{"id":15289,"date":"2026-09-10T06:56:36","date_gmt":"2026-09-10T06:56:36","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15289"},"modified":"2026-09-10T06:56:36","modified_gmt":"2026-09-10T06:56:36","slug":"danish-cabar-asyraf-tunjuk-ayat-ph-pertikai-kuasa-agong","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/danish-cabar-asyraf-tunjuk-ayat-ph-pertikai-kuasa-agong\/","title":{"rendered":"Danish cabar Asyraf tunjuk ayat PH pertikai kuasa Agong"},"content":{"rendered":"<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cAyat mana PH pertikai kuasa pengampunan Agong?\u201d Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Danish Hairudin mencabar Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki menunjukkan bahagian dalam kenyataan Pakatan Harapan (PH) yang didakwa mengetepikan kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong terhadap bekas Perdana Menteri, Najib Tun Razak.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Danish berkata, kenyataan PH jelas hanya menyentuh isu rasuah, salah guna kuasa, hukuman mahkamah dan prinsip kedaulatan undang-undang tanpa mempersoalkan kuasa pengampunan yang diperuntukkan kepada Yang di-Pertuan Agong.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cSaya cuma mahu tanya satu perkara, ayat mana dalam kenyataan Pakatan Harapan yang mempertikaikan kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong?<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cJangan letakkan perkataan yang tidak pernah disebut oleh PH,\u201d katanya menerusi kenyataan yang dikongsikan di media sosial.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Menurutnya, PH tetap menjunjung Perlembagaan dan menghormati institusi Yang di-Pertuan Agong, selain mempertahankan pendirian terhadap rasuah dan salah guna kuasa.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cItu pendirian terhadap rasuah. Bukan serangan terhadap institusi Raja,\u201d katanya.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Danish berkata, pendirian itu merujuk kepada kenyataan PH sebelum ini yang menegaskan individu yang disabitkan kesalahan rasuah atau salah guna kuasa, khususnya dalam kes berprofil tinggi, perlu menjalani hukuman yang diputuskan mahkamah.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Sebelum ini, Asyraf mempersoalkan pendirian berkenaan dan menyifatkannya seolah-olah mengetepikan kuasa pengampunan yang diperuntukkan kepada Yang di-Pertuan Agong.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Bagaimanapun, Asyraf turut menegaskan UMNO tidak mahu mendahului pertimbangan Lembaga Pengampunan dalam perkara berkenaan.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Isu itu kembali menjadi perhatian ketika persoalan mengenai pengampunan Najib dibangkitkan semula, susulan pendirian PH mengenai hukuman terhadap pesalah rasuah serta kepentingan mempertahankan kedaulatan undang-undang.<\/p>\n<p>Danish menegaskan perbahasan mengenai rasuah tidak seharusnya dialihkan kepada persoalan institusi Raja sekiranya tiada kenyataan PH yang mempertikaikan kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>\u201cAyat mana PH pertikai kuasa pengampunan Agong?\u201d Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Danish Hairudin mencabar Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki menunjukkan bahagian dalam kenyataan Pakatan Harapan (PH) yang didakwa mengetepikan kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong terhadap bekas Perdana Menteri, Najib Tun Razak. Danish berkata, kenyataan PH jelas hanya menyentuh isu rasuah, salah guna [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":8262,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[164,3389,4154,952,4937,4936,811,347,146],"authors":[],"class_list":["post-15289","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-amk","tag-amk-danish","tag-asyraf-wajdi-dusuki","tag-danish-hairudin","tag-institusi-raja","tag-kuasa-agong","tag-najib-razak","tag-ph","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15289","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15289"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15289\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15290,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15289\/revisions\/15290"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/8262"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15289"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15289"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15289"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15289"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}