{"id":15308,"date":"2026-09-11T02:53:30","date_gmt":"2026-09-11T02:53:30","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15308"},"modified":"2026-09-11T02:53:30","modified_gmt":"2026-09-11T02:53:30","slug":"syabu-dadah-utama-diseludup-dari-thailand-bukit-aman","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/syabu-dadah-utama-diseludup-dari-thailand-bukit-aman\/","title":{"rendered":"Syabu dadah utama diseludup dari Thailand: Bukit Aman"},"content":{"rendered":"<p>Syabu menjadi dadah paling banyak diseludup masuk ke Malaysia melalui sempadan Thailand dengan anggaran kira-kira 70 peratus daripada keseluruhan rampasan di laluan berkenaan.<\/p>\n<p>Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Hussein Omar Khan berkata, ganja turut antara dadah yang kerap dibawa masuk melalui sempadan utara negara.<\/p>\n<p>Menurutnya, Malaysia bukan sekadar dijadikan negara transit oleh sindiket, malah turut menjadi sasaran untuk dijadikan hab pemprosesan dadah.<\/p>\n<p>&#8220;Sekitar 70 peratus dadah masuk ke Malaysia melalui sempadan Thailand adalah syabu. Ganja juga antara dadah yang diseludup masuk.<\/p>\n<p>&#8220;Kebanyakan dadah ini kemudiannya dibawa keluar dari Malaysia ke negara seperti Indonesia dan Filipina,&#8221; katanya kepada pemberita selepas lawatan ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Bachok, Kelantan, semalam.<\/p>\n<p>Hussein berkata, bunga ganja pula kebanyakannya diseludup ke negara Eropah susulan permintaan tinggi terhadap bahan terlarang berkenaan.<\/p>\n<p>Dalam masa sama, beliau berkata polis terus bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand dan Indonesia bagi membanteras kegiatan penyeludupan dadah, termasuk menerusi perkongsian risikan.<\/p>\n<p>Menurutnya, JSJN turut memberi perhatian terhadap usaha sindiket menjadikan Malaysia sebagai pusat pemprosesan dadah dengan membawa masuk bahan prekursor dari luar negara.<\/p>\n<p>&#8220;Kita tahu Malaysia negara transit dan banyak dadah dibawa masuk dari bahagian utara negara. Terdapat juga cubaan sindiket untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pemprosesan dadah dengan membawa masuk bahan prekursor dari negara seperti China.<\/p>\n<p>&#8220;Sindiket ini menggunakan pelbagai kaedah untuk membawa masuk bahan berkenaan sebelum memproses dadah di sini,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Hussein berkata, polis akan terus memantau pergerakan sindiket selain melumpuhkan makmal pemprosesan dadah dan menggagalkan cubaan membawa keluar bahan terlarang dari negara ini.<\/p>\n<p>Mengulas kemungkinan terdapat makmal dadah lain di negara ini, beliau berkata perkara itu masih dalam siasatan.<\/p>\n<p>Pada 15 Ogos lalu, JSJN menyerbu sebuah makmal pemprosesan dadah berskala besar di Puncak Alam, Selangor menerusi Op Eumenes.<\/p>\n<p>Serbuan itu membawa kepada rampasan lebih 13 tan MDMA dalam bentuk cecair dan serbuk serta beberapa jenis dadah lain dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM2.4 bilion.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Syabu menjadi dadah paling banyak diseludup masuk ke Malaysia melalui sempadan Thailand dengan anggaran kira-kira 70 peratus daripada keseluruhan rampasan di laluan berkenaan. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Hussein Omar Khan berkata, ganja turut antara dadah yang kerap dibawa masuk melalui sempadan utara negara. Menurutnya, Malaysia bukan sekadar dijadikan negara transit oleh [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9238,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[1213,511,920,1581,4938,1073],"authors":[],"class_list":["post-15308","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-bukit-aman","tag-dadah","tag-hussein-omar-khan","tag-seludup","tag-syabu","tag-thailand"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15308","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15308"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15308\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15309,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15308\/revisions\/15309"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/9238"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15308"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15308"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15308"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15308"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}