{"id":15300,"date":"2026-09-11T02:51:52","date_gmt":"2026-09-11T02:51:52","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15300"},"modified":"2026-09-11T02:52:08","modified_gmt":"2026-09-11T02:52:08","slug":"jangan-takut-rci-tabung-haji-jika-tidak-salah-kata-amk-kepada-umno","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/jangan-takut-rci-tabung-haji-jika-tidak-salah-kata-amk-kepada-umno\/","title":{"rendered":"Jangan takut RCI Tabung Haji jika tidak salah, kata AMK kepada UMNO"},"content":{"rendered":"<p>UMNO sepatutnya melihat ketegasan Perdana Menteri dalam membanteras rasuah sebagai peluang untuk membersihkan imej parti, bukannya menganggapnya sebagai ancaman.<\/p>\n<p>Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd Shafiq Iqram Abdullah berkata, UMNO wajar bersyukur dan berterima kasih kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim serta Kerajaan Madani kerana mengambil tindakan tegas tanpa memilih bulu dalam soal rasuah dan salah guna kuasa.<\/p>\n<p>Menurutnya, pendirian itu boleh menjadi ruang untuk UMNO melakukan perubahan terhadap budaya politik yang sekian lama dikaitkan dengan isu integriti.<\/p>\n<p>\u201cUMNO sudah terlalu lama dibebani persepsi rasuah dan salah guna kuasa, termasuk selepas bekas presidennya sendiri disabitkan kesalahan dan menjalani hukuman penjara.<\/p>\n<p>\u201cApabila Perdana Menteri menegaskan tiada siapa harus kebal daripada tindakan undang-undang, UMNO sepatutnya menyambutnya sebagai peluang untuk membersihkan parti daripada budaya lama,\u201d katanya dalam kenyataan hari ini.<\/p>\n<p>Beliau berkata, jika UMNO mahu membina semula keyakinan rakyat, kesetiaan kepada parti tidak boleh mengatasi prinsip integriti dan kedaulatan undang-undang.<\/p>\n<p>Kenyataan itu dibuat ketika isu penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji (TH) menjadi perhatian, susulan beberapa tindakan undang-undang terhadap pemimpin UMNO.<\/p>\n<p>Sebelum ini, bekas Ahli Parlimen UMNO dan bekas Pengerusi Lembaga TH, Abdul Azeez Abdul Rahim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menggunakan kedudukan berkaitan pelaburan RM193.5 juta dalam Putrajaya Perdana Berhad.<\/p>\n<p>Pemimpin UMNO, Jamil Khir Baharom pula dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 14 September ini.<\/p>\n<p>Mohd Shafiq berkata, RCI TH perlu dilihat secara matang kerana penubuhannya tidak bermaksud mana-mana individu sudah dihukum atau didapati bersalah.<\/p>\n<p>Sebaliknya, katanya, RCI memberi ruang untuk fakta berkaitan tadbir urus, keputusan pelaburan serta kepentingan pendeposit diteliti secara bebas.<\/p>\n<p>\u201cTabung Haji ialah institusi yang membawa amanah besar kepada umat Islam dan mempunyai kepentingan awam yang sangat besar.<\/p>\n<p>\u201cJika terdapat kelemahan, ia perlu diperbetulkan. Jika berlaku kesalahan, pihak bertanggungjawab mesti berdepan dengan undang-undang. Jika tiada kesalahan, dapatan RCI pula boleh membersihkan nama mereka yang tidak bersalah,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Beliau turut menggesa UMNO supaya tidak menganggap setiap siasatan atau tindakan antirasuah terhadap pemimpinnya sebagai serangan politik.<\/p>\n<p>\u201cKalau pemimpin bersih, tiada apa yang perlu ditakutkan. Kalau berlaku kesalahan, biarlah undang-undang menentukan tanpa mengira parti atau kedudukan.<\/p>\n<p>\u201cKetegasan Anwar boleh menjadi titik perubahan kepada UMNO. Jika parti itu mahu kembali relevan, budaya lama perlu ditinggalkan,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>UMNO sepatutnya melihat ketegasan Perdana Menteri dalam membanteras rasuah sebagai peluang untuk membersihkan imej parti, bukannya menganggapnya sebagai ancaman. Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd Shafiq Iqram Abdullah berkata, UMNO wajar bersyukur dan berterima kasih kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim serta Kerajaan Madani kerana mengambil tindakan tegas tanpa memilih bulu dalam soal rasuah dan salah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":14904,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[164,4846,24,828,21,1314,146],"authors":[],"class_list":["post-15300","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-amk","tag-mohd-shafiq-iqram-abdullah","tag-rasuah","tag-rci","tag-sprm","tag-tabung-haji","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15300","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15300"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15300\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15307,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15300\/revisions\/15307"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/14904"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15300"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15300"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15300"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15300"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}