{"id":15329,"date":"2026-09-11T05:55:19","date_gmt":"2026-09-11T05:55:19","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15329"},"modified":"2026-09-11T05:55:19","modified_gmt":"2026-09-11T05:55:19","slug":"pru16-zahid-mahu-mandat-dikembali-kepada-rakyat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/pru16-zahid-mahu-mandat-dikembali-kepada-rakyat\/","title":{"rendered":"PRU16: Zahid mahu mandat dikembali kepada rakyat"},"content":{"rendered":"<p class=\"isSelectedEnd\">Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi mendesak Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) disegerakan sebelum tempoh Parlimen Penggal Ke-15 berakhir tahun depan.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, mandat perlu dikembalikan kepada rakyat dan UMNO bersedia berdepan mana-mana lawan politik di medan PRU16.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cIni bukan desakan mahupun harapan, tetapi ini adalah kehendak rakyat. Cukup-cukuplah, beri peluang kepada kami pula.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cAlang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Alang-alang hendak lawan, kita lawan. Walaupun DNA kita memimpin, kemenangan tidak datang bergolek, selain perlu memahami strategi dan realiti persekitaran semasa,\u201d katanya.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2026 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) pada masa sama memberi bayangan gabungan itu bakal melalui evolusi, mengambil kira kemungkinan wujud kerjasama strategik dengan parti tertentu.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Tanpa menyebut mana-mana parti, beliau menggunakan gambaran warna politik untuk menjelaskan perubahan yang mungkin berlaku dalam landskap kerjasama BN.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cApabila \u2018biru\u2019 bertemu \u2018hijau\u2019, sudah tentu akan berlaku perubahan \u2018warna\u2019 asal,\u201d katanya.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Kenyataan itu hadir ketika hubungan UMNO dan PAS kembali menjadi perhatian selepas beberapa pimpinan tertinggi PAS hadir pada PAU 2026, termasuk Naib Presiden PAS, Idris Ahmad; Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hassan; Ketua Penerangan, Ahmad Fadhli Shaari serta Mohd Syahir Che Sulaiman.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Kehadiran pimpinan PAS itu dilihat sebagai perkembangan penting susulan kunjungan balas selepas Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki menghadiri Muktamar Tahunan PAS ke-72 di Kelantan minggu lalu.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">UMNO dan PAS sebelum ini pernah menjalinkan kerjasama politik menerusi Muafakat Nasional (MN) pada 2019 sebelum hubungan kedua-dua parti berubah susulan perkembangan politik selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).<\/p>\n<p>Tempoh Parlimen Penggal Ke-15 dijangka berakhir pada 2027, sekali gus memberi ruang kepada kerajaan untuk menentukan masa sesuai bagi PRU16.<\/p>\n<p>Gesaan Ahmad Zahid kali ini memperlihatkan UMNO mahu parti bersiap lebih awal menghadapi persaingan politik pada pilihan raya akan datang.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi mendesak Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) disegerakan sebelum tempoh Parlimen Penggal Ke-15 berakhir tahun depan. Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, mandat perlu dikembalikan kepada rakyat dan UMNO bersedia berdepan mana-mana lawan politik di medan PRU16. \u201cIni bukan desakan mahupun harapan, tetapi ini adalah kehendak rakyat. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":15325,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[147,3940,4029,4942,146],"authors":[],"class_list":["post-15329","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ahmad-zahid-hamidi","tag-bn-umno","tag-pilihan-raya-umum","tag-pru16","tag-umno"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15329","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15329"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15329\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15330,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15329\/revisions\/15330"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/15325"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15329"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15329"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15329"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15329"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}