{"id":15336,"date":"2026-09-11T06:57:46","date_gmt":"2026-09-11T06:57:46","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15336"},"modified":"2026-09-11T06:57:46","modified_gmt":"2026-09-11T06:57:46","slug":"ma63-perlu-jadi-agenda-nasional-anwar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/ma63-perlu-jadi-agenda-nasional-anwar\/","title":{"rendered":"MA63 perlu jadi agenda nasional: Anwar"},"content":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim mahu pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dilihat sebagai agenda nasional dan bukan lagi isu yang hanya berkait dengan Sabah serta Sarawak.<\/p>\n<p>Menurut Anwar, pendekatan itu penting bagi memastikan rakyat di seluruh negara memahami MA63 sebagai sebahagian daripada komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh pembangunan, kestabilan dan keutuhan Malaysia.<\/p>\n<p>Beliau berkata, isu MA63 perlu dibincangkan dalam kerangka lebih luas supaya rakyat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak melihatnya sebagai sebahagian daripada dasar serta komitmen negara.<\/p>\n<p>\u201cSaya dah cadangkan supaya perbincangan MA63 itu dijadikan naratif nasional. Ia amat penting sebab kalau tidak, ia jadi macam sektoral. Setiap tahun kita kena bincang khas Sabah, Sarawak. Tidak.<\/p>\n<p>\u201cIni merupakan komitmen negara tentang pembangunan, tentang kestabilan, tentang apa kita janji kemerdekaan Malaysia,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Anwar berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Tahun 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), hari ini.<\/p>\n<p>Beliau turut menegaskan rakyat di Semenanjung tidak seharusnya melihat penambahan peruntukan atau pelaksanaan perkara berkaitan MA63 sebagai keistimewaan khusus untuk Sabah dan Sarawak.<\/p>\n<p>Sebaliknya, katanya, perkara itu perlu dilihat sebagai usaha memenuhi komitmen yang dibuat ketika pembentukan Malaysia.<\/p>\n<p>\u201cKita kena ajak rakyat Malaysia agar tidak bicara soal kaum dia sahaja atau parti dia sahaja atau kelompok dia, tetapi bicara sebagai satu wacana untuk memberikan keutuhan kepada negara,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Sementara itu, Premier Sarawak Abang Johari Tun Openg menyokong cadangan supaya MA63 dijadikan sebahagian daripada naratif nasional.<\/p>\n<p>Menurut beliau, pendekatan itu dapat membantu menyelaraskan perkara yang termaktub dalam Perlembagaan dengan usaha memperkukuh kesatuan negara.<\/p>\n<p>\u201cKita hendak menyelaraskan apa yang termaktub dalam Perlembagaan dan juga keutuhan negara Malaysia sebagai a united nation, a united Malaysia yang akan meneruskan usaha kita untuk membangunkan negara,\u201d katanya.<\/p>\n<p>MA63 menjadi asas pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 yang menyaksikan penyertaan Sabah dan Sarawak bersama Persekutuan Tanah Melayu serta Singapura sebelum Singapura keluar daripada Malaysia pada 1965.<\/p>\n<p>Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pelaksanaan hak dan tuntutan berkaitan MA63 terus menjadi antara agenda utama dalam hubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Sabah dan Sarawak.<\/p>\n<p>Pendekatan menjadikan MA63 sebagai naratif nasional dilihat dapat mengubah persepsi terhadap isu berkenaan daripada tuntutan wilayah kepada agenda bersama untuk memperkukuh struktur Persekutuan dan pembangunan negara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Perdana Menteri Anwar Ibrahim mahu pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dilihat sebagai agenda nasional dan bukan lagi isu yang hanya berkait dengan Sabah serta Sarawak. Menurut Anwar, pendekatan itu penting bagi memastikan rakyat di seluruh negara memahami MA63 sebagai sebahagian daripada komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh pembangunan, kestabilan dan keutuhan Malaysia. Beliau berkata, isu MA63 [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":15337,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[13,2349,285,2635,18,102,158],"authors":[],"class_list":["post-15336","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-anwar","tag-ma63","tag-madani","tag-perjanjian-malaysia-1963","tag-pmx","tag-sabah","tag-sarawak"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15336","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15336"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15336\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15338,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15336\/revisions\/15338"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/15337"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15336"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15336"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15336"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15336"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}