bukan bermakna memusuhi bukan Melayu dan memartabatkan Islam pula bukan alasan untuk menafikan hak agama lain.<\/p>\n<p>Tegas Ketua Pemuda UMNO, Muhamad Akmal Saleh pihaknya bersedia menjadi benteng parti bagi memastikan agenda penyatuan ummah tidak berakhir sebagai retorik politik, sebaliknya diterjemahkan melalui pelaksanaan yang memberi manfaat kepada seluruh rakyat.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cApabila bercakap mengenai penyatuan ummah, saya mahu ingatkan sahabat Cina dan India bahawa ia bukanlah ancaman kepada sesiapa.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cMembela Melayu bukan bererti mahu bermusuh dengan bukan Melayu, manakala memartabatkan Islam bukan bererti menafikan hak penganut lain kerana dalam Islam, kita diajar kepimpinan kuat mesti berlaku adil kepada seluruh rakyat,\u201d katanya.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Ketua Pemuda UMNO sempena Perhimpunan Agung sayap itu di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Akmal turut menegaskan Barisan Nasional (BN) mempunyai rekod dalam memastikan kerjasama politik tidak menghakis identiti parti komponen serta kaum yang diwakilinya.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cJangan risau sahabat dari kaum Cina dan India. BN sudah ada bukti.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cHari ini, MCA tidak pernah kehilangan identiti Cinanya, MIC tidak pernah kehilangan identiti Indianya dan PBRS juga tidak pernah hilang jati diri Bumiputeranya,\u201d katanya.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Menurutnya, perjuangan membela kepentingan Melayu dan memartabatkan Islam tidak sepatutnya ditafsirkan sebagai usaha meminggirkan kaum atau agama lain.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Sebaliknya, beliau berkata kekuatan kepimpinan perlu diterjemahkan melalui keadilan kepada seluruh rakyat, selaras dengan prinsip yang didukung Islam.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Perhimpunan itu turut dihadiri Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden, Mohamad Hasan; Naib Presiden, Khaled Nordin serta beberapa pemimpin tertinggi UMNO.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Turut hadir Naib Ketua Pemuda UMNO, Mohd Hairi Mad Shah; Setiausaha Pemuda UMNO, Mohd Hafiz Ariffin; Ketua Pemuda MCA, Ling Tian Soon; Ketua Pemuda MIC, Arvind Krishnan dan Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden.<\/p>\n<p>Agenda penyatuan ummah antara UMNO dan PAS kembali mendapat perhatian susulan usaha memperkukuh kerjasama politik Melayu-Islam, dengan kedua-dua parti mempunyai sejarah kerjasama melalui Muafakat Nasional.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Membela Melayu bukan bermakna memusuhi bukan Melayu dan memartabatkan Islam pula bukan alasan untuk menafikan hak agama lain. Tegas Ketua Pemuda UMNO, Muhamad Akmal Saleh pihaknya bersedia menjadi benteng parti bagi memastikan agenda penyatuan ummah tidak berakhir sebagai retorik politik, sebaliknya diterjemahkan melalui pelaksanaan yang memberi manfaat kepada seluruh rakyat. \u201cApabila bercakap mengenai penyatuan ummah, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":15284,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[120,1189,4933,4935,146,4590],"authors":[],"class_list":["post-15283","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-akmal-saleh","tag-dr-akmal-saleh","tag-pau-2026","tag-penyatuan-ummah","tag-umno","tag-umno-pas"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15283","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15283"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15283\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15285,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15283\/revisions\/15285"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/15284"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15283"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15283"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15283"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15283"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}