{"id":15343,"date":"2026-09-11T10:28:54","date_gmt":"2026-09-11T10:28:54","guid":{"rendered":"https:\/\/agendadaily.my\/?p=15343"},"modified":"2026-09-11T10:28:54","modified_gmt":"2026-09-11T10:28:54","slug":"dun-melaka-bakal-bubar-ab-rauf-beri-bayangan-bulan-ini","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/agendadaily.my\/dun-melaka-bakal-bubar-ab-rauf-beri-bayangan-bulan-ini\/","title":{"rendered":"DUN Melaka bakal bubar, Ab Rauf beri bayangan bulan ini"},"content":{"rendered":"<p class=\"isSelectedEnd\">Teka-teki tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka semakin hampir terjawab apabila Ketua Menteri, Ab Rauf Yusoh memberi bayangan proses itu mungkin berlaku bulan ini.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Ab Rauf yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka berkata, persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) sudah dilakukan sejak dua tahun lalu dan kini hanya menunggu masa yang sesuai untuk pembubaran dimulakan.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cInsya-Allah (pembubaran DUN akan berlaku). Tidak lama lagi. Apabila tiba masanya, saya akan umumkan tetapi waktunya tidak terlalu lama dan tidak terlalu singkat.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cPersiapan kita sudah dibuat sejak dua tahun lalu. Kita hanya menunggu masa yang sesuai, iaitu peringkat akhir untuk melengkapkan persiapan sebelum kita memulakan proses pembubaran DUN,\u201d katanya.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Perhimpunan Agung UMNO 2026, hari ini.<\/p>\n<p>Ditanya kemungkinan kerjasama antara parti \u2018biru\u2019 dan \u2018hijau\u2019, Ab Rauf berkata sebarang keputusan rasmi masih tertakluk kepada arahan dan keputusan kepimpinan tertinggi.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Namun katanya landskap politik Melaka berbeza berbanding negeri lain kerana kerajaan negeri dibentuk berasaskan formula BN Plus.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cKita serahkan kepada rakyat untuk menentukan siapa rakan strategik terbaik untuk kerajaan negeri Melaka,\u201d katanya.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Ab Rauf turut menegaskan BN akan mempertahankan kesemua 21 kerusi DUN yang dimenanginya ketika ini.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Katanya, rundingan dengan parti lain belum dimulakan dan hanya akan dilakukan selepas DUN dibubarkan.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cKita belum memulakan rundingan kerana saya sudah tegaskan bahawa sebarang rundingan dengan mana-mana parti politik hanya akan diadakan selepas pembubaran DUN.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cKita tidak boleh berkompromi mengenai 21 kerusi ini dengan berkongsi kerusi dengan pihak lain. Kita akan bertanding di kerusi masing-masing.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cBagi tujuh kerusi lagi, parti yang memenanginya perlu bertanding dan mempertahankan kerusi masing-masing. Kita akan mempertahankan kerusi yang kita menangi,\u201d katanya.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">Mengulas ucapan dasar Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi pada PAU 2026, Ab Rauf menyifatkannya sebagai hala tuju baharu parti untuk mengembalikan dominasi UMNO menjelang PRU16.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cUcapan Presiden hari ini baik. Ia menunjukkan hala tuju baharu UMNO untuk terus dominan menjelang PRU16.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cSudah tentu semangat baharu ini perlu diterima semua pemimpin UMNO di peringkat akar umbi supaya kita tidak lagi menjadi parti yang sekadar mengisi angka, tidak ke mana-mana.<\/p>\n<p class=\"isSelectedEnd\">\u201cUMNO mesti mengembalikan dominasi untuk memimpin kerajaan,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Teka-teki tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka semakin hampir terjawab apabila Ketua Menteri, Ab Rauf Yusoh memberi bayangan proses itu mungkin berlaku bulan ini. Ab Rauf yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka berkata, persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) sudah dilakukan sejak dua tahun lalu dan kini hanya menunggu masa yang sesuai untuk [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":3,"featured_media":15344,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"_acf_changed":false,"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[2680,4944,3940,549,4905,192,4940],"authors":[],"class_list":["post-15343","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-politik","tag-ab-rauf-yusoh","tag-bn-plus","tag-bn-umno","tag-bubar","tag-dun-melaka","tag-melaka","tag-prn-melaka"],"acf":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15343","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/users\/3"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/comments?post=15343"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15343\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":15345,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/posts\/15343\/revisions\/15345"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media\/15344"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/media?parent=15343"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/categories?post=15343"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/tags?post=15343"},{"taxonomy":"authors","embeddable":true,"href":"https:\/\/agendadaily.my\/api\/wp\/v2\/authors?post=15343"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}