{"id":15333,"date":"2026-09-11T06:53:37","date_gmt":"2026-09-11T06:53:37","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15333"},"modified":"2026-09-11T06:53:37","modified_gmt":"2026-09-11T06:53:37","slug":"kerajaan-setuju-tambah-kerusi-parlimen-sabah-sarawak-pmx","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/kerajaan-setuju-tambah-kerusi-parlimen-sabah-sarawak-pmx\/","title":{"rendered":"Kerajaan setuju tambah kerusi Parlimen Sabah, Sarawak: PMX"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan bersetuju meningkatkan nisbah perwakilan Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak melebihi kadar semasa, selaras semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).<\/p>\n<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata keputusan itu pada prinsipnya sudah dipersetujui Jemaah Menteri dalam mesyuarat Rabu lalu, termasuk keperluan meminda Perlembagaan bagi membolehkan peningkatan perwakilan dari kedua-dua negeri berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cSekarang ini tentunya kurang. Jadi keputusan kita adalah mesti menambah nisbah Sabah, Sarawak.<\/p>\n<p>\u201cKeputusan ini penting dan telah kita persetujui pada prinsip lebih awal dalam mesyuarat Jemaah Menteri, Rabu yang lalu,\u201d katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), hari ini.<\/p>\n<p>Mesyuarat itu turut dihadiri Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor dan Premier Sarawak Abang Johari Tun Openg.<\/p>\n<p>Menurut Anwar, usaha berkenaan bukan hanya tertumpu kepada penambahan jumlah kerusi Parlimen, tetapi turut membabitkan peningkatan nisbah perwakilan Sabah dan Sarawak dalam Dewan Rakyat.<\/p>\n<p>Ditanya sama ada kerajaan menyasarkan 40 peratus kerusi Parlimen diperuntukkan kepada Sabah dan Sarawak, Anwar berkata mekanisme serta jumlah sebenar masih perlu dibincangkan bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).<\/p>\n<p>Beliau turut mengakui belum dapat memastikan sama ada perubahan itu sempat dilaksanakan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang kerana ia memerlukan rundingan serta proses pindaan Perlembagaan.<\/p>\n<p>Dalam perkembangan sama, mesyuarat MTPMA63 turut membincangkan usaha mempercepatkan penambahan perjawatan dan proses Borneonisasi Perkhidmatan Awam Persekutuan di Sabah serta Sarawak.<\/p>\n<p>Anwar berkata pelaksanaan berkenaan selari dengan perkara yang diperakui menerusi MA63 dan Suruhanjaya Cobbold.<\/p>\n<p>\u201cFasa pertama pelaksanaan perkara itu telah diselesaikan, manakala fasa kedua akan disegerakan termasuk pelantikan anak Sabah dan Sarawak ke jawatan utama,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Isu peningkatan perwakilan Parlimen Sabah dan Sarawak menjadi antara tuntutan utama berkaitan MA63, khususnya bagi memastikan kedudukan kedua-dua wilayah itu dalam struktur Persekutuan lebih mencerminkan semangat pembentukan Malaysia pada 1963.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan bersetuju meningkatkan nisbah perwakilan Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak melebihi kadar semasa, selaras semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata keputusan itu pada prinsipnya sudah dipersetujui Jemaah Menteri dalam mesyuarat Rabu lalu, termasuk keperluan meminda Perlembagaan bagi membolehkan peningkatan perwakilan dari kedua-dua negeri berkenaan. \u201cSekarang ini tentunya kurang. Jadi keputusan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":15334,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,100,309,2635,18,102,158],"authors":[],"class_list":["post-15333","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-kerusi","tag-parlimen","tag-perjanjian-malaysia-1963","tag-pmx","tag-sabah","tag-sarawak"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15333","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15333"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15333\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15335,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15333\/revisions\/15335"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/15334"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15333"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15333"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15333"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15333"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}