{"id":1534,"date":"2025-07-15T06:33:39","date_gmt":"2025-07-15T06:33:39","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=1534"},"modified":"2025-07-15T06:33:39","modified_gmt":"2025-07-15T06:33:39","slug":"6-anggota-pengasas-majlis-media-terima-watikah-tanda-bermula-era-baharu-media","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/6-anggota-pengasas-majlis-media-terima-watikah-tanda-bermula-era-baharu-media\/","title":{"rendered":"6 anggota pengasas Majlis Media terima watikah, tanda bermula era baharu media"},"content":{"rendered":"<p>Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyampaikan watikah pelantikan kepada enam daripada 12 anggota lembaga pengasas Majlis Media Malaysia (MMM) di Putrajaya hari ini.<\/p>\n<p>Penyerahan watikah itu menandakan secara rasmi permulaan MMM yang menjadi badan kawal selia dan semak imbang untuk pengamal media tempatan, selain memperkasakan industri media di Malaysia.<\/p>\n<p>\u201cSaya berharap dengan pembentukan MMM, bukan sahaja isu-isu yang dihadapi oleh rakan-rakan dalam industri media dalam negara kita akan dapat diuruskan secara lebih terangkum dan lebih mampan serta lebih bebas tapi pelbagai pihak dapat lebih memainkan peranan untuk membantu memastikan media lebih terus bebas dan berdikari serta bertanggungjawab,\u201d kata Fahmi semasa sidang media selepas penyerahan watikah.<\/p>\n<p>Kesemua anggota lembaga pengasas dilantik berdasarkan kepakaran, pengalaman dan sumbangan dalam bidang kewartawanan, media, akademik dan komunikasi.<\/p>\n<p>Pelantikan ini adalah susulan daripada penggubalan Akta MMM 2025 [Akta 868] yang telah mula berkuat kuasa pada 14 Jun 2025. MMM akan berperanan sebagai badan kawal selia kendiri (self-regulatory body) yang memperkasakan industri media di Malaysia.<\/p>\n<p>Penggubalan Akta MMM 2025 [Akta 868] merupakan komitmen Kerajaan MADANI melalui Kementerian Komunikasi (KK) bagi menjamin kebebasan media dalam memastikan masyarakat umum mendapat maklumat yang sahih, berintegriti dan adil.<\/p>\n<p>Melalui penubuhan MMM, ruang semak dan imbang boleh dilaksanakan oleh pemain industri media sendiri bagi meningkatkan amalan integriti dan pematuhan etika.<\/p>\n<p>Antara fungsi-fungsi MMM seperti yang diperuntukkan di bawah perenggan 5 (1) Akta 868 termasuklah:<\/p>\n<p>1) Untuk menetapkan standard dan mengadakan tatalaku bagi pengamal media dan pengamal media bebas mengikut standard kewartawanan<br \/>\nyang beretika dan bertanggungjawab;<\/p>\n<p>2) Untuk menggalakkan standard kewartawanan yang beretika dan bertanggungjawab yang tertinggi, kebebasan media dan hak pengamal media;<\/p>\n<p>3) Untuk mengawal selia etika dan tatalaku profesional pengamal media<br \/>\ndan pengamal media bebas;<\/p>\n<p>4) Untuk menggalakkan komunikasi antara pengamal media, Kerajaan dan orang awam; dan<\/p>\n<p>5) Untuk mencadangkan apa-apa pembaharuan undang-undang yang berhubungan dengan kebebasan media.<\/p>\n<p>Pelantikan ini juga menandakan permulaan rasmi kepada proses penubuhan MMM yang bakal berperanan sebagai institusi bebas yang menyokong industri media yang bertanggungjawab dan beretika, selaras dengan semangat Malaysia Madani dan prinsip demokrasi berparlimen.<\/p>\n<p>Senarai 12 Anggota Pengasas MMM:<\/p>\n<p>1) Puan Wong Yang Yong<br \/>\nPengarah Urusan<br \/>\nThe Borneo Post &amp; Utusan Borneo<\/p>\n<p>2) Datuk Sardathisa a\/l G.M. James<br \/>\nKetua Pengarang<br \/>\nDaily Express Sabah<\/p>\n<p>3) Encik Premesh Chandran a\/l Jeyachandran<br \/>\nPengarah Malaysiakini<\/p>\n<p>4) Encik Ashwad bin Ismail<br \/>\nKetua Pengarang ASTRO Awani<\/p>\n<p>5) Puan Teh Athira binti Mohamed Yusof<br \/>\nGeneral Secretary<br \/>\nNational Union of Journalists Malaysia<\/p>\n<p>6) Encik Ronnie Teo Teck Wei<br \/>\nPresiden Kuching Division Journalists Association<\/p>\n<p>7) Encik Mohd Radzi bin Abdul Razak<br \/>\nPengarah Gerakan Media Merdeka (GERAMM)<\/p>\n<p>8) Encik Muthameez Manan a\/l Sendinathan<br \/>\nPresiden Tamil Media Association<\/p>\n<p>9) Encik Mohd Azmyl bin Md Yusof<br \/>\nPensyarah Kanan Sunway University<\/p>\n<p>10) Puan Gayathry a\/p S. Venkiteswaran<br \/>\nAssistant Proffesor University of Nottingham Malaysia<\/p>\n<p>11) Puan Celine Lim Kooi Hua<br \/>\nPengarah Urusan SAVE Rivers<\/p>\n<p>12) Encik Terence Ooi Guan Tseng<br \/>\nPengarah Wiki Impact<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyampaikan watikah pelantikan kepada enam daripada 12 anggota lembaga pengasas Majlis Media Malaysia (MMM) di Putrajaya hari ini. Penyerahan watikah itu menandakan secara rasmi permulaan MMM yang menjadi badan kawal selia dan semak imbang untuk pengamal media tempatan, selain memperkasakan industri media di Malaysia. \u201cSaya berharap dengan pembentukan MMM, bukan sahaja [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":1535,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[3],"tags":[904,49,902,474,903],"authors":[],"class_list":["post-1534","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-isu-semasa","tag-akta-868","tag-fahmi-fadzil","tag-majlis-media-malaysia","tag-pengamal-media","tag-watikah"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1534","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=1534"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1534\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1536,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/1534\/revisions\/1536"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/1535"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=1534"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=1534"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=1534"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=1534"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}